Pastor Maldonado

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pastor Maldonado
Pastor Maldonado 2011 Malaysia.jpg
Lahir 10 Mac 1985 (29 tahun)
Maracay, Venezuela
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan Venezuela Venezuela
Kereta 2013 Williams-Renault
Kereta # 16
Perlumbaan 51
Kejuaraan 0
Kemenangan 1
Podium 1
Mata kerjaya 47
Petak pertama 1
Pusingan terpantas 0
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2011
Kemenangan pertama Grand Prix Sepanyol 2012
Kemenangan terakhir Grand Prix Sepanyol 2012
Perlumbaan terakhir Grand Prix Itali 2013
Kedudukan 2012 Ke-15 (45 mata)

Pastor Rafael Maldonado Motta (lahir 10 Mac 1985 di Maracay, Venezuela[1]) ialah seorang pemandu Formula Satu, yang kini memandu untuk pasukan Wiliams. Sebelum membuat penampilan sulungnya dalam Formula Satu pada tahun 2011, beliau memenangi kejuaraan GP2 pada tahun sebelumnya. Beliau menjadi pemandu Venezuela yang pertama untuk memenangi sebuah perlumbaan Grand Prix Formula Satu selepas Maldonado memenangi Grand Prix Sepanyol pada tahun 2012 selepas bermula dari petak pertama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Formula Renault 3.5[sunting | sunting sumber]

Maldonado berlumba dalam Formula Renault 3.5 Series bersama Draco Racing pada tahun 2006. Beliau mendapat tempat ketiga dalam kejuaraan tersebut, dengan memenangi lima perlumbaan dan mendapat lima petak pertama.[2][3]

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Maldonado adalah salah satu calon untuk menjadi pemandu untuk pasukan Campos Meta pada tahun 2010. Ketua pasukan Campos, Adrián Campos berkata bahawa rakan pasukan Bruno Senna mungkin ialah Pedro de la Rosa, Vitaly Petrov atau Maldonado,[4] Tetapi masalah kewangan dalam pasukan dan perubahan pemilikan mengubah keadaan tersebut, dan Karun Chandhok disahkan sebagai rakan sepasukan Senna.[5] Terdapat laporan yang mengatakan bahawa Maldonado hampir untuk menandatangani perjanjian untuk menjadi pemandu ujian dan simpanan untuk Stefan Grand Prix, yang cuba untuk bersaing pada musim 2010 berikutan pengunduran US F1 Team.[6] Stefan kemudiannya telah dihalang daripada bertanding pada musim 2010.[7]

Williams (2011–)[sunting | sunting sumber]

Menjelang akhir musim 2010, Maldonado telah dikaitkan dengan pasukan Williams untuk musim 2011, dan dijangka untuk menggantikan Nico Hülkenberg dan menjadi rakan sepasukan baru Rubens Barrichello. Maldonado mengambil bahagian dalam ujian pemandu muda di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, dengan memandu untuk Williams dan Hispania Racing (pasukan Campos yang dinamakan semula). Pada 15 November, Williams mengesahkan bahawa Hülkenberg telah digugurkan daripada barisan pemandu musim 2011, dan Maldonado telah disahkan sebagai penganti Hülkenberg pada 1 Disember.[8] Maldonado juga membawa penajaan daripada kerajaan Venezuela (melalui syarikat minyak milik negara Venezuela; PDVSA) kepada pasukan.[9]

2011[sunting | sunting sumber]
Maldonado memandu untuk Williams di Grand Prix Malaysia.

