Parti Kebangsaan Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Kebangsaan Sarawak
Sarawak National Party
SNAP
Ketua Edwin Dundang Bugak
Diasaskan 10 April 1961
Dibubarkan 17 Januari 2013
Penggabungan nasional Pakatan Rakyat
Tapak web
Laman SNAP
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Kebangsaan Sarawak (bahasa Inggeris: Sarawak National Party; singkatan: SNAP) merupakan parti politik tertua bangsa Dayak Sarawak yang ditubuhkan pada 10 April 1961[1] di Betung oleh sekumpulan pekerja Shell yang berketurunan Iban yang berasal dari Saribas dan pekerja Shell di Brunei dan kawasan yang berdekatan dengan Sarawak.

Pengerusi yang pertama ialah J.S. Tinker dan Setiausaha Agung SNAP pertama ialah Stephen Kalong Ningkan seorang pembantu hospital Syarikat Shell Brunei yang kemudiannya menjadi presiden SNAP seterusnya dan Ketua Menteri Sarawak yang pertama (1963-1966).

Penubuhan SNAP memberi pilihan kepada kaum Dayak bergerak dalam bidang politik, terutamanya kepada mereka yang tidak berminat menyertai mana-mana parti lain. SNAP ditubuhkan sebagai reaksi kaum Dayak terhadap penubuhan SUPP, PANAS dan Barjasa kerana sebagai kaum terbesar di Sarawak, kaum Dayak merasakan perlu untuk menubuhkan sebuah parti politik sendiri.

Pada dasarnya, perjuangan SNAP bertujuan untuk menjaga kepentingan kaum Iban, walaupun terdapat sebilangan kecil kaum Bidayuh yang menyertai parti itu. Kaum Iban merasakan kepentingan mereka kurang mendapat perhatian parti-parti politik yang sedia ada di Sarawak. Oleh itu, mereka mengusahakan penubuhan SNAP (Leigh, 1988:32-5) (Ruslan Zainuddin, 2000:486). SNAP telah mengubah perlembagaannya pada 1963 untuk menerima ahli bukan Dayak dan James Wong Kim Min telah menjadi ahli Cina SNAP yang pertama dan kemudiannya presiden SNAP selama 22 tahun.[2]

Pada 17 Januari 2013, Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan ROS membatalkan pendaftaran Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada 2002.Keputusan itu diputuskan panel hakim lima anggota selepas parti politik itu gagal mematuhi notis ROS meminta parti itu mengemukakan bukti krisis kepimpinan parti itu telah selesai.Mahkamah membenarkan rayuan ROS untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jun 2010 yang mengekalkan pendaftaran parti itu.[3]


Krisis Perpecahan[sunting | sunting sumber]

Pada 1962, setahun selepas penubuhan SNAP, Thomas Kana, seteru lama dan rakan sekerja Stephen Kalong Ningkan semasa mereka berkhidmat di hospital Kuala Belait Brunei, telah membantu menubuhkan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) sebuah lagi parti kaum Iban yang terus memecah-belahkan masyarakat Dayak. PESAKA kemudiannya bergabung dengan Parti Bumiputera yang merupakan gabungan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) dan Parti Negara Sarawak (PANAS) untuk membentuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 1973. Permusuhan itu sentiasa menjadi 'duri dalam daging' dalam konteks perpaduan masyarakat Dayak di Sarawak selama ini.[perlu rujukan]

Pada 1981, Datuk Amar Dr. Leo Moggie Anak Irok bersama Daniel Tajem setelah gagal menjatuhkan Datuk Amar James Wong Kim Min dan telah berpecah dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menubuhkan parti serpihan baru Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan mendaftarkannya pada 1983.

Pada 1987, dalam krisis Ming Court Affair telah melemahkan kekuatan SNAP apabila beberapa wakil rakyatnya telah meninggalkan SNAP dan bertanding sebagai pembangkang menentang Barisan Nasional.

Pada 1996, Dr. Patau Rubis yang dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari SNAP telah menubuhkan Parti Reformasi Negeri atau State Reform Party (STAR) pada 9 Oktober 1996.

