Pasukan Khas Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
KD Panglima Hitam - PASKAL
Crest of the Navy PASKAL-KD Panglima Hitam.png
Lambang KD Panglima Hitam - PASKAL
Aktif 1975 - Sekarang
Negara Malaysia
Cawangan Tentera Laut Diraja Malaysia
Jenis Pasukan Elit / Pasukan Operasi Khusus Malaysia
Peranan Operasi Khas Laut, Darat & Udara , Pasukan Anti-pengganas.
Keanggotaan Sulit
Sebahagian daripada Angkatan Tentera Malaysia
Markas/Ibu pejabat Pangkalan TLDM Lumut, Perak
Gelaran KD Panglima Hitam[1]
Cogan kata Sentiasa Terbaik
Warna Warna Ungu ( beret )
Perang/pertempuran Kepulauan Spratleys
UNIVEM II 1998, Angola
MALCON - UNIFIL, Lubnan
Operasi Fajar 9
Komander
Kolonel
Rejimen
Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin bin Othman
Tanda kebesaran
Lencana Trimedia PASKAL TRIMEDIA.jpg


Pasukan Khas Laut atau nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai sebuah pasukan elit No.1 di Malaysia kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden daripada pasukan-pasukan elit Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1975, TLDM memerlukan sebuah pasukan khusus untuk menguatkuasakan perairan Malaysia dari diceroboh oleh sebarang keganasan di laut, misalnya lanun. Pasukan ini dikehendaki untuk menjalani latihan peperangan moden dilaut. Atas keperluan inilah, TLDM telah menghantar 30 orang pegawai dan anggota di Pusat Latihan Peperangan Khas, Kem Sungai Udang, Melaka dan seterusnya dihantar ke Surabaya, Indonesia untuk mendapat latihan khas dari pasukan elit KOPASKA (Komando Pasukan Katak) Tentera Nasional Indonesia - Angkatan Laut dan bermulanya detik penubuhan pasukan elit TLDM ini. Walaubagaimanapun, salah seorang daripada 69 anggota pelatih TLDM yang menjalani latihan asas komando di Surabaya gagal menamatkan latihan setelah terpaksa dihantar ke hospital akibat kecederaan patah kaki. Selepas menjalani latihan dari KOPASKA, pasukan ini kemudiannya dihantar berkursus ke Portsmouth, United Kingdom di bawah sel latihan oleh Royal Marine Commando British dan Coronado, Amerika Syarikat oleh US Navy SEALs.[1]

Bersama dengan anggota-anggota SEALs Amerika yang menerima latihan asas komando, anggota PASKAL yang dilatih oleh SEALs ini mengikuti latihan asas komando di seluruh formasi latihan asas tentera laut Amerika, khasnya di Coronado, California dan Norfolk, Virginia terutamanya latihan yang melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa. Antara pegawai PASKAL yang turut mendapat latihan daripada pasukan elit Amerika ini ialah Leftenan Komander Ahmad Ramli bin Kardi. Setelah menamatkan latihan daripada ketiga-tiga pasukan elit ini, PASKAL memulakan pengoperasiannya di Malaysia pada tahun 1 Oktober, 1980 mempertahankan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu nautika dari perairan Malaysia.

KD Panglima Hitam[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 15 April 2009,PASKAL telah ditauliahkan sebagai KD Panglima Hitam. Majlis bersejarah penamaan dan pentauliahan tersebut disempurnakan oleh Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.Pemilihan nama diilham dan diperkenankan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, selaku Kapten Yang Dipertua TLDM, bertepatan dengan ciri dimiliki Paskal, iaitu pasukan elit berkemahiran tinggi dalam medan pertempuran maritim dan menjadi aset kepada TLDM dan negara. Pentauliahan itu yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin adalah pengiktirafan tertinggi kepada Paskal yang sudah menabur banyak jasa dalam menjaga kedaulatan perairan negara.[1]

Peranan[sunting | sunting sumber]

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak. Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.