Maldonado bersara daripada perlumbaan pertamanya di Grand Prix Australia disebabkan masalah transmisi. Di Grand Prix Malaysia, beliau gagal untuk memasuki Q2 dan bersara daripada perlumbaan. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan pertamanya di Grand Prix China selepas mendapat tempat ke-18. Di Grand Prix Sepanyol, beliau memasuki Q3 buat kali pertama, dan akhirnya melayakkan diri di tempat kesembilan untuk perlumbaan tersebut. Beliau memasuki Q3 sekali lagi di Monaco, dan melayakkan diri di tempat kelapan, dan ketika berada di tempat kelima dengan baki lima pusingan, beliau berlanggar dengan Lewis Hamilton dan menyebabkan Maldonado bersara. Beliau kemudiannya bersara di Kanada. Pada pusingan kelayakan di Grand Prix Belgium, Maldonado telah terlibat dalam sebuah insiden bersama Lewis Hamilton selepas Hamilton dihimpit oleh Maldonado apabila kedua-dua mereka sedang menetapkan masa pusingan kelayakan mereka. Maldonado menerima penalti lima-petak kedudukan manakala Hamilton diberikan teguran. Tetapi dalam perlumbaan tersebut, beliau mendapat mata kejuaraan pertamanya dalam Formula Satu dengan mendapat tempat kesepuluh. Namun begitu, Maldonado gagal mengutip sebarang mata lagi untuk sepanjang musim ini, dan gagal memasuki Q3 untuk sepanjang musim. Kekecewaan Maldonado berterusan sehingga ke Grand Prix Abu Dhabi, di mana beliau mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan dan bermula dari tempat ke-23 (selepas menerima penalti sepuluh petak kedudukan kerana menggunakan enjin kesembilannya pada musim ini), menerima penalti pandu dalam pit, dan kemudiannya diberikan penalti masa 30 saat selepas perlumbaan. Maldonado menerima kedua-dua penalti tersebut kerana mengabaikan bendera biru.

Maldonado menamatkan musim di tangga ke-18 dalam Kejuaraan Pemandu Dunia dan pada 1 Disember 2011, ia telah disahkan bahawa beliau akan dikekalkan oleh Williams bagi musim 2012.[10]

2012[sunting | sunting sumber]

Maldonado memulakan musim 2012 bersama rakan sepasukan barunya dari Amerika Selatan, Bruno Senna, bersama pasukan Williams. Beliau memulakan musim ini dengan baik, dengan mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan di Australia. Pada perlumbaan tersebut, Maldonado beraksi dengan baik sehinggalah beliau mengalami kemalangan pada pusingan akhir, ketika berjuang dengan Fernando Alonso untuk tempat kelima. Di Grand Prix Malaysia, Maldonado bersara sekali lagi ketika berada dalam kedudukan untuk mendapat mata. Beliau mendapat mata pertamanya pada musim ini selepas mendapat tempat kelapan di China. Di Bahrain, beliau bersara sekali lagi selepas mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan. Di Sepanyol, Maldonado mendapat tempat kedua pada pusingan kelayakan, di belakang Lewis Hamilton. Maldonado kemudiannya diberikan petak pertamanya yang sulung dalam kerjayanya selepas Hamilton telah dikecualikan daripada keputusan kelayakan tersebut kerana tidak mempunyai bahan api yang secukupnya di dalam keretanya.[11] Maldonado dipintas di selekoh pertama oleh Fernando Alonso, tetapi kembali mendahului perlumbaan tersebut selepas perhentian pit kedua. Maldonado mengekalkan kedudukannya selepas melengkapkan perhentian pit ketiganya, dan akhirnya memenangi perlumbaan tersebut di hadapan Alonso dan Kimi Räikkönen. Maldonado menjadi pemandu Venezuela yang pertama untuk mendapat podium dalam Formula Satu.[12] Semasa sambutan selepas perlumbaan, sebuah kebakaran tercetus di dalam pit Williams, dan Maldonado telah dilihat membawa sepupunya ke tempat yang selamat.[13]

