Parti Reformasi Negeri
| Parti Reformasi Negeri State Reform Party STAR |
|
|---|---|
| Ketua | Dr. Patau Rubis |
| Diasaskan | 9 Oktober 1996 (Sarawak) 6 Januari 2012 (Sabah) |
| Ibu pejabat | 262, Jalan Batu Kawa, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia. Phone: 082-682595, 082-682739 |
| Tapak web | |
| Laman Sesawang Rasmi STAR Laman Facebook STAR |
|
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Parti Reformasi Negeri atau State Reform Party (STAR) ditubuh pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[1]
Isi kandungan |
STAR Sabah [sunting]
State Reform Party (STAR) Sabah telah dilancarkan secara rasminya pada 06 Januari 2012 (Jumaat) tepat jam 4 petang di Dewan KDCA, Penampang, Sabah.
STAR Sabah dipengerusikan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
Pemilihan STAR sebagai platform politik memperjuangkan AGENDA BORNEO bertepatan dengan slogan Unity is Duty yang dilaung-laungkan beliau untuk menyatupadukan Sabahan dan Sarawakian dalam usaha menuntut dikembalikan HAK kemerdekaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Sesuai dengan namanya, Parti Reformasi Negeri atau STAR, berhasrat untuk melakukan reformasi bukan sahaja kerajaan tetapi terlebih penting melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat.
Manifesto Parti akan diumumkan dalam masa terdekat ini untuk memberi lebih kefahaman mengenai halatuju dan perjuangan parti dalam mendepani Pilihanraya Umum ke-13 kelak.
Lihat juga [sunting]
- Parti Reformasi Negeri Sabah
- Senarai parti politik Malaysia
- Politik Malaysia
- Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)