Parkson
Parkson ialah sebuah syarikat peruncit yang popular di Malaysia yang menawarkan barangan-barangan pada kadar sederhana. Parkson ditubuhkan pada tahun 1987 sebagai salah sebuah rangkaian peruncitan terbesar di Malaysia pada ketika itu. Gedung-gedung berjenama Parkson Grand, Parkson Ria dan U-Parkson semuanya dikendali oleh Parkson.
Isi kandungan |
[sunting] Cawangan di Malaysia
Sehingga kini, Parkson mempunyai 38 cawangan di seluruh Malaysia. (Barat dan Timur Malaysia).
| Bendera | Negeri | Jumlah Gedung |
|---|---|---|
| Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur | 6 | |
| Wilayah Persekutuan Labuan | 1 | |
| Wilayah Persekutuan Putrajaya | 1 | |
| Johor | 3 | |
| Kedah | 1 | |
| Kelantan | 1 | |
| Melaka | 2 | |
| Negeri Sembilan | 2 | |
| Pahang | 2 | |
| Perak | 1 | |
| Perlis | 0 | |
| Pulau Pinang | 4 | |
| Sabah | 2 | |
| Sarawak | 4 | |
| Selangor | 8 | |
| Terengganu | 1 (Akan Datang) |
[sunting] Cawangan Luar Malaysia
[sunting] Parkson di Kemboja
Menteri Perdagangan Kerajaan Kemboja, telah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran komersial berhubung dengan penubuhan Parkson Kemboja Holdings pada 31 Disember, 2010.
[sunting] Parkson di China
Selain di Malaysia, kehadiran Parkson turut terasa di China, dengan operasinya banyak tertumpu di kawasan-kawasan padat, termasuklah 36 gedung serbaneka berjenama Parkson dan 2 gedung berjenama Xtra.
[sunting] Parkson di Vietnam
Sehingga pada november 2008, Parkson kini mempunyai 6 gedung di Vietnam iaitu Ho Chi Minh City mempunyai 4 gedung. Manakala, di Hai Phong dan Hanoi mempunyai 1 gedung.
Pembukaan gedung Parkson di Saigontourist Plaza pada 29 Jun, 2005, menandakan pintu masuk Parkson sebagai gedung terkemuka di Asia dan yang pertama bertaraf antarabangsa yang terletak di bandar Ho Chi Minh City.
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Laman web rasmi
- Bahasa Cina: {{{1}}} Laman web Parkson di China
- (Inggeris) Laman we Parkson di Vietam