Parti Kebangsaan (Afrika Selatan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nasionale Party
Parti Kebangsaan
NPLogo svg.png
Pengerusi Tetap
Presiden F.W. de Klerk
Timbalan Presiden
Ketua Pemuda
Ketua Wanita
Ketua Puteri tiada
Diasaskan Januari 1914
Ibu pejabat P.O. Box 772, Maitland, Cape Town, Cape province
Keahlian
Ideologi Politik Sosial Demokrasi
Affiliasi dalam negara {{{dalamnegara}}}
Affiliasi antarabangsa Sosialis Antarabangsa
Warna merah, biru, kuning
Laman web
{{{footnotes}}}

Parti Kebangsaan (Bahasa Afrikaans: Nasionale Party, NP) lahir daripada beberapa organisasi Afrikaner pada awal abad ke-20. Parti ini ditubuhkan oleh Jeneral J.B.M. Hertzog pada Januari 1914 untuk merealisasikan ideologi Afrikaner dan nationalisme etnik. Parti ini berjuang ke arah pengasingan kaum, penubuhan republik dan membangkang pemerintahan British di Afrika Selatan serta survival budaya Afikaner. Parti ini telah bertukar nama kepada New Nationalist Party (NNP) atau Parti Kebangsaan Baru dan dibubarkan secara rasminya pada tahun 2005. Parti NNP kemudiannya bergabung dengan parti Kongres Kebangsaan Afrika pada tahun yang sama. Satu parti dengan nama yang sama dengan Parti Kebangsaan telah ditubuhkan semula pada tahun 2008. Presiden NP terakhir adalah F.W. de Klerk.

Sejarah Awal[sunting | sunting sumber]

Pada pilihan raya kebangsaan 1924, NP bersama-sama parti seangkatan Labour Party (Parti Buruh) sebuah organisasi kulit putih yang diketuai Kolonel F.H.P. Creswell telah menewaskan parti kerajaan South African Party (SAP) yang dipimpin Jeneral Jan C. Smuts. Pada 1933, NP telah bersatu dengan SAP, dan menjadi gabungan rasmi pada 1934 yang diberi nama "United South Africa National Party" (Parti Kebangsaan Bersatu Afrika Selatan) atau nama singkatnya "United Party" (UP). Gabungan ini mendapat tentangan sengit daripada puak pemisah dari Cape Town yang menubuhkan "Purified National Party" atau PNP (Parti Kebangsaan Tulen) di bawah pimpinan Daniel F. (D.F.) Malan, untuk menentang kedudukan UP yang berpandangan moderat tentang isu perkauman. Namun, perkongsian kuasa ini berakhir pada 1939 sewaktu Perang Dunia II meletus. Perpecahan ini berlaku kerana kesatuan tersebut menyokong pihak British, manakala puak berhaluan kanan Parti Kebangsaan, bersimpati pula dengan regim Nazi di Jerman. Selepas Perang Dunia Kedua, parti PNP telah bergabung semula dengan sayap NP yang telah berpecah dari perikatan kerajaan dan gabungan parti ini dikenali sebagai "Reunited National Party" (RNP). Parti pembangkang baru ini telah berjaya menggulingkan UP didalam pilihan raya pada tahun 1948. Sejak itu, RNP dikenali semula sebagai Parti Kebangsaan atau NP telah menjadi parti kerajaan sehinggalah ia ditumbangkan oleh parti kulit hitam iaitu ANC pada April 1994.

Jentera kerajaan Parti Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Penguasaan NP ke atas organisasi politik dan keselamatan negara membolehkannya meluaskan pengaruh Afrikaner di Afrika Selatan. Parti ini semakin bermaharajalela selepas mendapat kemerdekaan daripada British pada 1960.

Selepas mengambil alih kuasa, parti NP telah membuat beberapa polisi untuk melemahkan pengaruh politik kulit hitam dan bangsa lain dan memantapkan lagi pengaruh kaum kulit putih. Langkah mereka yang pertama adalah dengan memperkenalkan Akta Kerajaan Sendiri Bantu atau Bantu Self-Government Act 1959 yang membuka Homeland (yang juga dipanggil Bantustan) bagi 10 puak kulit hitam yang berbeza di Afrika Selatan. Matlamat utama kerajaan NP adalah untuk memindahkan semua kaum kulit hitam Afrika Selatan ke penempatan homeland ini, dan membebaskan bahagian lain di negara ini iaitu lebih kurang 87 peratus tanah air kepada kaum minoriti kulit putih. Bagi bangsa coloured atau berwarna seperti orang India pula, mereka telah dikeluarkan daripada daftar undi Cape Province pada 1953. Mereka tidak lagi berhak mengundi tetapi hanya boleh memilih empat orang kulit putih sebagai wakil mereka. Kemudian, pada 1968, kumpulan berwarna ini langsung hilang hak mengundi. Sebagai mengganti tempat empat wakil tersebut, satu badan telah ditubuhkan untuk menasihat kerajaan mengenai hal ehwal kaum ini.

JBM Hertzog perdana menteri Afrika Selatan ketiga dan pengasas Parti Kebangsaan

Di samping itu, Afrika Selatan secara senyap telah menggabung bekas koloni Jerman yang didudukinya pada Perang Dunia Pertama iaitu Barat Daya Afrika (kini Namibia), sebagai wilayah kelima Afrika Selatan, dengan tujuh ahli parlimen mewakili rakyat kulit putih di parlimen Afrika Selatan. Justeru itu, masyarakat kulit putih minoriti di Barat Daya Afrika yang kebanyakannya berbangsa Jerman dan Afrikaan telah memberi sokongan padu kepada Parti Kebangsaan.

Selain itu, beberapa organisasi berunsur perkauman telah ditubuhkan. Antaranya termasuklah Afrikaner Broederbond (kemudiannya Broederbond, atau Persaudaraan), Nasionale Pers (National Press) iaitu pencetak akhbar rasmi negara, South African National Life Assurance Company (Sanlam) (sebuah syarikat insuran hayat), Voortrekkers (persatuan pengakap), Federation of Afrikaner Cultural Organisations (Federasie van Afrikaanse Kultuurvereniginge--FAK), Helpmekaar (Persatuan Khidmat Sosial Afrikaner), dan Volkskas (dalam bahasa Melayu "Bank Rakyat").

Organisasi Parti[sunting | sunting sumber]

Walaupun tiada maklumat mengenai perangkaan keahlian parti NP, tetapi struktur organisasinya diketahui ramai. Ia mempunyai struktur di peringkat persekutuan yang terbahagi kepada empat parti provinsi yang dikaitkan melalui sebuah Majlis Persekutuan. Di aras terendah ialah cawangan tempatan, yang terdiri dari lebih kurang 500 ahli. Cawangan-cawangan tempatan di kawasan pedalaman melapor terus kepada Majlis Daerah , yang terdiri dari seorang ketua, timbalan ketua, setiausaha, dan wakil-wakil rakyat dari setiap cawangan tempatan di daerah tersebut. Cawangan tempatan pula berkuasa untuk memilih dan menentukan Majlis Bahagian Constituency. Majlis tersebut diketuai oleh seorang Ketua Majlis, Kongres Provinsi yang berjumpa setiap tahun, dan seorang ketua provinsi. Kumpulan tertinggi dalam sruktur organisasi parti NP ialah Majlis Persekutuan yang terdiri dari tiga puluh tujuh ahli. Majlis ini juga bersidang sekali setahun. Sehingga tahun 1994, ketua parti NP juga menyandang jawatan Presiden Negara atau "state president" Afrika Selatan.

Zaman Perubahan[sunting | sunting sumber]

Di bawah pimpinan P.W. Botha pada 1980-an, parti ini mengubah haluan, bermula dengan reformasi dan penarikan balik polisi aparteid. Walaupun mendapat penentangan hebat dan keretakan di dalam parti ini, sayap reformasi yang digelar "verligte" , atau "bercahaya" masih berkuasa dan berjaya mendisplinkan delegasi perwakilan NP. Parti tersebut tidak berganjak walaupun sayap konservatifnya yang diketuai ketua NP di Transvaal, Andries Treurnicht, meninggalkan parti pada bulan Februari 1982 untuk memprotes cadangan "kongsi kuasa" dengan puak kulit hitam. Treurnicht kemudiannya menubuhkan Parti Konservatif (CP), yang terus mendapat perwakilan di Parlimen setelah tujuh belas ahli NP bertukar parti. Namun demikian, parti NP masih berjaya mencapai majoriti pada pilihan raya 1987.

Perubahan paling dramatik berlaku pada 1989, apabila Presiden Botha meletak jawatan sebagai ketua parti NP setelah menghidap serangan angin ahmar. Beliau digantikan oleh F.W. de Klerk iaitu Menteri Pendidikan ketika itu. De Klerk lebih komited terhadap proses reformasi, dan mendapat tentangan dari Botha yang masih memegang jawatan Presiden Afrika Selatan. Pada Jun 1989, Majlis Persekutuan NP telah meluluskan pelan lima tahun untuk mereformasikan aparteid. Sewaktu De Klerk dan Menteri Luar Negeri Roelof ("Pik") Botha berancang untuk membincangkan reformasi politik di Afrika Selatan dengan presiden Zambia, Kenneth Kaunda setahun kemudiannya, Presiden Botha menyuarakan tentangannya terhadap sebarang perbincangan dengan Kaunda. Akibatnya pada Ogos 1989, kabinet meminta Presiden Botha untuk menarik diri sebagai Presiden untuk memberi laluan kepada F.W. de Klerk. Pada pilihan raya September 1989, parti NP di bawah pimpinan de Klerk masih kekal sebagai parti kerajaan di Afrika Selatan. Namun ia merupakan detik-detik terakhir dominasi parti NP dan pada 1994 parti ini tewas kepada parti Kongres Kebangsaan Afrika.

NP selepas berakhirnya Aparteid[sunting | sunting sumber]

Parti NP berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai imej yang baru dan pada 1990 telah melancarkan secara besar-besaran pengambilan ahli baru dari pelbagai bangsa dan warna kulit. Parti ini juga telah melantik majlis pengurusan serta setiausaha daerah yang baru untuk memastikan proses reformasi berjalan dengan lancar. Manakala, ketua-ketua parti terpaksa melalui program latihan baru yang menekankan toleransi perkauman. Pada bulan Mei 1991, lima wakil rakyat dari Parti Buruh, (sebuah parti yang secara tradisinya mewakili kepentingan masyarkat berwarna), telah menyertai parti NP. Beberapa bulan sebelum pilihan raya 1994, parti ini semakin terdesak dan mencuba pendekatan baru seperti menekankan peranan aktif mereka dalam meruntuhkan aparteid dan sebagai pembebas kaum kulit hitam. NP juga menuduh parti ANC sebagai sebuah parti yang tidak toleran dalam isu perkauman.

Namun demikian, parti NP gagal mengekalkan kuasa mereka dan terpaksa akur kepada parti ANC yang menang besar pada pilihan raya bulan April 1994. Walaupun begitu parti ini mendapat undi kedua terbanyak dengan 20.4 peratus jumlah keseluruhan undi dan mendapat lapan puluh dua kerusi di "National Assembly". Kebanyakan undinya diperolehi dari wilayah Cape Barat. Semenjak parti ini ditewaskan, ia telah cuba untuk membuang imej aparteid yang kerap dikaitkan dengan parti ini. Namun mereka tidak berjaya dan pada tahun 1997, parti ini telah menukar nama ke New National Party atau Parti Kebangsaan Baru. Parti ini hanya bertahan selama sedekad sebelum majlis persekutuan memutuskan untuk membubarkan parti ini pada 9 April 2005, berdasarkan keputusan setahun sebelumnya untuk bergabung dengan ANC.