Parasitisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Parasit)
Lompat ke: pandu arah, cari

Parasitisme adalah sejenis hubungan simbiosis antara spesies apabila sesuatu organisma (parasit) mendapat manfaat daripada organisma lain (perumah) hingga menjejaskan perumah tersebut. Parasit amnya jauh lebih kecil daripada perumah, dan boleh tinggal di luar badan perumah (ektoparasit) atau di dalam badan perumah (endoparasit). Sesetengah parasit boleh menyebabkan penyakit dengan merosakkan tisu-tisu perumah. Ada juga parasit yang menghisap nutrien dalam tubuh perumah. Akibatnya, perumah mengalami kekurangan nutrien yang menjejaskan pertumbuhan dan pengeluarannya, atau dalam sesetengah kes mati.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.