Misi PASKAL juga terdiri daripada operasi dipantai, pengintipan dan perisikan khas, letupan khas dan sabotaj. PASKAL turut berkebolehan dalam operasi didarat untuk serangan amfibia daripada tentera darat, melakukan serangan komando ke atas kapal di pelabuhan musuh, operasi dikapal khas, kepakaran anti-pengganas, operasi membersihkan periuk api didarat mahupun diperairan dan menyertai operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat seperti teknik penerjunan bebas.

Keanggotaan PASKAL turut diletakkan dibawah pejabat seliaan khas di Pulau Layang-Layang dibawah pengawasan kapal TLDM. Sepertimana unit elit yang lain misalnya SEAL Amerika, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan dan kelengkapan khas seperti submesingan dan amunisi khusus dan mempunyai peralatan khas bagi pengoperasian dibawah permukaan air. Antara kelengkapan khas PASKAL adalah motor selam mini yang mana adalah salah satu kenderaan khusus yang dikenali sebagai UDV - Underwater Delivery Vehicle, bot laju dan kenderaan marin yang lain. Subskimmer adalah kenderaan selam yang terbaik digunakan untuk menyusup ke dalam air tanpa dikesan. Selain itu, PASKAL turut mempunyai misi khusus dalam memerlukan kepakaran dalam tugas keselamatan negara.

Latihan[sunting | sunting sumber]

Fail:AsasPaskal.jpg
Perbarisan Tamat Latihan Asas PASKAL.

Untuk layak memakai beret komando PASKAL ini, bukanlah sesuatu pencapaian yang mudah kerana mereka perlu menjalani latihan intensif yang menguji ketahanan fizikal dan mental, mampu melakukan pelbagai tugas yang mungkin sukar dilakukan oleh anggota tentera biasa. Syarat bagi pegawai dan anggota TLDM yang ingin menyertai pasukan elit ini adalah umur tidak melebihi 30 tahun dan mempunyai rekod kesihatan yang lebih baik.

Kriteria untuk melayakkan seseorang menganggotai Paskal bukanlah mudah kerana mereka perlu menempuh latihan-latihan asas komando yang sangat mengguji ketahanan mental dan fizikal yang luar biasa.

Latihan Asas Kelayakan PASKAL :

1. Ujian Pemanasan / Ujian Kelayakan
2. Kursus Asas Komando PASKAL ( meliputi Darat, Laut dan Hutan serta Paya)
3. Penyelam Kapal & Penyelam Tempur Oksigen
4. Asas Payung Terjun
5. Tempur Jarak Dekat dan Tempur Tanpa Senjata.

Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :

1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu bangunan,laut,bukit.
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit.
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m.
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan diikat.(Drown proofing)

PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO, SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team (Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.

Kepakaran / Kursus Khas[sunting | sunting sumber]

Pasukan elit PASKAL dengan senjata MP5A5 yang dilengkapi pejera Optik Taktikal CompM2 dan lampu suluh Surefire sedang bersiap sedia untuk menggempur musuh.
Meliputi dalam negara 
  1. Ujian Ikhtiar Hidup/Misi
  2. Pertempuran khas
  3. Mencari dan Menyelamat
  4. Operasi dalam bangunan
  5. Pertempuran Bukan Konvensional
  6. Ketua Seksyen
  7. Ketua Platun
  8. Komander Komander
  9. Kepakaran Perubatan Tempur
  10. Tae Kwon Do (Tempur Tanpa Senjata)
  11. Tempur Jarak Dekat (CQC)
  12. Asas Penerjunan Bebas
  13. Teknik Abseiling dan Penyelamat Udara
  14. Pendakian Taktikal
  15. Rondaan Pengintipan Jarak Jauh
  16. Mematikan Bahan Letupan
  17. Penembak Tepat
  18. Ketua Penyelam Gempur
  19. Pengendalian Bot Kecil
  20. Pengendalian Kenderaan Tempur Permukaan
  21. Jurulatih Penerjunan Bebas
  22. Jurulatih Penembak Tepat
  23. Jurulatih Pendakian Taktikal
  24. Perisikan Khas
  25. Pegawai Waran Pasukan Data Khas
  26. Pegawai Pasukan Data Khas
  27. Fotografi
  28. Penggunaan Pelbagai Bahasa

