Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) adalah satu misi keselamatan yang diketuai oleh NATO di Afghanistan. Ia diwujudkan oleh Majlis Keselamatan PBB pada 20 Disember 2001 melalui Resolusi 1386[1] sepertimana yang dibayangkan dalam Persetujuan Bonn.[2] Ia terlibat di dalam Perang di Afghanistan (2001–kini).

Pada awalnya, ISAF ditugaskan untuk menyelamatkan Kabul dan kawasan sekitarnya daripada Taliban, al Qaeda dan ketua-ketua puak, bagi membolehkan penubuhan Pertadbiran Sementara Afghanistan yang diketuai oleh Hamid Karzai.[3] Pada bulan Oktober 2003, Majlis Keselamatan PBB membenarkan perluasan misi ISAF ke seluruh Afghanistan,[4] dan ISAF seterusbnya mengembangkan misi kepada empat tahap utama.[5] Sejak tahun 2006, ISAF telah terlibat dalam operasi tempur yang lebih intensif di selatan Afghanistan, satu kecenderungan yang berlanjutan sehingga tahun 2008. Serangan ke atas ISAF di bahagian-bahagian lain Afghanistan juga meningkat.

Pada Januari 2009 jumlah anggotanya adalah sekitar 55,100.[6] There are troops from 26 NATO, 10 partner and 2 non-NATO / non-partner countries,[7] Antara penyumbang anggota tentera adalah Denmark, Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman, Belanda, Belgium, Sepanyol, Turki, Ireland, Poland dan kebanyakan anggota Kesatuan Eropah dan NATO termasuk Australia, New Zealand, Azerbaijan dan Singapura. Kekerapan tempur yang dialami oleh setiap negara penyumbang jauh berbeza, di mana Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kanada mengalami kehilangan jiwa yang besar di dalam operasi-operasi tempur yang dilakukan.

[sunting] Nota

[sunting] Bacaan lanjut

  • Sean M. Maloney, Enduring The Freedom: A Rogue Historian In Afghanistan.. Dulles: Potomac Books, Incorporated, 2005, ISBN 1-57488-953-2

[sunting] Pautan luar

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan:

Templat:War in Afghanistan Templat:War on Terrorism

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain