Pasar pagi
Pasar pagi dibuka pada waktu pagi, di mana isteri, anak, ataupun rumah tetangga dan warga tua menghadiri dan barang-barang jualan adalah sayur-sayuran, ikan, daging, pakaian dan pelbagai jenis produk seharian dalam kuantiti yang sedikit. Selain itu, perniagaan seperti ini dijalankan oleh individu dan dibantu oleh ahli keluarga.
Salah satu Pasar pagi yang terbesar berada di Jalan Pasar di Kuala Lumpur. Antara kepentingan pasar pagi ialah pasar pagi dapat: menyediakan peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran, dapat menyediakan barangan yang segar dan menjimatkan kos pengguna.
Tetapi pasar pagi juga mempunyai kesan negatif yang tersendiri, antaranya ialah; Persaingan dengan kedai runcit tempatan,Harga tanpa kawalan, Barangan tidak berkualiti dan menyebabkan kesesakan lalu lintas