Pada 2002, SNAP sekali lagi bergelumang dalam kekalutan kepimpinan apabila presidennya Datuk Amar James Wong Kim Min memecat bendaharinya yang juga ahli parlimen Bintulu, Tiong King Sing pada bulan April atas sebab disiplin dan memulakan perpecahan kepimpinan parti berbelah dua puak, satu diterajui oleh presiden James Wong disokongi timbalannya Peter Tinggom[4], dan satu puak lagi diketuai oleh naib presidennya yang berimpian tinggi, Datuk William Mawan Ikom. Krisis perpecahan SNAP ini telah menyebabkan SNAP sebagai parti bangsa Dayak tertua negeri Sarawak yang telah berusia 41 tahun telah diisytiharkan pendaftarannya dibatalkan pada 5 November 2002 oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). Datuk William Mawan Ikom telah menubuhkan parti serpihan baru Parti Demokratik Progresif Sarawak atau Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP) 4 hari kemudian yang diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 9 November 2002[5][6] dan menyertai Barisan Nasional.

SNAP telah merayu semula kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 September 2006 yang mengekalkan keputusan ROS pada 5 November 2002 membatalkan pendaftaran SNAP, dan berjaya mendapat pelepasan dari Mahkamah Rayuan untuk beroperasi seperti biasa dengan menangguhkan penguatkuasaan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu sehingga keputusan mahkamah dibuat berhubung semakan semula mengenai pembatalan pendaftarannya dan sementara prosedur rayuan perundangan berjalan.[7] Mahkamah Rayuan akhirnya telah memutuskan pada 23 Jun 2010 untuk membatalkan keputusan pembatalan pendaftarannya oleh ROS lapan tahun yang lepas.[8]

Edwin Dundang Bugak telah dipilih sebagai Presiden SNAP pada 18 Mei 2003 sehingga kini mengantikan Datuk Amar James Wong yang berundur setelah memegang tampuk pimpinan parti selama 22 tahun dan beliau dilantik sebagai Penaung dan Presiden Seumur Hidup SNAP.[9] Datuk Amar Wong walaubagaimanapun telah meletak jawatan dan berundur dari SNAP.[10]

Gabungan Politik[sunting | sunting sumber]

Setelah ditubuhkan pada 1961, SNAP telah menjadi salah sebuah parti komponen Perikatan semenjak 1963 apabila Sarawak menyertai penubuhan dan merdeka dalam gagasan persekutuan Malaysia. Pada 1965, SNAP telah disingkir dari gabungan Perikatan setelah usaha pengulingan dan penyingkiran Stephen Kalong Ningkan dari jawatan Ketua Menteri[11] atas alasan kerana sokongan dan desakan SNAP bagi peningkatan kuasa autonomi untuk negeri Sarawak.

Dalam Pilihan Raya Umum 1974, SNAP telah bersekutu dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai pembangkang dan kedua-duanya telah cermerlang memenangi 9 kerusi parlimen masing-masing. SNAP telah berkempen menentang polisi Ketua Menteri Abdul Rahman Ya'akub yang pro-Melayu Semenanjung yang meminggirkan dan menindas bukan Melayu terutama kaum Dayak. Ini telah menjurus kepada penangkapan dan penahanan presiden SNAP dan Ketua Pembangkang, James Wong di atas Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Leo Moggie telah yang memangku jawatan pemimpin SNAP telah mengikhtiarkan pembebasan James Wong dan kemasukan semula ke dalam Barisan Nasional (BN).

Pada 1976, SNAP telah menyertai semula Barisan Nasional yang baru mengantikan Perikatan walaupun dengan kuasa yang jauh kurang dari masa permulaan dahulu SNAP berkuasa di Sarawak di mana presidennya memegang jawatan Ketua Menteri. SNAP berada di dalam BN selama hampir 3 dekad sehingga 2004.

Pada 2004, SNAP disingkirkan kali kedua dari BN rentetan krisis kepimpinan SNAP dan pembatalan pendaftaran SNAP oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 2002 dan SNAP yang telah bertanding di atas tiketnya sendiri sebagai pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2004, 2008 dan Pilihan Raya Negeri 2006.

Pada 2006, SNAP telah bergabung dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dan Kongres Dayak Malaysia (MDC) untuk membentuk Barisan Bersatu Sarawak atau 'Sarawak Solidarity Front' (BBS) dan mengeluar manifesto bersama dalam pilihan raya negeri Sarawak kesembilan pada 20 Mei 2006. MDC, parti serpihan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang gagal didaftarkan telah menggunakan simbol SNAP.[12][13][14]

Pada 2010, 20 April, SNAP telah menyertai gabungan Pakatan Rakyat secara rasminya menjelang pilihan raya kecil kawasan parlimen Sibu pada 16 Mei 2010.[15][16][17]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]