Parti Rakyat Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Parti Rakyat Sarawak
Sarawak People's Party
PRS
Ketua Dato' Sri. Dr. James Jemut Masing
Diasaskan 2004
Ibu pejabat

Jalan Pending,Kuching

Sarawak, Malaysia.
Penggabungan nasional Barisan Nasional
Tapak web
PRS Facebook
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Parti Rakyat Sarawak (PRS) merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2004. Parti ini merupakan salah satu parti komponen gabungan parti memerintah Barisan Nasional di Malaysia.

Parti ini diasaskan pada 2004 selepas krisis kepimpinan PBDS yang mengakibatkan pembatalan pendaftaran (Parti Bansa Dayak Sarawak) oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 5 Disember 2003[1] dan 21 Oktober 2004[2] oleh sekumpulan serpihan yang diketuai oleh Dr. James Jemut Masing dan Sng Chee Hua.

Pada 2 Disember 2006, 700 anggota perwakilan yang menganggotai 22 daripada 28 cawangan PRS yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah hadir di Miri,Sarawak. Antara yang diketepikan ialah Sng Chee Hua, setiausaha agung Sidi Munan, Ketua Wanita Josephine Rindan Mawat dan naib presiden Larry Sng Wei Shun (anak lelaki Sng), yang juga Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri, naib presiden, Jimmy Donald, Anggota Parlimen kawasan Sri Aman.

Senarai organisasi PRS 2006[sunting | sunting sumber]

  1. Pengerusi - James Jemut Masing -- Adun Balleh
  2. Timbalan Pengerusi - Joseph Entulu Belaun
  3. Setiausaha Agung - Wilfred Rata Nissom -- setiausaha politik Ketua Menteri Sarawak
  4. Ketua Wanita - Doris Sophia Brodie.
  5. Ketua Pemuda - Mong Dagang --Adun Bukit Begunan[3]

Ahli PRS yang penting[sunting | sunting sumber]

Ahli PRS yang lain ialah Anggota Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum dan anggota Parlimen Kanowit, Aaron Ago Dagang,[4] anggota Parlimen Hulu Rajang Bily Abit Joo, Adun Tamin Joseph Mauh Ikeh, Adun Kakus John Sikie Tayai dan Lau Ting Ping.[5]

Pilihan raya kecil Batang Ai 2009[sunting | sunting sumber]

Dalam Pilihan raya kecil Batang Ai 2009, Malcolm Mussen Lamoh dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) menewaskan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), dengan majoriti 1,854 undi. Terdapat 150 buah Rumah Panjang yang didiami etnik Iban di Batang Ai menyokong PRS. [6]

Logo Parti[sunting | sunting sumber]

PRS semasa ditubuh hasil pembubaran Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) telah menggunakan logo yang berlambang perisai dan parang menyerupai logo PBDS yang berlambang perisai, parang dan lembing pada 2004. Parti ini telah menukarkan logonya kepada lambang pokok padi yang baru sekarang pada April 2010.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]