Parti Buruh Australia

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Parti Buruh Australia
Australian Labor Party
Ketua Kevin Rudd
Presiden John Faulkner
Diasaskan 1891
Ibu pejabat Centenary House
19 National Circuit
Barton ACT 2600
Ideologi/pendirian
politik rasmi
Sosialisme demokratik,
Demokrasi sosial,
Jalan Ketiga
Gabungan
antarabangsa
Socialist International
Laman web www.alp.org.au

Parti Buruh Australia atau Australian Labor Party (ALP) merupakan sebuah parti politik Australia.

Parti ini ditubuhkan pada tahun 1891 melalui kebangkitan pergerakan buruh Australia dan merupakan parti politik kebangsaan aktif tertua yang bertanding bagi kerusi dalam Pilihan raya Kebangsaan Australia 1901 selepas penubuhan persekutuan Australia. Parti ini kini bersaing dengan gabungan Parti Liberal Australia/Parti Nasional Australia bagi jawatan politik, terutama pada kerusi persekutuan dan negeri. Parti Buruh telah menjadi parti pembangkang sejak pilihan raya Australia 1996 selepas memegang kerajaan Australia sejak 1983. Parti Buruh telah menguasai kerajaan bagi kesemua enam negeri dan kedua-dua jajahan tanah besar sejak 6 Mac 2002, sebulan selepas pilihan raya legislatif Australia Selatan.

Parti Buruh memenangi pilihan raya persekutuan 2007 pada 24 November, dan pemimpin parlimen kebangsaan parti kini Kevin Rudd akan menjadi Perdana Menteri Australia. Buat kali pertama dalam sejarahnya, Parti Buruh memegang kuasa pada semua peringkat secara serentak.

[sunting] Polisi

Parti Buruh Australia ialah sebuah parti politik yang penting dalam bidang politik Australia. Sejak dahulu kebanyakan pengundi yang menyokong Parti Buruh Australia, atau biasanya dipanggil sebagai Buruh sahaja, terdiri dari kaum buruh dan kaum miskin. Biasanya kaum kaya dan ahli perniagaan kecil dan besar lebih suka menyokong Parti Liberal.

Kaitan antara Parti Buruh dengan Gerakan Kesatuan Sekerja sejak dahulu sangat rapat. Ramai ahli parlimen yang juga anggota Buruh pernah menjadi pegawai Kesatuan Sekerja sebelum memasuki Parlimen.

[sunting] Pautan luar

Commons-logo.svg
Wikimedia Commons mempunyai media mengenai: