Parti Bharatiya Janata

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Parti Bharatiya Janata (BJP) (Bahasa Hindi: भारतीय जनता पार्टी [भाजपा]), terjemahan: Parti Rakyat India, diasaskan pada tahun 1980, merupakan parti politik utama di India. Parti ini ditubuhkan untuk mewakili masyarakat Hindu dan Sikh dengan menyokong dasar sosial, ekonomi dan dasar luar yang cenderung kepada semangat perkauman kebangsaan.

Bersama-sama dengan parti lain, BJP merupakan parti yang berkuasa dari tahun 1998 ke 2004 dengan Atal Bihari Vajpayee sebagai Perdana Menteri dan Lal Krisna Advani sebagai timbalannya. Parti ini adalah komponen terbesar dalam Pakatan Demokrasi Kebangsaan yang juga pembangkang.