Parit Panjang
| Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. |
Parit Panjang, Baling adalah pekan kecil di dalam Mukim Teloi Kanan, Daerah Baling. Berada dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Ketil seterusnya berada di dalam Parlimen Baling. Kini ia berada di bawah pentadbiran Daerah Kecil Kuala Ketil.
Pekan kecil ini terletak di pertemuan empat buah jalan utama iaitu dari Kuala Ketil, Sungai Petani. Jalan dari arah Sik, Alor Setar dan dari Baling/Grik. Kampung-kampung yang berada di sekitar pekan Parit Panjang ialah Kg Bukit Endoi, Kg Carok Bakap, Kg Baru Carok Bakap, Kg Tandop Pisang, Kg Banggol Berangan, Kg Seri Kelantan dan Kg Lanai.
Ada sebuah parit yang panjang telah dibina di penempatan ini. Pada waktu dahulu parit atau sungai ini digunakan sebagai medium untuk pengangkutan dan perhubungan. Parit Panjang adalah sebuah penempatan yang dibina sejak awal abad ke 20, iaitu di sekitar awal tahun 1900an.
Penduduk asal yang mendiami adalah campuran penduduk asal Kedah dan pendatang dari Wilayah Yala, Thailand.Tetapi buat masa kini penduduknya datang dari seluruh pelusuk negeri Kedah. Ada yang datang dari Daerah Yan , Kuala Muda , Alor Setar dan lainnya.Kedatangan mereka ini adalah sebagai penoreh getah dan peniaga.
Semasa Perang Dunia Kedua, Kg Parit Panjang digunakan sebagai penempatan tentera Jepun. Pernah didiami juga oleh pihak Bintang Tiga, pada zaman darurat. Ramai penduduk di sini menjadi magsa kekejaman Bintang Tiga dan Jepun. Ada beberapa orang penduduk di sini yang berani semasa Komunis bermahajalela telah berjaya membunuh komunis. Antaranya Tuan Hj Yakoob Ahmad di Carok Bakap dan rakan-rakannya.
Semasa pemerintah Jepun juga mereka di sini di bawa ke Kuala Ketil bagi tujuan pembinaan Landasan Kapalterbang. Ramai juga tersiksa dengan kedurjanaan Jepun ini.
[sunting] Kemudahan infrastruktur
Parit Panjang mempunyai bekalan elektrik, air bersih dan talian telefon (tetap dan bergerak).
Lain-lain kemudahan sosial ialah klinik kesihatan, sekolah, sebuah masjid serta lapan buah surau. Terdapat 55 buah premis perniagaan di pekan kecil ini. Penduduk di kawasan ini dianggarkan seramai tujuh ribu orang.
Klinik kesihatan ini terbahagi kepada dua . Klinik Anak dan Ibu , dan juga klinik pesakit luar serta perkhidmatan kecemasan 24jam dengan sebuah ambulan. Sekolah pula terdapat sekolh menengah iaitu Sekolah Menengah Parit Panjang yang menyediakan perkidmatan asrama. Asrama ini khusus pelajar terpilih yang tinggal jauh dari sekolah .
Masjidnya pula dikenali sebagai Masjid Umar Zuhdi ( sempena nama ulama tersohor di sini ). Di sini juga dimakamkan jenazah as syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabatnya yang berlaku peristiwa berdarah di Memali.
Suraunya memang banyak berbanding keluasannya. Iaitu setiap pondok ( Madrasah ) ada surau dan gabungan beberapa kampung ada surau. Antaranya Surau Kg Carok Bakap , Suarau Kuning Carok Bakap, Surau pondok Ustaz Awang dan lain-lainnya.
[sunting] Institusi pendidikan
Terdapat sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Parit Panjang, sekolah rendah (Sekolah Rendah Kebangsaan Lanai) dan kelas pra sekolah tadika Kemas serta kelas pasti iaitu Pasti Nurul Jannah dan Pasti Nurul Iman. Terdapat juga institusi pengajian ugama yang menggunakan sistem pondok. Sekolah pondok tersebut ialah Madrasah Misbah AlFalah dan Madrasah Nurul Islah(Pondok Ustaz Bakar) dan dan Madrasah Hj Abdullah di Carok Bakap.Sebuah pusat tahfiz al quran iaitu Institiut Abada juga terdapat disini. Disamping itu terdapat juga institusi pendidikan yang banyak di sekitarnya seperti Sekolah Islam Raudhatul Muslimin.
|
|||||||||||||||||||||||