Di Monaco, Maldonado menerima penalti sepuluh-petak kedudukan selepas menyebabkan sebuah insiden yang boleh dielakkan dengan Sergio Pérez pada sesi latihan bebas pada hari Jumaat, dan menerima penalti tambahan lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear, dan memulakan perlumbaan di tempat terakhir.[14] Beliau bersara pada awal perlumbaan selepas merempuh pemandu HRT, Pedro de la Rosa. Pada akhir sesi Q2 di Kanada, Maldonado melanggar dinding Walls of Champions, dan terpaksa memulakan perlumbaan di tempat ke-17. Beliau menerima penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear, bermakna beliau memulakan perlumbaan di tempat ke-22. Maldonado akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Di Eropah, Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ketiga, tetapi jatuh ke tempat kelima selepas permulaan dan kesepuluh selepas memasuki pit di bawah keadaan kereta keselamatan pada pertengahan perlumbaan. Maldonado kemudiannya memintas beberapa pemandu termasuk pemandu Red Bull, Mark Webber dan berada di tempat keempat pada peringkat akhir perlumbaan. Pada pusingan ke-56 (pusingan kedua terakhir), Maldonado bertarung dengan pemandu McLaren, Lewis Hamilton, untuk tempat ketiga. Bagaimanapun Hamilton dan Maldonado berlanggar dan Hamilton terpaksa bersara selepas melanggar dinding tayar, manakala Maldonado meneruskan perlumbaan tanpa sayap depan keretanya dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Maldonado menyalahkan Hamilton atas kejadian tersebut,[15] namun steward perlumbaan memberikan penalti masa 20 saat kepada Maldonado, dan menyebabkan beliau jatuh ke tempat ke-12.[16] Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ketujuh di Grand Prix British dan berada di tempat keenam sebelum memasuki pit untuk menukar tayar pada pusingan kesebelas. Maldonado kemudiannya terlibat dalam sebuah kemalangan dengan Sergio Pérez. Pérez bersara, namun Maldonado meneruskan perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16. Dalam temu bual televisyen, Pérez mengatakan bahawa Maldonado ialah seorang yang amat berbahaya dan mendakwa beliau telah menghancurkan perlumbaan orang lain. Pérez juga meminta steward untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Maldonado.[17] Maldonado berkata bahawa perlanggaran tersebut adalah sebuah insiden perlumbaan.[18] Steward mengukum Maldonado dengan menegurnya dan mengenakan denda sebanyak 10,000.[19]

Di Jerman, Maldonado memulakan perlumbaan di tempat keenam dalam keadaan hujan lebat, namun gagal mengekalkan prestasinya yang baik itu selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-15. Di Hungary, Maldonado mendapat tempat kelapan pada pusingan kelayakan, tetapi memulakan perlumbaan dengan teruk dan jatuh ke tempat ke-12 selepas pusingan pertama dan ke-13 selepas menukar tayar. Maldonado juga menerima penalti pandu dalam pit selepas "menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan" ketika cuba memintas pemandu Force India, Paul di Resta untuk tempat ke-12. Beliau akhirya menamatkan perlumbaan di tempat ke-13.

Di Grand Prix Belgium, Maldonado menerima tiga penalti lagi. Walaupun mendapat tempat ketiga pada pusingan kelayakan, beliau diturunkan tiga petak kedudukan kerana menghalang Nico Hülkenberg pada sesi kelayakan bahagian pertama.[20] Beliau kemudiannya melompat permulaan perlumbaan, dan menyebabkan perlanggaran yang boleh dielakkan dengan pemandu Marussia, Timo Glock. Ini menyebabkan Maldonado menerima dua penalti berasingan, oleh itu beliau diturunkan sebanyak sepuluh-petak kedudukan di Monza.[21] Maldonado memulakan perlumbaan di tempat ke-22 dan menamatkan perlumbaan di tempat kesebelas, hanya 0.5 saat di belakang Senna, yang mendapat tempat kesepuluh. Di Singapura, beliau memulakan perlumbaan di tempat kedua, di belakang Lewis Hamilton. Namun begitu, Maldonado bersara pada pusingan ke-37 selepas mengalami kegagalan hidraulik. Di Jepun, Maldonado mendapat tempat ke-14 pada pusingan kelayakan dan menamatkan perlumbaan di tempat kelapan.

Di Grand Prix Korea, Maldonado mendapat tempat ke-14, selepas memulakan perlumbaan di tempat ke-15. Beliau sekali lagi berjaya untuk memasuki Q3 di India, tetapi telah melakukan satu kesilapan pada pusingan kelayakan tersebut yang menyebabkan beliau memulakan perlumbaan di tempat kesembilan.[22] Maldonado menamatkan perlumbaan ini di tempat ke-16 selepas tayar keretanya pancit selepas memintas pemandu Sauber, Kamui Kobayashi.[23] Maldonado mendapat tempat keempat pada pusingan kelayakan di Abu Dhabi, dan kemudiannya dinaikkan ke tempat ketiga selepas Vettel telah dikecualikan daripada pusingan kelayakan kerana tidak mempunyai bahan api yang mencukupi di dalam keretanya.[24] Beliau berjaya mengekalkan tempat ketiganya pada permulaan dan mengekalkan prestasi yang baik dalam perlumbaan tersebut. Namun unit KERS keretanya gagal, dan tanpa KERS, keretanya tidak dapat mengekalkan prestasi yang baik itu dan akhirnya Maldonado menamatkan perlumbaan di tempat kelima.[25] Maldonado mendapat tempat kesembilan di Grand Prix Amerika Syarikat, dan kemudiannya bersara pada perlumbaan terakhir musim ini di Brazil, setelah menerima penalti sepuluh petak kedudukan pada pusingan kelayakan.

