Pasrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pasrah
Pasrah 01.jpg
Pengarah Yusof Haslam
Penerbit Yusof Haslam
Ismail Mustapha
Pengarang Yusof Haslam
Lakonan Erra Fazira
Norman Hakim
Wilma Muhammad
Pengedar Skop Productions Sdn Bhd
Grand Brilliance Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu

Rujukan Filemkita

Filem Pasrah diarahkan oleh Yusof Haslam dan dilakonkan oleh Erra Fazira, Norman Hakim, dan ramai lagi. Mula ditayangkan pada 8 Januari 2000. Nasha Aziz dan Rosyam Nor menolak tawaran berlakon filem ini. Tempat mereka diambil alih oleh Wilma Muhammad dan Khairil Anwar.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]


Kehidupan seorang gadis yang bernama Farah Diba telah berubah dari seorang gadis biasa menjadi seorang peragawati terkenal setelah dia dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Malaysia. Walaupun ramai lelaki cuba mendampinginya, tetapi Farah menolak semua cinta lelaki lain kerana kesetiaannya tetap kepada Hafsham, seorang eksekutif muda yang dikenalinya sejak enam tahun yang lalu. Dalam kerjayanya sebagai seorang peragawati, Farah sering menghadapi dugaan dan godaan. Natasha ialah seorang peragawati yang cemburu dengan kejayaan Farah, dan cuba menyainginya. Kesibukan Farah membuatkan masanya untuk bersama Hafsham agak terhad. Kesempatan ini telah dipergunakan oleh Natasha untuk mendapatkan Hafsham. Hubungan antara Farah dan Hafsham mula menampakkan bibit-bibit keretakan apabila kesangsian Hafsham terhadap Farah semakin menebal. Semuanya gara-gara perbuatan Natasha. Namun, sebagai gadis yang setia dengan cinta, Farah cuba memperbaiki hubungannya dengan Hafsham.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  1. Erra Fazira (Farah Diba)
  2. Norman Hakim (Hafsham)
  3. Wilma Muhammad (Natasha)
  4. Abby Abadi
  5. Mazlan Pet Pet
  6. AC Mizal
  7. Khairil Anwar
  8. Rosnah Johari
  9. Latiff Ibrahim
  10. Kartina Aziz
  11. A. Galak
  12. Radhi Khalid
  13. Farid Amirul
  14. Sharifah Shahora

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]