Parti Keadilan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Keadilan Rakyat (PKR)
ڤرتي كاعاديلن رعيت
மக்கள் நீதி கட்சி
人民公正党
Ketua Umum Dato' Seri Anwar Ibrahim
Presiden Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Setiausaha-Agung Dato' Seri Saifuddin Nasution Ismail
Diasaskan 4 April 1999
Ibu pejabat Petaling Jaya, Malaysia
Ideologi Keadilan sosial, Progresif[petikan diperlukan]
Warna rasmi Biru
     
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
30 / 222
Tapak web
keadilanrakyat.org / keadilanrakyat.org
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahasa Tamil: மக்கள் நிதிக்கட்சி, Bahasa Cina: 人民公正党) adalah salah sebuah parti pembangkang bagi kerajaan Persekutuan dan merupakan kerajaan pakatan di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang di Malaysia. Parti Keadilan Rakyat merupakan hasil gabungan Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). [1]

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Parti KeADILan Nasional merupakan sebuah parti politik Malaysia yang lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada 2 September 1998. Sekumpulan NGO dan parti pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu disebabkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)[perlu rujukan]. Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti kecil yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti KeADILan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.

Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara. [2]

Prestasi parti[sunting | sunting sumber]

Parti KeADILan Nasional kemudiannya membentuk pakatan Barisan Alternatif (BA) dengan PRM, Parti lslam Se-Malaya (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihan raya umum Malaysia 1999, Parti KeADILan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Negeri Perak. Pada pilihan raya kecil Lunas di negeri Kedah pada 29 November 2000 atas kematian Dr. Joe Fernandez, calon Keadilan, Saifuddin Nasution menewaskan calon Barisan Nasional dan menjadi ADUN kelima dari Parti KeADILan Nasional. Kejayaan ini menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di negeri Kedah.

Pada bulan Februari 2003, KeADILan telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan mengambil nama seperti sekarang. Populariti UMNO dan BN yang pulih dengan kejayaan Dr. Mahathir menyelamatkan Malaysia dari krisi kewangan 1997, dan persaraan Dr. Mahathir telah menenggelamkan gerakan reformasi dan pengaruh PKR yang makin dilihat oleh rakyat sebagai parti yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi Anwar. Pada tahun 2004 KeADILan hanya memenangi sebuah kerusi Parlimen pada pilihan raya umum pada tahun itu, iaitu di Permatang Pauh yang disandang oleh Presidennya sekarang, Datin Seri Dr. Wan Azizah.

Pengaruh PKR tampak pulih setelah Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. Sentuhan pertama Anwar ialah pada bulan Mei 2006 semasa pilihan raya Sarawak 2006, yang mana Keadilan berjaya menawan 1 kerusi menerusi Dominique Ng yang memenangi kerusi tersebut mengalahkan penyandang, Lily Wong (SUPP-BN) di DUN Padungan. [3]

Struktur Organisasi[sunting | sunting sumber]

Pemilihan 2010[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan tahun 2010, PKR merupakan parti politik pertama melaksanakan pemilihan secara langsung bagi semua jawatan di peringkat cabang serta di peringkat Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT), termasuk jawatan presiden, timbalan presiden, empat naib presiden dan 20 anggota MPT.

Pemilihan secara langsung barisan kepimpinan PKR, akan bermula dengan proses pencalonan di peringkat cabang (bahagian) lewat bulan ini, sebelum mengundi memilih pucuk pimpinan tertinggi parti itu pada 17 September hingga 3 Oktober 2010.

Menurut surat pekeliling dari setiausaha agung PKR, 222 cabang di seluruh negara diminta mengemukakan pencalonan mulai 27 Ogos hingga 12 September 2010.

Semua ahli parti yang berdaftar sebelum 27 Jun dibenarkan mengundi bagi 18 jawatan di peringkat cabang - pengerusi, timbalan pengerusi, naib pengerusi serta 15 jawatan ahli jawatankuasa.

Para ahli juga akan mengundi bagi 10 jawatan dalam sayap Wanita dan 20 jawatan bagi sayap Pemuda PKR.

Ahli PKR bagi Parlimen Malaysia ke-13[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]