2013[sunting | sunting sumber]

Pada 28 November 2012, Maldonado dikekalkan oleh pasukan Williams bagi musim 2013, dan menjadi rakan sepasukan Valtteri Bottas.[26] Pada permulaan musim ini, Maldonado mengatakan bahawa casis FW35 adalah satu langkah ke belakang, di mana pasukan berada pada tahun 2011.[27] Beliau gagal untuk melepasi Q1 pada perlumbaan pertama di Grand Prix Australia, dan mendapat tempat ke-17 pada pusingan kelayakan tersebut.[28] Rakan sepasukan baru, Bottas, memulakan perlumbaan satu petak di hadapan Maldonado. Maldonado terbabas keluar dari litar selepas pusingan ke-24 dan bersara.[29]

Di perlumbaan seterusnya di Malaysia, Maldonado memasuki Q2 tetapi keadaan litar yang basah menyebabkan beliau gagal untuk menetapkan masa pusingan dan memulakan perlumbaan di tempat ke-16. Ketika Maldonado berada di tempat ke-15, masalah KERS menyebabkan beliau bersara sekali lagi.[30] Di Grand Prix Kanada, Maldonado dan Max Chilton berlanggar dan menyebabkan perlumbaan tersebut dihentikan buat sementara waktu. Maldonado tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan Petak pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2003 Formula Renault 2.0 Italy Cram Competition 12 0 1 1 3 118 Ke-7
Formula Renault 2000 Masters season 8 0 0 0 0 0 Ke-28
Formula Renault 2.0 Germany 2 0 0 0 0 3 Ke-43
Formula Renault 2.0 Italy Winter Cup  ?  ?  ?  ?  ?  ? Pertama
2004 Formula Renault 2.0 Italy 17 8 6 11 12 326 Pertama
Formula Renault 2000 Eurocup 15 2 0 1 3 134 Ke-8
Formula Renault V6 Eurocup 2 0 0 0 0 12 Ke-21
Formula Satu Minardi Pemandu ujian
2005 World Series by Renault DAMS 8 0 0 0 0 4 Ke-25
Italian Formula 3000 Sighinolfi Auto Racing 4 1 1 1 1 14 Ke-9
2006 World Series by Renault Draco Racing 17 3 5 6 5 103 Ke-3
2007 GP2 Series Trident Racing 13 1 1 0 2 25 Ke-11
Euroseries 3000 G-Tec 2 1 1 1 1 12 Ke-10
Formula 3000 Italy 2 1 1 1 1 12 Ke-8
2008 GP2 Series Piquet Sports 20 1 2 3 6 60 Ke-5
International GT Open - GTS Scuderia Latorre 2 0 0 0 1 8 Ke-22
Euroseries 3000 GP Racing 1 1 0 1 1 11 Ke-12
International GT Open Scuderia Latorre  ?  ?  ?  ?  ? 18 Ke-32
2008–09 GP2 Asia Series ART Grand Prix 5 0 0 0 1 7 Ke-15
2009 Euroseries 3000 Teamcraft Motorsport 2 1 0 0 1 10 Ke-10
GP2 Series ART Grand Prix 20 2 0 0 2 36 Ke-6
2010 GP2 Series Rapax Team 20 6 0 5 8 87 Pertama
2011 Formula Satu AT&T Williams 19 0 0 0 0 1 Ke-18
2012 Formula Satu Williams F1 20 1 1 0 1 45 Ke-15
2013 Formula Satu Williams F1 12 0 0 0 0 1* Ke-16*

* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap GP2 Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 DC Mata
2007 Trident Racing BHR
FEA

