Pasar lambak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasar lambak di Hietalahdentori, Helsinki, Finland

Pasar lambak merupakan sejenis bazar yang menyewakan tapak kepada peniaga yang mahu menjual atau menukar barang yang bermula daripada barangan berkualiti rendah sehinggalah kepada barangan berkualiti tinggi yang ditawar atau barangan terpakai.

Banyak pasar yang menawarkan hasilan produk segar dan tumbuhan dari ladang tempatan. Penyewa pasar lambak merupakan penjual. Pasar ini boleh didapati di dalam bangunan seperti gudang atau gimnasium sekolah dan juga di luar bangunan seperti di padang atau di bawah khemah. Pasar boleh diadakan setiap tahun atau setiap setengah tahun manakala yang lainnya mungkin mengadakan penjualan pada setiap bulan, minggu atau hari. Penjual pasar lambak boleh didapati dengan penyewaan meja daripada keluarga yang mahu memulakan penjualan beberapa barangan rumah terpakai. Pembeli mencari kawasan yang menawarkan barangan di penjualan garaj dan pasar lambak yang lain manakala penjaga memerhati kawasan perniagaan.[1][2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Dictionary.com. (1998). Dicapai pada 12 Februari 2012, daripada http://dictionary.reference.com/browse/flea+market
  2. Conjecture Corporation (2003). What is a Flea Market?. Wise Geek. Dicapai pada 12 Februari 2012, daripada http://www.wisegeek.com/what-is-a-flea-market.htm
  3. Americana Resources Inc. (2008, Oktober 20). Collectors.Org: Flea Market Directory. Collectors.org Uniting the Many Worlds of Collecting. Dicapai pada 12 Februari 2012, daripada http://collectors.org/fm/