Parti Hizbul Muslimin Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Parti Hizbul Muslimin Malaysia
PemimpinTan Sri Dr. Haji Asri Muda (Presiden Pengasas)
Ditubuhkan24 Mac 1983
Dibubarkan1996
PecahanParti Islam Se-Malaysia (PAS)
Ibu pejabatKota Bharu, Kelantan
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (1983–89),
Angkatan Perpaduan Ummah (1990–96)
WarnaHijau

Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) adalah sebuah parti politik di Malaysia. HAMIM merupakan serpihan daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang diasaskan oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, bekas Presiden PAS yang meninggalkan parti itu selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982.

Penubuhan Parti dan Penglibatan dalam Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

HAMIM telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, mantan Presiden PAS yang meninggalkan parti itu pada 23 Februari 1983 selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nationalis pada Muktamar PAS ke-28 1982. Lantaran itu HAMIM diasaskan sebagai alternatif kepada PAS dan telah menyertai Barisan Nasional (BN). Pada pilihanraya umum 1986, HAMIM sebagai salah satu kompenan BN telah bertanding 2 kerusi Parlimen dan 4 DUN. HAMIM telah menang 1 kerusi Parlimen (Bachok) dan 2 DUN (Chetok dan Meranti).

Sehingga 1989 sebelum Pilihanraya Umum 1990, kepimpinan baru HAMIM telah mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional untuk menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pula bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1990, di mana ianya telah memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membentuk kerajaan campuran APU di Kelantan.[1][2]

Dalam pilihanraya umum 1990 melalui pakatan APU di Kelantan, HAMIM meletakan calonnya iaitu Dato Nik Man bin Nik Mohammad di Dun Geting (Pengkalan Kubor) dalam Parlimen Tumpat. Dato Nik Man juga merupakan Tim Presiden Hamim Pusat. Sekaligus menjadi satu-satu wakil HAMIM dalam DUN Kelantan. Manakala di Kedah pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Dato Hj Sudin B. Wahab di Parlimen Kubang Pasu (atas tiket Parti S46) untuk berdepan dengan Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir B. Mohamad, pertembungan antara presiden parti ini dimenangi oleh Dr Mahathir. Selain itu, HAMIM turut meletakkan calonnya di Selangor iaitu di DUN Sabak yang diwakili oleh Naib Presiden Parti, Bong Khalid bin Hj Siri, namun tewas di tangan calon UMNO.

Pada Pilihanraya Umum tahun 1995 sekali lagi Bong Khalid bin Hj Siri menjadi calon di DUN Paya Jaras. Manakala bagi DUN Pengkalan Kubor di Parlimen Tumpat pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Hj Wan Abdul Rahman Wan Salleh yang bertanding atas tiket Parti Semangat 46 namun tewas di tangan calon Umno iaitu Cikgu Mat Nawi dengan majoriti 1289.

HAMIM dan perkembangannya[sunting | sunting sumber]

Selepas Datuk Asri dan kumpulannya gagal dalam usaha untuk membubarkan HAMIM dalam muktamar khas, beliau akhirnya bersama kumpulannya (termasuk ahli parlimen Bachok dan Adun Chetok) telah meletak jawatan dan keluar daripada HAMIM pada 17 Nov 1988. Dengan perletakan jawatan oleh Datuk Asri itu maka jawatan Presiden HAMIM dipangku oleh Tuan Haji Abdul Wahab Yunus (Mantan MP Dungun) dari Terengganu manakala jawatan Timbalan Presiden dipangku oleh Dato Hj Sudin B. Wahab (Mantan Adun Langgar-Limbung) dari Kedah. Dalam Muktamar HAMIM pada tahun 1989 berlaku pertandingan bagi jawatan Presiden hinggalah ke jawatan MPP, di mana jawatan Presiden dimenangi oleh Dato Hj Sudin bin Wahab dan jawatan Timbalan Presiden pula dimenangi oleh Dato Nik Man bin Nik Mohamad dari Kelantan.