Persenjataan dan Kelengkapan[sunting | sunting sumber]

Persenjataan khusus merupakan isu penting dalam pasukan elit dalam menjalankan beberapa operasi-operasi khas. Dalam menjaga lebih 30+ pelantar minyak syarikat dengan aset yang paling berharga di perairan Malaysia, kelengkapan PASKAL meliputi kemajuan dan kecanggihan peralatan khusus dalam inventori pasukan keselamatan. Kini, PASKAL dilengkapi dengan persenjataan yang jauh lebih ringan dan moden serta kelengkapan khusus seperti alat pandang malam, bot taktikal, motor selam mini, pejera laser bagi senjata raifal dan karbin. Dibawah adalah senarai persenjataan khas PASKAL.

Data Senjata Ringan
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal / Karbin Anti Material Penembak Tepat Mesingan
Glock 17 Mossberg 500 FN P90 PDW AK 102 Robar RC-50 AI - AWM CETME Ameli
Glock 18 Remington M870 HK MP5A51 Colt M4 HK MSG-90 FN Minimi
Glock 19 Remington M1100 HK MP5SD6 Colt M16A1 M14 DMR M60A2.
HK MP5K-A4 PDW HK 416
HK MP7A1-PDW HK G36KE
HK UMP .45 HK G36C
HK XM8

1Demi mencipta kelainan daripada pasukan elit Malaysia yang lain, persenjataan MP5A5 buatan Heckler & Koch (HK) yang digunakan oleh PASKAL ini telah digantikan dengan MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland. B&T MP5A5 direka khusus dengan penyaduran bahan khas supaya ia boleh digunakan dikawasan perairan dalam tempoh yang amat ekstrem, seakan sama dengan MP5-Navy buatan HK.

PASKAL sememangnya mempunyai latihan khas yang terbaik sesuai dengan mottonya Sentiasa Terbaik, kelengkapan yang canggih dan unit sokongan khas dalam cabang Angkatan Tentera Malaysia. Penggunaan karbin ringan Heckler & Koch HK416 buatan Jerman yang lengkap dengan sistem sokongan tempur telah dilihat sebagai contoh utama dimana unit ini setanding atau lebih baik daripada US Navy SEALs.

Identiti PASKAL[sunting | sunting sumber]

Beret Ungu
Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh,
Lanyard Biru Tentera Laut
Melambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja British,
Celoreng
Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
Trimedia
Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap anggota PASKAL.Maksud :
1. Lambang Sayap Terjun - Berkeupayaan untuk penyusupan melalui udara
2. Lambang Jet Fin & Face Mask - Berkemampuan untuk melakukan penyusupan melalui bawah air
3. Pisau Komando - mampu melaksanakan operasi di dalam hutan.
4. Lambang Sauh - salah satu unit dalam TLDM.

Tokoh terkenal PASKAL[sunting | sunting sumber]

  • Laksamana Pertama Dr. Haji Sutarji Bin Kasmin (bersara)
  • Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin Bin Othman
  • Kepten Abd Malek Bin Hj Mohd Daud TLDM (bersara)
  • Kepten Jamaludin Bin Mohd Saman TLDM
  • Kepten(K) Ahmad Ramli Bin Kardi
  • Kepten Anuar Bin Alias TLDM
  • Komander George Paul Thomas Rozario TLDM
  • Leftenan Komander Che Adnan Bin Mat Isa TLDM (bersara)
  • Pegawai Waran Mohd Room Bin Bahari
  • Pelaut Hairi Mat Balong
  • Laskar Kanan Paskal Sukeri Bin Abdullah (1994 - 1997)
  • Pegawai Waren Satu Mustapha Bin Alwi

Senarai Komander PASKAL[sunting | sunting sumber]

Senarai Komander PASKAL
Nama Tahun Penerangan
Laksamana Pertama Dr. Haji Sutarji bin Kasmin 1975-2003 Menjadi komander PASKAL yang paling lama dan bersara pada tahun 2003
Laksamana Madya Dato' Haji Nasaruddin bin Othman 2003-Sekarang

Operasi yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Kepulauan Spratleys[sunting | sunting sumber]

  • PASKAL dan Grup Gerak Khas Tentera Darat dihantar bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan Malaysia, khasnya kepulauan Spratleys. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau. Selepas Pulau Batu Putih menjadi milik Singapura, unit ini bakal digerakkan untuk menjaga kepulauan South Ledge dan Middle Rock yang menjadi milik Malaysia secara sah.

