Parti Hak Asasi Manusia (Malaysia)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Hak Asasi Manusia Malaysia
Malaysia Human Rights Party
HRP
Ketua P. Uthayakumar
Diasaskan 19 Julai 2009
Ibu pejabat Kuala Lumpur
Tapak web
HRP Main Website
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Hak Asasi Manusia Malaysia atau Human Rights Party Malaysia (HRP) adalah sebuah parti politik berlandaskan Hak Asasi Manusia di Malaysia yang diasaskan pada 19 Julai 2009 yang ditubuhkan dan ketuai oleh aktivis hak asasi manusia P. Uthayakumar.[1]. Semasa di tubuhkan, Uthayakumar adalah setiausaha agung penaja HRP dengan sokongan adik lelakinya dan pemimpin HINDRAF P Waythamoorthy.[2][3]


Objektif dan Perjuangan[sunting | sunting sumber]

HRP ditubuhkan sebagai parti pelbagai kaum yang menjanjikan untuk meneruskan perjuangan gerakan kuasa rakyat "Makkal Sakthi" HINDRAF berdasarkan 18 tuntutan awal pada 8/2007 kepada kerajaan Malaysia khasnya Artikel 8 (Kesaksamaan di Bawah Undang-undang), Artikel 12 (1) (b) (Tiada Diskriminasi) dan Artikel 153(1) (Kepentingan Sah Lain-lain Masyarakat) Perlembagaan Malaysia. Amanah utama parti HRP ialah menjadi kumpulan tumpuan bagi meletakkan masyarakat India Malaysia kembali ke arus pembangunan Malaysia selepas 52 tahun tercicir. HRP juga memberi tumpuan kepada masyarakat lain yang menderita akibat pencabulan teruk hak asasi manusia di Malaysia terutamanya kaum India yang mendapat perhatian yang kurang bukan sahaja daripada kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional tetapi juga dari parti-parti pembangkang Pakatan Rakyat seperti PKR, DAP, PAS, serta juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), masyarakat awam dan media cetak dan elektronik. Perjuangan utama HRP ialah menentang segala penindasan dan tindakan perkauman oleh kerajaan Malaysia terutamanya UMNO.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  • Jawan, Jayum A. (2003). Malaysian Politics & Government, p. 43. Karisma Publications. ISBN 983-195-037-2
  • Amnesty International (2005). Amnesty International Report 2006: The State of the World’s Human Rights. Amnesty International. ISBN 0-86210-369-X. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]