Partai Nasional Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Indonesian National Party logo.gif

Partai Nasional Indonesia (PNI) ialah parti politik yang tertua di Indonesia. Parti ini diasaskan pada 4 Julai 1927 di Bandung oleh para pelajar yang terlibat dalam Kelab Pembelajaran Algemeene , dan diketuai oleh Sukarno yang kemudian menjadi presiden Indonesia yang pertama.

Oleh sebab PNI membahayakan Belanda, maka tokoh-tokohnya ditangkap dan dipenjarakan di Sukamiskin, Bandung. Di dalam penjara, Sukarno menulis pidato "Indonesia Menggugat".

Selepas Sartono menggantikan Sukarno sebagai ketua PNI, beliau membubarkan parti ini dan membentuk Parti Indonesia (Partindo). Mohammad Hatta yang tidak bersetuju dengan pembentukan Partindo kemudian membentuk PNI Baru. Walaupun demikian, Sukarno menyertai Partindo, tetapi ditangkap dan dibuang ke Ende, Flores, manakala Hatta dan Syahrir dibuang ke Bandaneira.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]