Zarah Oh-My-God

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Partikel Oh-My-God)
Lompat ke: pandu arah, cari

Zarah Oh-My-God ialah satu sinar kosmik dengan tenaga ultra tinggi (paling berkemungkinan satu proton) yang dikesan pada petang 15 Oktober 1991 di ruang udara Dugway Proving Ground, Utah. Penemuannya merupakan satu kejutan kepada ahli astrofizik. Mereka menganggarkan jumlah tenaga yang dimiliki oleh zarah ini ialah kira-kira 3 × 1020 eV (50 J), ataupun lebih kurang jumlah tenaga kinetik sebiji bola besbol seberat 5 auns (142 g) yang bergerak pada kelajuan 60 batu/jam (100 km/h), dimuatkan di dalam satu zarah subatomik.

Partikel ini bergerak sangat hampir dengan kelajuan cahaya. Jika dianggap yang zarah ini sebuah proton, kelajuannya hanya 1.5 femtometer (1 per 1 quadrilion daripada semeter) per saat kurang daripada kelajuan cahaya, atau kira-kira 0.9999999999999999999999951 c. Pada kelajuan ini, jika zarah ini berlumba dengan cahaya selama setahun, zarah ini hanya akan ketinggalan sejauh 46 nanometer atau 0.15 femtosaat (1.5 × 10−16 s).

Jumlah tenaga yang dimiliki oleh zarah ini adalah kira-kira 40 juta kali jumlah tenaga proton tertinggi yang dihasilkan oleh mana-mana pemecut zarah di Bumi. Namun, hanya sebahagian kecil jumlah tenaga ini boleh digunakan untuk tindak balas dengan mana-mana proton atau neutron di Bumi, dan kebanyakan tenaganya yang lain akan dikekalkan dalam bentuk tenaga kinetik hasil tindak balas ini. Jumlah tenaga yang boleh digunakan dalam interaksi ialah punca kuasa dua bagi hasil ganda dua tenaga zarah dan tenaga jisim. Bagi jisim ini, jumlahnya bersamaan dengan 7.5 × 1014 eV, atau kira-kira 50 kali jumlah tenaga pelanggaran Large Hadron Collider.

Sejak penemuan pertama oleh Fly's Eye Cosmic Ray Detector oleh University of Utah, sekurang-kurangnya 15 kejadian yang sama telah dicatatkan, mengesahkan fenomena ini. Zarah sinar kosmik dengan tenaga ultra tinggi ini adalah sangat jarang; jumlah tenaga kebanyakan zarah sinar kosmik ialah di antara 10 MeV dan 20 GeV.