UNIVEM II, Angola[sunting | sunting sumber]

  • PASKAL yang diketuai oleh Leftenan Komander Anuar bin Alias pernah terlibat dalam misi pengaman PBB di Angola iaitu UNIVEM II pada tahun 1998. Antara insiden yang melibatkan pasukan ini ialah ketika konvoi yang membawa bekalan dihantar ke kawasan bandar, unit PASKAL dan tentera Namibia yang terlibat telah diserang oleh lima orang puak pemberontak semasa dalam perjalanan. Seorang pemandu trak konvoi terkorban dan beberapa orang awam didalam kenderaan cedera. Komander Anuar dengan beraninya berjaya menghalau pemberontak tersebut daripada merampas bekalan sungguhpun beliau tidak bersenjata dan ia pasti membahayakan diri beliau. Keberanian beliau dalam misi ini menyebabkan beliau diangugerahkan dengan "Pingat Gagah Berani" oleh Yang DiPertuan Agung.

MALCON-UNIFIL[sunting | sunting sumber]

  • PASKAL turut terlibat bersama 10 Briged Para, Grup Gerak Khas dan PASKAU dalam tugas misi PBB di Lubnan yang dikenali sebagai MALCON-UNIFIL 2007. Pasukan-pasukan ini diaturgerak sebagai Pasukan Tindakan Pantas (Quick Reaction Force - QRF) didalam misi pengaman di negara yang mengalami kemusnahan akibat serangan rejim Zionis Israel.

Operasi Fajar-Somalia[sunting | sunting sumber]

  • PASKAL terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat Kapal Melati Bunga 2 dan Melati Bunga Bunga 5 yang ditawan secara berasingan oleh lanun Somalia.PASKAL melakukan tugas merisik dan juga memberi perlindungan secara terus setelah 2 buah kapal tersebut dibebaskan oleh lanun Somalia.Operasi ini melibatkan beberapa aset ATM iaitu KD Lekiu,KD Sri Inderapura,KD Pahang ,Grup Gerak Khas,TUDM.

Insiden Kapal Bunga Laurel[sunting | sunting sumber]

  • Pada 20 Januari 2011, sebuah kapal tangki MT Bunga Laurel disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC) dikatakan dalam perjalanan menghantar muatan minyak pelincir dan bahan kimia jenis ‘ethylene dichloride’ dari Asia Barat ke Singapura, tetapi diserang tujuh lelaki bersenjatakan mesingan AK-47 dan pistol menaiki sebuah bot laju di Teluk Aden, kira-kira 300 batu nautika ke timur Muscat, Oman. Bertindak atas panggilan kecemasan itu, Pasukan Khas Laut TLDM diatur gerak untuk misi menyelamat menggunakan bantuan kapal auxiliary (bantuan dan tugas-tugas khas) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Bunga Mas 5 yang berada kira-kira 14 batu nautika dari tempat kejadian. Operasi turut mendapat bantuan tambahan dari sebuah helikopter jenis Fennec TLDM yang dilancarkan oleh kapal bantuan Bunga Mas 5 melepaskan tembakan dari udara, kapal tangki berjaya ditawan semula kira-kira jam 1.20 pagi. Difahamkan, tiga lanun yang berada di atas kapal tangki berkenaan cedera parah dalam kejadian berbalas tembak dan diberi rawatan oleh pasukan terbabit sebelum ditahan untuk tindakan lanjut.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 "KD Panglima Hitam lahirkan Paskal berwibawa". Utusan Malaysia. Diperolehi pada 2009-05-04. 
  2. Rampas semula kapal MT Bunga Laurel

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]