Pasembur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gerai makanan Pasembur dan Rojak Mamak India Malaysia
Pasembur
Rojak India di Singapura.

Pasembur atau pasembor adalah salad India Malaysia yang terdiri daripada timun mayang, bawang, ubi kentang, tauhu, taugeh, udang kering, ketam goreng berempah, sotong goreng, dsb. dihidang bersama kuah kacang manis berempah. Kuahnya hampir sama seperti kuah gado-gado ataupun kuah sate. Istilah pasembur khusus di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Ia biasanya dikaitkan dengan Pulau Pinang, di mana pasembur terbaik boleh didapati di sepanjang Jalan Gurney.[perlu rujukan] Di bahagian lain Malaysia, istilah "Rojak Mamak" lebih biasa digunakan.

Secara tradisi, penjaja rojak Tamil Muslim menjual di gerai dan motorsikal sebagai kaunter penyediaan dan menjual rojak mereka. Penjaja bergerak ini kini menggunakan lori kecil. Pasembor juga dijual di Singapura sebagai campuran ubi kentang, telur, tahu, dan udang kering dihidang dengan kuah kacang manis pedas.

Pasembor biasanya dimakan di waktu petang. Boleh mengenyangkan dan boleh menjadi diet makanan sayuran jika tidak dicampur potongan makanan laut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]