Parlimen Kebangsaan Timor Leste

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Timor Leste

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Timor Leste



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
Parlimen Kebangsaan Timor Leste, Dili

Parlimen Kebangsaan Timor Leste (Tetum: Parlamentu Nasionál, Portugis: Parlamento Nacional de Timor-Leste) ialah badan perundangan di Timor Leste. Ia diasaskan pada tahun 2001 dan dikenali sebagai Perhimpunan Perlembagaan ketika berada dibawah pengawasan PBB, tetapi kemudian menukar namanya kepada Parlimen Kebangsaan selepas kemerdekaan negara itu pada 20 Mei 2002.

Jumlah ahli parlimen akan berada diantara 52 dan 65 orang pada masa akan datang. Ia sekarang mempunyai 88 orang ahli berikutan keputusan Perhimpunan Perlembagaan untuk berubah berbanding mengadakan pilihan raya yang baru. Kesemua ahli berkhidmat selama lima tahun bagi satu penggal, dan penggal parlimen sekarang akan tamat pada bulan Ogos 2006. Ahli Parlimen dipilih menerusi sistem undi memilih parti. Parlimen bertempat di Bangunan Parlimen Kebangsaan di Dili yang dibaik pulih menerusi bantuan daripada Australia.

Seperti negara-negara lain, parti yang memenangi majoriti di Parlimen akan boleh membentuk kerajaan. Ahli-ahli parlimen akan memilih ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri, yang sekarang ialah Jose Ramos Horta.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]