Bazar Ramadan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pasar Ramadan)

Bazar Ramadan merujuk kepada aktiviti perniagaan di sesuatu lokasi strategik pada bulan Ramadan. Pelbagai juadah moden dan tradisional dijual.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Antara lokasi menarik ialah Bazar Ramadan 2010 di Masjid Jamek Kampung Baru.

Menteri Pelancongan Malaysia, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berharap kewujudan bazar Ramadan di Malaysia dapat menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia terutama dari Timur Tengah. Ia merupakan produk pelancongan untuk dikongsikan dengan seluruh dunia. Pelancong mengenali budaya dan cara hidup masyarakat melalui makanan yang dijual. Seramai 50,000 pelancong dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Iran melancong ke Malaysia antara Januari – Mac 2010. Mereka berbelanja RM7,169 selama 10 hari di Malaysia.

Pada bulan Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengundang imam dari Arab Saudi untuk memimpin solat Tarawih.[1]

Peristiwa penting[sunting | sunting sumber]

  • Pada 13 Ogos 2010, satu kejadian ribut melanda sebuah bazar Ramadan di Jasin, Melaka, mengorbankan 3 orang serta mencederakan 17 pengunjung lain.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bazar Ramadan Diharap Dapat Tarik Lebih Ramai Pelancong - Ng
  2. ^ Norfaisal Jahuri (14 Ogos 2010). "Tragedi pasar Ramadan: 2 peniaga, seorang pengunjung maut dihempap khemah". Harian Metro. m/s. 3A.