DNS
BHR
SPR

16
ESP
FEA

Ret
ESP
SPR

17
MON
FEA

1
FRA
FEA

10
FRA
SPR

8
GBR
FEA

7
GBR
SPR

2
GER
FEA

6
GER
SPR

4
HUN
FEA

Ret
HUN
SPR

Ret
TUR
FEA
TUR
SPR
ITA
FEA
ITA
SPR
BEL
FEA
BEL
SPR
VAL
FEA
VAL
SPR
Ke-11 25
2008 Piquet Sports ESP
FEA

12
ESP
SPR

Ret
TUR
FEA

Ret
TUR
SPR

Ret
MON
FEA

2
MON
SPR

Ret
FRA
FEA

3
FRA
SPR

7
GBR
FEA

Ret
GBR
SPR

15
GER
FEA

6
GER
SPR

17
HUN
FEA

5
HUN
SPR

18
EUR
FEA

2
EUR
SPR

Ret
BEL
FEA

3
BEL
SPR

1
ITA
FEA

2
ITA
SPR

4
Ke-5 60
2009 ART Grand Prix ESP
FEA

5
ESP
SPR

6
MON
FEA

8
MON
SPR

1
TUR
FEA

6
TUR
SPR

5
GBR
FEA

7
GBR
SPR

1
GER
FEA

Ret
GER
SPR

9
HUN
FEA

4
HUN
SPR

Ret
VAL
FEA

DSQ
VAL
SPR

8
BEL
FEA

4
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

15
POR
FEA

11
POR
SPR

20
Ke-6 36
2010 Rapax Team ESP
FEA

6
ESP
SPR

3
MON
FEA

2
MON
SPR

11
TUR
FEA

1
TUR
SPR

6
VAL
FEA

1
VAL
SPR

4
GBR
FEA

1
GBR
SPR

4
GER
FEA

1
GER
SPR

20
HUN
FEA

1
HUN
SPR

DSQ
BEL
FEA

1
BEL
SPR

Ret
ITA
FEA

Ret
ITA
SPR

Ret
ABU
FEA

17
ABU
SPR

9
Pertama 87

Keputusan lengkap GP2 Asia Series[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 DC Mata
2008–09 ART Grand Prix CHN
FEA
CHN
SPR
UAE
FEA

Ret
UAE
SPR

C
BHR1
FEA
BHR1
SPR
QAT
FEA
QAT
SPR
MYS
FEA

7
MYS
SPR

2
BHR2
FEA

Ret
BHR2
SPR

Ret
Ke-15 7

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2011 AT&T Williams Williams FW33 Cosworth CA2011 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
Ret
CHN
18
TUR
17
ESP
15
MON
18
CAN
Ret
EUR
18
GBR
14
GER
14
HUN
16
BEL
10
ITA
11
SIN
11
JPN
14
KOR
Ret
IND
Ret
ABU
14
BRA
Ret
Ke-19 1
2012 Williams F1 Team Williams FW34 Renault RS27-2012 V8 AUS
13
MAL
19
CHN
8
BHR
Ret
ESP
1
MON
Ret
CAN
13
EUR
12
GBR
16
GER
15
HUN
13
BEL
Ret
ITA
11
SIN
Ret
JPN
8
KOR
14
IND
16
ABU
5
USA
9
BRA
Ret
Ke-15 45
2013 Williams F1 Team Williams FW35 Renault RS27-2013 V8 AUS
Ret
MAL
Ret
CHN
14
BHR
11
ESP
14
MON
Ret
CAN
16
GBR
11
GER
15
HUN
10
BEL
17
ITA
14
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-16* 1*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Maldonado ialah seorang tokoh politik yang lantang, dan ia jarang berlaku dalam dunia sukan permotoran. Beliau menganggap dirinya sebagai seorang sosialis, dan merupakan kawan kepada mendiang presiden Venezuela, Hugo Chávez.[31] Beliau merupakan salah seorang pengawal kehormatan pada upacara pengebumian Chávez.

