Parit Buntar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Parit Buntar terletak di utara negeri Perak, bersempadan dengan Bandar Baharu, Kedah dan Nibong Tebal, Pulau Pinang. Parit Buntar terletak berhampiran dengan Bagan Serai, Kuala Kurau, Tanjung Piandang dan Bagan Tiang. Parit Buntar merupakan pusat pentadbiran daerah Kerian.

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

Sejarah nama bandar Parit Buntar berasal daripada nama seorang pemimpin iaitu Tok Buntar masyarakat yang terkenal pada masa dahulu di mana beliau dan pengikut-pengikutnya telah membina parit dari Sungai Kerian untuk dialirkan ke sawah-sawah. Parit tersebut pada asalnya dikenali Parit Tok Buntar dan seterusnya dikenali sebagai Parit Buntar.

Jam Besar di pekan lama Parit Buntar ini merupakan antara mercu tanda bandar Parit Buntar. Jam besar ini telah dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada 24 Ogos 1961 untuk memperingati kemajuan dan kemakmuran cemerlang semua penduduk Parit Buntar. Parit Buntar dihubungkan dengan Bandar Baharu melalui jambatan yang melintasi Sungai Kerian. Sungai ini juga mencatat sejarah apabila sekitar pertengahan tahun 1970-an tragedi feri karam telah menyebabkan ramai yang terkorban. Dahulu di tepi sungai ini terkenal dengan gerai makan yang dipanggil Terapung. Ketika itu Terapung menjadi tempat tumpuan utama masyarakat di Parit Buntar. Ketika dahulu, kedai jalan tepi sungai ini merupakan tempat utama untuk orang-orang Parit Buntar membeli baju-baju sukan yang berjenama dan juga barangan lain. Terdapat 6 cawangan kilang padi.

[sunting] Wakil rakyat

[sunting] Kemudahan

  • Dewan Seri Kerian
  • Dewan Merdeka
  • Padang Bandaran
  • Laman Pusat Bandar
  • Hentian Raya Parit Buntar
  • Hentian Teksi Pusat Bandar
  • Arked Niaga Parit Buntar

[sunting] Pelancongan

Parit Buntar tidak mempunyai banyak pusat pelancongan, pusat komersial atau tapak sejarah tetapi ia mempunyai taman rekreasi yang tersendiri.

  • Taman Rekreasi Pinggiran Sungai Kerian
  • Taman Rekreasi Ampang Jajar
  • Medan Selera Jambatan Parit Buntar-Bandar Baharu
  • Bangunan Lama di Stesen keretapi Parit Buntar
  • Menara Jam Parit Buntar

Pelancongan Sekitar Parit Buntar (Kerian)

  • Kuala Gula Bird Sanctuary
  • Hutan Simpan Matang
  • Arowana Farm Bukit Merah
  • Bukit Merah Laketown Resort (tapak web)
  • Pantai Ban Pecah, Tg. Piandang (maklumat di MDK)

[sunting] Penginapan

Pengunjung juga boleh menginap di beberapa hotel di Parit Buntar yang bertaraf 2 bintang dan menikmati menu hidangan daerah Kerian yang juga disediakan di beberapa hotel di Parit Buntar.

[sunting] Membeli-belah & menjamu selera

Pengunjung boleh membeli belah di pusat membeli-belah yang terkenal dan agak besar. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai menu pilihan yang disajikan dan terkenal di negeri Perak ini.

  • Pasaraya Econsave
  • Billion Supermarket
  • Pasaraya Minat
  • Pasaraya Apollo
  • Pasar Malam Hari Jumaat (sekitar Jam Besar) - terbesar di utara Perak
  • Pasar Ramadhan (bulan puasa)

[sunting] Restoran dan kafe

  • Old Town White Coffea
  • Libra Coffea House
  • Kentucky Fried Chicke (KFC)1 & 2
  • Pizza Hut Restaurant
  • Yakin Usaha Cafe
  • Shangri-La Restaurant
  • Hometown Restaurant
  • Restoran Nasser & Restoran Shah Bandar
  • Bamboo Inn
  • Secret Recipe
  • Shunka Japanese & Fusion Foods
  • Kedai Kek Murni( cawangan Kepala Batas & Sungai Petani )
  • McDonald's (akan datang 2013)
  • Bubble Gurt
  • Sass Cafe
  • Korea Tea
  • Along Char Koey Tiaw

[sunting] Hospital

[sunting] Masjid

  1. Masjid Ar-Rahmaniah, Tebok Jawa 34200 Parit Buntar
  2. Masjid Daerah Kerian 34200 Parit Buntar
  3. Masjid Hijau, Kampung Kedah, 34200 Parit Buntar
  4. Masjid Mahyuddin Batu 5, Jalan Baru 34200 Parit Buntar
  5. Masjid Parit Tok Ngah Darat 34200 Parit Buntar
  6. Masjid Simpang 5 34200 Parit Buntar
  7. Masjid Sungai Setar batu 2, Jalan Sempadan 34200 Parit Buntar
  8. Masjid Jamek Titi Serong 34200 Parit Buntar

[sunting] Laman parti politik di Parit Buntar

  1. Parti Islam Semalaysia (PAS) Kawasan Parit Buntar - Laman Web

[sunting] Pautan luar


Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain