Parti Konservatif (UK)
| Parti Konservatif Conservative Party |
|
|---|---|
| Ketua | David Cameron |
| Pengerusi | Sayeeda Warsi |
| Diasaskan | Bersejarah 1678, Moden 1912 |
| Ibu pejabat | Conservative Campaign Headquarters, 30 Millbank, London, SW1P 4DP |
| Ideologi | Umum: Konservatisme, Kesatuan British, Puak dalaman:[1] Konservatisme liberal,[2] Libertarianisme, Konservatisme satu negara, Thatcherisme, Konservatisme tradisionalis |
| Kedudukan politik | Pertengahan kanan |
| Penggabungan antarabangsa | International Democrat Union |
| Penggabungan Eropah | Alliance of European Conservatives and Reformists |
| Kumpulan Parlimen Eropah | European Conservatives and Reformists |
| Warna rasmi | Biru |
| Dewan Rakyat |
308 / 650
|
| Dewan Pertuanan |
186 / 724
|
| Parlimen Eropah |
25 / 73
|
| Dewan Undangan London |
11 / 25
|
| Parlimen Scotland |
16 / 129
|
| Dewan Undangan Wales |
13 / 60
|
| Kerajaan tempatan[3][4] |
9,405 / 21,871
|
| Tapak web | |
| http://www.conservatives.com/ | |
Parti Konservatif di Britain / United Kingdom merupakan parti veteran dan banyak kali menang dalam pilihan raya umum Britain. Parti Konservatif mahu memberi kuasa kembali kepada rakyat iaitu Satu Negara, Satu Bangsa."
Parti Konservatif merupakan sebuah parti yang mendokong prinsip-prinsip kebebasan. Parti Konservatif membekalkan Britain dengan pemimpin-pemimpin yang menghapuskan jual beli hamba abdi, menghapuskan "Akta Jagung" yang menghalang perdagangan bebas, dan juga membantu menghapuskan pengaruh komunis.
Menurut Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz daripada IDEAS menyatakan beberapa orang pemimpin Parti Konservatif juga membantu Malaysia selepas Perang Dunia Kedua. Antaranya David Gammans dan Lord Marchwood berjasa menolong para pejuang kemerdekaan menentang Malayan Union.
Malaysia menandatangani Perjanjian Pertahanan Lima Negara dengan Perdana Menteri daripada Parti Konservatif Edward Heath. Perjanjian ini terus memberi manfaat kepada negara Malaysia. Margaret Thatcher dan John Major pernah melawat Malaysia semasa menjadi Perdana Menteri United Kingdom. Malangnya Tony Blair, bekas Perdana Menteri Parti Buruh hanya melawat Malaysia setelah pencen. Malah Tony Blair menyokong George W. Bush habis-habisan semasa mahu menjajah Iraq pada 2003.
Prinsip 1Malaysia juga menyamai konsep "Konservatisme Satu Negara (One Nation Conservatism)" yang diperkenalkan oleh Margaret Thatcher. Pada 1986, Margaret Thatcher menyatakan dasar Penswastaan dipelajari dan dikuti dari Malaysia hingga ke Mexico.
Dasar liberalisasi pasaran di Britain yang dipelopori oleh Margaret Thatcher membawa kepada pembangunan yang pesat. Margaret Thatcher berjaya menyekat penganut fahaman sosialis dan marxist dalam pelbagai kesatuan sekerja yang cuba menghalang pembangunan.[5]
Rujukan [sunting]
- ↑ Andrew Sparrow. "Only 12% of Tory MPs choose Cameronism as political philosophy", 17 Disember 2009.
- ↑ Pemimpin parti kini David Cameron menyatakan yang beliau seorang konservatif liberal (James Kirkup. "David Cameron rejects neo-conservative foreign policy", Telegraph.co.uk, 3 September 2008. Dicapai pada 2 Julai 2009. )
- ↑ Keith Edkins (30 November 2009). "Local Council Political Compositions". http://www.gwydir.demon.co.uk/uklocalgov/makeup.htm. Capaian 2 Disember 2009.
- ↑ Nicholas Whyte (10 Mei 2005). "The 2005 Local Government Elections in Northern Ireland". Northern Ireland Social and Political Archive. http://www.ark.ac.uk/elections/flg05.htm. Capaian 2 Disember 2009.
- ↑ Eratkan hubungan dengan Parti Konservatif