Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air
Malaysian People’s Wellbeing Party
KITA
Ketua Zaid Ibrahim
Diasaskan 16 Februari 1995[1]
Ibu pejabat Kota Bharu, Kelantan[2]
Keahlian 15,000[3]
Ideologi Keadilan sosial
Penggabungan nasional Angkatan Insaf Rakyat (1999)[4]
Tapak web
http://www.malaysiakita.org
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik
papar  bincang  sunting

Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA)[5] ialah sebuah parti politik di Malaysia, dahulunya dikenali sebagai Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Parti AKIM pada mulanya ditubuhkan sebagai parti serpihan dari Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1995, berikutan percanggahan pendapat sesama ahli parti itu. Ada juga beberapa ahli Semangat 46 yang menyertai AKIM berikutan pembubarannya pada tahun 1996.[6] AKIM pernah bertanding dalam pilihan raya umum 1999 untuk kerusi-kerusi parlimen Pasir Puteh dan Kota Bharu, tetapi tidak berjaya.[7]

Pada tahun 2008, Hanafi Mamat selaku parti presiden mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, tetapi hanya berjaya meraih 92 undian, sekaligus kerugian deposit RM 15,000. Walaupun begitu, beliau berharap agar pilihan raya kecil itu dijadikan landasan untuk mendedahkan partinya kepada umum.[3]

Pada 15 Disember 2010, Datuk Seri Zaid Ibrahim, seorang bekas pemimpin parti UMNO dan Parti Keadilan Rakyat, dilantik sebagai Presiden baru parti ini dalam sebuah mesyuarat yang turut menyaksikan perubahan perlembagaan baru dan nama baru parti menjadi "Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air" (KITA)[8] dan dilancarkan secara rasminya pada 19 Januari 2011 oleh presiden barunya di Kuala Lumpur.[9][10]

[sunting] Presiden

  • 1995-February 1998: Musa Salih[6]
  • 1998-1999: Mohd Din Nizam Din (acting)[11]
  • 1999-2002: Mohammad Yusoff[12]
  • 2002-26 Disember 2009: Hanafi Mamat [13]
  • 26 Disember 2009- 15 Disember 2010: Zakaria Salleh[14]
  • 15 Disember 2010-kini: Zaid Ibrahim[15]

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar



Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain