Parti Demokratik Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Demokratik Bersatu
PemimpinTun Dr. Lim Chong Eu
Ditubuhkan1962
Dibubarkan1967
Ibu pejabatPulau Pinang


Parti Demokratik Bersatu atau United Democratic Party (UDP) ditubuhkan pada 1962 oleh Tun Dr. Lim Chong Eu, mantan Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) (Mac 1958–Jul 1959), selepas beliau meletak jawatan dan meninggalkan MCA pada Disember 1960.[1]

Parti Demokratik Bersatu (UDP) telah menyertai Majlis Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Council) (MDC), atau juga dikenali sebagai Konvensyen Solidariti Malaysia (Malaysian Solidarity Convention) yang diasaskan pada 6 Jun 1965, untuk memperjuangkan prinsip Malaysian Malaysia merupakan satu gabungan parti-parti politik pembangkang pelbagai kaum yang ditaja oleh Lee Kuan Yew yang terdiri daripada Parti Tindakan Rakyat (People's Action Party) (PAP), Parti Progresif Penduduk (People's Progressive Party) (PPP) dan Parti Demokratik Bersatu (United Democratic Party) (UDP)[2] serta parti Sarawak; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Sarawak United People's Party) (SUPP) dan Parti Machinda dan mendokong hak dan layanan sama-rata dan saksama bagi semua kaum di Malaysia [3], semasa Singapura menyertai penubuhan dan masih lagi dalam gagasan persekutuan Malaysia.

UDP mempunyai pengaruhnya yang tertumpu di Pulau Pinang dan berjaya memenangi beberapa kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri semasa Pilihan Raya Umum Malaysia 1964.

Pada 1967, Tun Dr. Lim kemudiannya membubarkan UDP untuk mengasaskan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) pada 24 Mac 1968 bersama-sama dengan beberapa aktivis kesatuan sekerja Tan Chee Khoon dan profesor universiti Syed Hussin Al-Atas dan Wang Gungwu.[4]

Simbol parti[sunting | sunting sumber]

Simbol parti ini dihuraikan dengan bentuk bulatan yang melingkari bentuk prisma dengan warna hijau sebagai warna latar yang membawa maksud "harapan". Garis bulatan berwarna merah, manakala garis prisma berwarna emas membawa maksud "integriti"[5].

Simbol parti UDP (1962-1967)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lim Chong Eu, Wikipedia
  2. ^ "MM meets Penang leaders, past and present, Talks include areas of cooperation and how state can upgrade, By Lydia Lim, 14 June 2009, The Straits Times, Prime Minister's Office Singapore". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-26. Dicapai pada 2010-05-01.
  3. ^ Nationalism and globalization: east and west, By Leo Suryadinata, 2000, Publisher: Institute of Southeast Asia Studies, ISBN 981-230-073-2
  4. ^ "Watershed elections of 1969, 8 August 2007, Malaysian History". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-19. Dicapai pada 2007-08-19.
  5. ^ "ENTER THE U.D.P." The Straits Times. 23 April 1962. m/s. 1. Dicapai pada 6 Januari 2022 – melalui NewspaperSG.