Parti untuk Kebebasan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini adalah tentang Parti Kebebasan yang sebelumnya dikenali sebagai kumpulan Wilders. Untuk parti bersejarah, sila lihat Parti Kebebasan (Belanda).
| Parti untuk Kebebasan Partij voor de Vrijheid |
|
|---|---|
| Ketua | Geert Wilders |
| Pemimpin dalam Dewan Perwakilan | Geert Wilders |
| Pemimpin Senat | Machiel de Graaf |
| Pemimpin dalam Parlimen Eropah | Barry Madlener |
| Diasaskan | 22 Februari 2006 |
| Pecahan | Parti Rakyat untuk Kebebasan dan Demokrasi |
| Ideologi | Anti-Islam Liberal Konservatif Populisma sayap-kanan Nasionalisma Konservatif |
| Penggabungan antarabangsa | Perikatan Kebebasan Anatarabangsa GW |
| Kumpulan Parlimen Eropah | bukan-Inscrits |
| Warna rasmi | Merah, Putih dan Biru |
| Tapak web | |
| www.pvv.nl | |
Parti untuk Kebebasan (Bahasa Belanda: Partij voor de Vrijheid, PVV) merupakan sebuah parti politik sayap-kanan Belanda. Diasaskan pada tahun 2005 sebagai pengganti parti satu-orang Geert Wilders dalam Dewan Perwakilan, Parti ini memenagi sembilan kerusi dalam Pilihan raya umum 2006, menjadikan ianya parti kelima terbesar dalam parlimen, dan parti pembakang ketiga terbesar. Ia menjadi kedua dalam Pilihan raya Parlimen Eropah 2009, memenangi 4 daripada 25 kerusi. Dalam Pilihan raya umum 2010, parti ini memenangi 24 buah kerusi, menjadikan ianya parti ketiga yang terbesar di Belanda.