Selepas kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden HAMIM maka Tn Hj Abd Wahab Yunus mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada HAMIM dan seterusnya pada 1990 menubuhkan parti baru Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) di mana akhirnya pada 1999 diubah menjadi Parti Keadilan Nasional (KeADILan) pada masa berlakunya gelombang Gerakan Reformasi di Malaysia.

Sejarah penyertaan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Tahun Jenis Kawasan Negeri Nama Calon Catatan
1995 Pilihan raya umum DUN Pengkalan Kubor Kelantan Wan Abdul Rahman Wan Salleh Calon Semangat 46

Kalah

DUN Paya Jaras Selangor Bong Khalid Haji Siri Calon Semangat 46

Kalah

1990 Pilihan raya umum Parlimen Kubang Pasu Kedah Sudin Wahab Calon Semangat 46

Kalah

DUN Geting Kelantan Nik Man Nik Mohamed Calon Semangat 46

Menang

DUN Sabak Selangor Bong Khalid Haji Siri Calon Semangat 46

Kalah

1986 Pilihan raya umum Parlimen Bachok Kelantan Mohd Zain Abdullah Calon Barisan Nasional

Menang

Parlimen Pengkalan Chepa Kelantan Wan Ismail Ibrahim Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Meranti Kelantan Zaid Fadzil Calon Barisan Nasional

Menang

DUN Chetok Kelantan Hassan Haji Mohamed Calon Barisan Nasional

Menang

DUN Perupok Kelantan Chegu Haji Noor Calon Barisan Nasional

Kalah

DUN Mulong Kelantan Wan Ibrahim Wan Abdullah Calon Barisan Nasional

Kalah

1983 Piihan raya kecil[3] DUN Kemumin Kelantan Mohammad Shukri Abdul Rahman Kalah menentang BN-BERJASA & PAS

Hilang deposit

Pilihan raya kecil[4] DUN Selising Kelantan Haji Nawi Haji Awang Kalah menentang BN & PAS

Hilang deposit

1982 Pilihan raya umum Parlimen Pasir Mas Kelantan Wan Ibrahim Wan Abdullah Menang atas tiket PAS

Menyertai HAMIM pada 1983

Parlimen Bachok Kelantan Mohd Zain Abdullah Menang atas tiket PAS

Menyertai HAMIM pada 1983

Parlimen Rantau Panjang Kelantan Hassan Haji Mohamed Menang atas tiket PAS

Menyertai HAMIM pada 1983

Parlimen Kota Setar Kedah Abu Bakar Umar Menang atas tiket PAS

Menyertai HAMIM pada 1983

DUN Meranti Kelantan Nik Man Nik Mohamed Menang atas tiket PAS

Menyertai HAMIM pada 1983

DUN Kubang Kerian Kelantan Mohd Asri Muda Menang atas tiket PAS.

Keluar PAS pada Februari 1983

Menubuhkan HAMIM pada Mac 1983

DUN Perupok Kelantan Mat Nor Awang Menang atas tiket PAS

Menyertai HAMIM pada 1983

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ibrahim Abu Bakar (July 2009), "PAS and Its Islamist Fundamentalism in Malaysia" (PDF), Issue 43 Journal of Human Science, ULUM, Kuala Lumpur, Malaysia: Department of Theology and Philosophy-Faculty of Islamic Studies-National University of Malaysia, dicapai pada 2010-04-18
  2. ^ "Hamim Seeks Meeting With Dr Mahathir", New Sunday Times, Kota Baru, Jul 29, 1989, dicapai pada 2010-04-18
  3. ^ Pilihan Raya Kecil DUN Kemumin, Kelantan diadakan pada 8 September 1983 berikutan pembatalan kemenangan wakil PAS oleh Mahkamah
  4. ^ Pilihan Raya Kecil DUN Selising, Kelantan diadakan pada 8 September 1983 berikutan pembatalan kemenangan wakil PAS oleh Mahkamah