Pasar malam Jalan TAR
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. (November 2009) |
Pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Pasar Malam TAR merupakan diantara pasar malam yang terbesar di Malaysia.[perlu rujukan] Ia mula beroperasi pada pertengahan tahun 80an disepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur.
Terdapat lebih 400 peniaga yang menjual berbagai jenis makanan dan barangan kering. Pasar Malam TAR telah menjadi tarikan kepada pelancung luar untuk merasa berbagai makanan yang dijual di sini.
Pada tahun 1996 , Pasar Malam TAR telah dipindah kan dari Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Lorong Tuanku Abdul Rahman. Alasan perpindahan itu kerana mendakwa Pasar Malam TAR telah menyebabkan kesesakan jalan raya.