Parti Rakyat Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

Parti Rakyat Singapura (Singapore People's Party, dengan singkatan SPP) merupakan salah satu parti pembangkang tengah kiri di Singapura. Parti ini diasaskan pada tahun 1994 oleh Sin Kek Tong yang mengetuai puak yang menyokong Chiam See Tong keluar dari Parti Demokratik Singapura (SDP).

Untuk selama tiga tahun, Sin Kek Tong merupakan setiausaha agung sementara parti ini sehingga Chiam See Tong mengambil alih jawatan tersebut selepas parlimen dibubarkan untuk persediaan Pilihan Raya Umum 1997. Parti itu memenangi kerusi yang tunggal dalam pilihan raya itu di Potong Pasir, dengan pemimpinnya Chiam See Tong menjadi Ahli Parlimen.

Berjalan kaki melawat GRC Pasir Ris-Punggol pada Mac 2006. (Digunakan dengan kebenaran)

Pada tahun 2001, Chiam See Tong memulakan kerjasama dengan Parti Perpaduan Nasional (NSP), Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (SMNO), dan Parti Keadilan Singapura (SJP) untuk membentuk barisan pembangkang terhadap Parti Tindakan Rakyat (PAP), parti pemerintah. Atas sebab itu, Perikatan Demokratik Singapura (SDA) dibentuk.

Dalam Pilihan Raya Umum 2001, Chiam See Tong dikembalikan ke parlimen dengan majoriti tipis sebagai Ahli Parlimen tunggal untuk partinya serta untuk SDA. Ahli parlimen yang lain untuk parti SDA, Steve Chia daripada Parti Perpaduan Nasional ialah Ahli Parlimen Bukan Kawasan Pilihan Raya kerana dia merupakan pemenang kedua pembangkang yang terbaik.

Selain daripada Chiam See Tong, ahli utama yang lain dalam parti ini ialah Sin Kek Tong yang paling diingati untuk kegagalan pilihan raya yang tipis di kawasan pilihan raya Braddell Heights kepada Ahli Parlimen PAP penjawat kini, Goh Choon Kang semasa Pilihan Raya Umum 1991.

Logo parti[sunting | sunting sumber]

Logo parti SDA sekarang disesuaikan daripada logo SPP. Apabila SDA dibentuk pada September 2001, logo SPP telah diubah suai dan digunakan sebagai logo baru.

Tokoh-tokoh[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]