Parti Makkal Sakti Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Makkal Sakti Malaysia
Malaysian Makkal Sakti Party
MMSP
Ketua R.S. Thanenthiran
Diasaskan 11 Mei 2009
Ibu pejabat Shah Alam
Tapak web
http://www.makkalsakti.org
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Makkal Sakti Malaysia atau Malaysian Makkal Sakti Party (MMSP) ditubuhkan pada 11 Mei 2009 oleh bekas pemimpin Hindraf yang telah diharamkan. Parti itu diterajui bekas penyelaras kebangsaan Hindraf R. S. Thanenthiran.[1][2][3]

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak telah melancarkan Parti Makkal Sakti Malaysia , parti terbaru kaum India negara Malaysia pada 10 Oktober 2009 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang, Selangor. Parti Makkal Sakti Malaysia berazam mahu menyaingi MIC yang dipimpin oleh Datuk Seri S Samy Vellu. Walaupun MMSP mendakwa mereka bersifat berkecuali, tetapi ianya nyata cenderung ke arah BN[4] yang dikatakan mendalangi penubuhan MMSP mengambil kesempatan gerakan Makkal Sakthi kumpulan HINDRAF.[5][6][7][8]


Krisis Kepimpinan[sunting | sunting sumber]

Hanya selepas dua bulan selepas pelancarannya, MMSP telah menghadapi krisis kepimpinannya apabila pemimpin kanan dalam parti yang mendakwa presiden mereka RS Thanenthiran sebagai diktaktor. Pada 17 Januari 2010, mesyuarat Jawatankuasa Pusat Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) diketuai Timbalan Presiden A. Vathe-murthy, Setiausaha Agung Kannan Ramasamy dan kumpulan 14 pembangkang dari 27 AJK Pusat[9] mengundi untuk membatalkan keahlian presidennya, RS Thanenthiran, umur 46 tahun. Dia tidak hadir dalam siasatan di ibupejabat parti itu di Shah Alam. RS Thanenthiran juga telah kehilangan haknya sebagai AJK Pusat parti pada hari tersebut kerana beliau tidak menghadiri mesyuarat AJK Pusat sebanyak 3 kali berturut tanpa alasan yang munasabah. Mengikut peuntukan Perlembagaan parti MMSP, Fasal 9(7) yang dibaca seperti berikut "Mana-mana Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat tiga kali berturut tanpa alasan yang memuaskan kan disifatkan sebagai meletakkan jawatan." Encik RS Thanenthiran tidak hadir mesyuarat pada 19 Disember 2009, 9 Januari 2010 dan pada 17 Januari 2010. Tindakan beliau telah disifatkan oleh AJK sebagai mungkir menghadiri mesyuarat dan beliau telah hilang jawatan dalam AJK Pusat dan secara langsungnya sebagai Presiden. 14 yang hadir pada 17 Januari 2010 daripada 27 AJK pusat setuju dengan keputusan itu. 14 AJK yang hadir juga telah menyingkir keahlian RS Thanenthiran selaras dengan peruntukan Perlembagaan parti di FASAL 7(2) yang memberi hak kepada AJK Pusat untuk menggantungkan atau memecat keahlian. Baki 12 ahli tidak hadir.

Keputusan memecat presiden itu SAH. ROS pula pada 18 October 2010, memberi satu surat penyiasat yang pemecatan RS Thanenthiran pada 17 Januari 2010 adalah tidak mengikut perlembagaan parti TETAPI tidak menyatakan mengenai status Presiden dan kehilangan jawatan AJK oleh RS Thanenthiran kerana mungkir hadir mesyuarat. AJK Pusat yang diketuai oleh Setiausaha Agung, Encik Kannan Ramasamy menyatakan mereka menerima surat dari ROS dan bersedia menerima kembali keahlian bekas Presiden, En RS Thanenthiran dan beliau perlu menjelaskan yuran tahunan dan mengikut undang-undang parti sebagai ahli.

18 daripada 26 AJK Pusat setuju dengan pemilihan baru pada Oktober 2010. Pertelagahan antara pengasas, presiden dan timbalan presiden dapat diselesaikan. PARTI Makkal Sakti didakwa mempunyai kira-kira 20,000 ahli telah memilih jawatankuasa baru tanpa RS Thanenthiran.[10]

RS Thanenthiran seorang pemimpin yang juga dikatakan telah memaslukan Perlembagaan parti demi kepentingan peribadi dengan menukarkan Fasal Keahlian di Fasal 7(2) dan Fasal AJK Pusat di Fasal 9(1) serta di Fasal 10(1) yang memberi kuasa Mutlak dalam pemecatan ahli dan kuasa perlantikan AJK kepada Presiden secsra bersendirian. Satu kes penyelewangan dokumen telah difailkan terhadap RS Thanenthiran di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 10 Disember 2010.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]