Maldonado berkahwin dengan wartawan Venezuela, Gabriela Tarkanyi, pada 15 Disember 2012, di Canaima, Venezuela.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Pastor Maldonado Biografía". Diperoleh pada 19 Januari 2012. 
  2. 2006 WSR Participations Diambil pada Februari 1, 2007.
  3. WSR 2006 Drivers' Championship Diambil pada Februari 1, 2007.
  4. Benson, Andrew (2010-01-12). "Campos insists his Formula 1 team will make 2010 grid". news.bbc.co.uk (BBC Sport). Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  5. Noble, Jonathan (2010-03-04). "Chandhok announced as HRT driver". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  6. Rencken, Dieter; Beer, Matt (2010-02-27). "Villeneuve set for Stefan seat fitting". autosport.com. Haymarket Publications. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  7. Benson, Andrew (2010-03-11). "New team Stefan GP have Formula 1 entry rejected". news.bbc.co.uk (BBC Sport). Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  8. Benson, Andrew (2010-11-15). "Williams mengekalkan Rubens Barrichello namun menggugurkan Nico Hulkenberg". news.bbc.co.uk (BBC Sport). Diperoleh pada 2010-12-17. 
  9. "Maldonado mendapat sokongan negara". crash.net (Crash Media Group). 2010-12-09. Diperoleh pada 2010-12-17. 
  10. "Pastor Maldonado disahkan bagi musim 2012 manakala Valtteri Bottas menjadi pemandu ujian". WilliamsF1. 1 Deisember 2011. Diperoleh pada 1 Disember 2011. 
  11. "Lewis Hamilton loses Spanish pole because of rules on fuel". BBC Sport (BBC). 12 Mei 2012. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  12. Benson, Andrew (13 Mei 2012). "Williams's Pastor Maldonado takes landmark Spanish Grand Prix win". BBC Sport (BBC). Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  13. "Investigation launched into Williams garage fire as Spanish Grand Prix win for Pastor Maldonado turns sour". The Daily Telegraph (Telegraph Media Group). 14 Mei 2012. Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  14. "Pastor Maldonado". BBC Sport. Diperoleh pada 2012-06-10. 
  15. "Maldonado blames Hamilton for crash during the European Grand Prix". autosport.com. 24 Jun 2012. Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  16. Elizalde, Pablo (24 Jun 2012). "Pastor Maldonado penalised for collision with Lewis Hamilton in European Grand Prix". autosport.com. Haymarket Publications. Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  17. Noble, Jonathan; Tremayne, Sam (2012-07-08). "Angry Perez tells FIA to act on Maldonado after British Grand Prix accident". autosport.com. Haymarket Publications. Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  18. Elizalde, Pablo (2012-07-08). "Pastor Maldonado plays down British Grand Prix collision with Sergio Perez". autosport.com. Haymarket Publications. Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  19. Noble, Jonathan (2012-07-08). "Maldonado fined, reprimanded for Perez incident during the British GP". autosport.com. Haymarket Publications. Diperoleh pada 29 Mac 2013. 
  20. "Maldonado handed three-place grid penalty for impeding". formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 1 September 2012. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  21. "Monza grid penalties for Maldonado". formula1.com (Kumpulan Formula Satu). 2012-09-02. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  22. "Indian GP Qualifying". WilliamsF1. 27 Oktober 2012. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  23. "Indian GP Race". WilliamsF1. 28 Oktober 2012. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  24. "Vettel excluded from qualifying". FIA. 3 November 2012. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  25. "Abu Dhabi Race". WilliamsF1. 4 November 2012. Diperoleh pada 30 Mac 2013. 
  26. Elizalde, Pablo (2012-11-28). "Williams mengesahkan Valtteri Bottas dan Pastor Maldonado bagi musim 2013". autosport.com (Haymarket Publications). Diperoleh pada 2012-11-28. 
  27. "New Williams 'undriveable' - Maldonado". ESPN. 29 Mac 2013. Diperoleh pada 24 Mac 2013. 
  28. "Qualifying in Australia postponed until Sunday". 29 Mac 2013. Diperoleh pada 24 Mac 2013. 
  29. Barretto, Lawrence (29 Mac 2013). "Australian Grand Prix as it happened". BBC Sport. Diperoleh pada 24 Mac 2013. 
  30. Collantine, Keith. "Vote for your Malaysian GP driver of the weekend". F1 Fanatic. Diperoleh pada 25 Mac 2013. 
  31. Ore, Diego (2010-12-17). "Venezuela F1 driver flies flag for socialist Chavez". ca.reuters.com (Reuters). Diperoleh pada 30 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Toni Vilander
Juara Italian Formula Renault 2.0
Winter Series

2003
Diikuti oleh:
Mikhail Aleshin
Didahului oleh
Franck Perera
Juara Italian Formula Renault
2004
Diikuti oleh:
Kamui Kobayashi
Didahului oleh
Nico Hülkenberg
Juara GP2 Series
2010
Diikuti oleh:
Romain Grosjean