Pasukan Latihan Pegawai Simpanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau juga dikenali dengan singkatan PALAPES yang dulunya dikenali sebagai ROTU (Reserve Officer Training Unit) adalah satu program kerjasama di antara Kementerian Pertahanan Malaysia dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pengajian Tinggi) untuk mahasiswa-mahasiswi di Institutsi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Selain untuk melahirkan pegawai simpanan bagi memenuhi keperluan Angkatan Tentera Malaysia, program PALAPES juga menyokong usaha kerajaan dan IPTA untuk membentuk kualiti seorang warganegara yang sempurna, berdisiplin dan mempunyai ciri-ciri mempertahankan kepentingan negara. Seorang pegawai kadet akan dilatih dalam tempoh 3 tahun secara sambilan; di mana latihan biasa yang meliputi subjek-subjek berkaitan ketenteraan akan diadakan pada setiap hujung minggu. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan intensif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 3 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan cawangan masing-masing. Pada masa kini, PALAPES telah ditubuhkan di 12 buah IPTA.

Isi kandungan

Sejarah[sunting]

Sejarah awal PALAPES bermula dengan penubuhan penubuhan Batalion Pertama Infantri Askar Wataniah Cawangan Universiti Malaya pada 3 April 1965. Di awal penubuhannya, seramai 30 orang pelajar dari pelbagai fakulti telah menjalani kursus Asas Rekrut di Kem Latihan Seputih, Batu Gajah, Perak, sewaktu cuti semester. Peristiwa 13 Mei menyaksikan kompeni ini dikembangkan ke IPTA lain dengan penubuhan Kompeni A di ITM, Kompeni B di UPM dan Kompeni C di UKM dengan UM menjadi markas Batalionnya. Berikutan sambutan yang menggalakan daripada para mahasiswa, Pengarah Askar Wataniah Brigadier Jeneral Dato’ Abdul As Ismail telah mengambil inisiatif berbincang dengan naib-naib Canselor Universiti dan pengarah ITM pada masa itu ketika itu untuk menubuhkan Reserve Officer Training Unit (ROTU). Pada 18 Disember 1978, Jawatankuasa Turus Angkatan Tentera telah meluluskan penubuhan ROTU dengan objektif utamanya untuk melahirkan pegawai-pegawai tentera sukarela daripada kalangan pensyarah, kakitangan dan mahasiswa di IPTA. Pada 26 Februari 1979, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Turus Tentera darat dan dihadiri oleh naib-naib Canselor Universiti dan Pengarah ITM telah diadakan untuk menubuhkan ROTU di IPTA masing-masing.

Penubuhan PALAPES di IPTA[sunting]

Data bersumberkan buku Askar Wataniah: Warga Pembela Nusa.[1].

Sejarah penubuhan PALAPES
No. Universiti Penubuhan rasmi Komandan pertama Nota
1 Universiti Kebangsaan Malaysia 1 Julai 1979 Leftenan Kolonel Profesor Mohd Ghazali PALAPES pertama ditubuhan di IPTA
2 Universiti Malaya 7 Februari 1980 Profesor Diraja Ungku Aziz
3 Universiti Pertanian Malaysia 8 Februari 1980 Leftenan Kolonel Profesor Tan Sri Dato' Dr Mohd Rasdan
4 Universiti Sains Malaysia 7 Jun 1980 Kolonel Dato' Dr Amir bin Awang
5 Universiti Utara Malaysia 1 Mei 1984 Kolonel (Kehormat) Prof Tan Sri Dato' Awang Had bin Salleh
6 Institut Teknologi Mara 8 Februari 1979 Kolonel Profesor Madya Nik Abdul Rashid bin Nik Abdul Majid
8 Universiti Teknologi Malaysia 11 April 1991 Kapten (kehormat) dato' Dr Ridzuan bin Hj Salleh
9 Universiti Malaysia Sarawak 1 Julai 1997 Kolonel (kehormat) Prof Dato' Mohamad Zawawi bin Ismail
10 Universiti Malaysia Sabah Brigadier Jeneral Prof Datuk Seri Panglima Dr Kamaruzaman Ampon
11 Universiti Tun Hussein Onn 1 Oktober 2003 Kol (K) Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin
12 Universiti Pendidikan Sultan Idris
13 Universiti Malaysia Perlis 3 Mac 2005 Brigadier Jeneral Dato' Prof. Dr. Kamarudin Hussin
14 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia YBhg Brig Jen Dato’ Amir Bin Hashim TUDM Semua mahasiswa awam diwajibkan menyertai PALAPES. Sebagai syarat layak untuk graduasi

Istiadat pentauliahan Pegawai PALAPES[sunting]

Setelah menjalani latihan berkala secara sambilan selama 3 tahun, lulus peperiksaan yang diadakan oleh pihak ATM melalui Markas PALAPES di IPTA serta mendapat perakuan dari Ketua Jurulatih, Markas PALAPES IPTA sebagai layak untuk ditauliahkan, seorang Pegawai Kadet akan ditauliahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Tempat pentauliahan akan diadakan secara bergilir-gilir oleh kesemua IPTA yang terlibat.

Senarai tempat Pentauliahan Diraja Pegawai Muda PALAPES. Data dari USM Palapes[2]
Pentauliahan ke Tuan rumah Ditauliahkan oleh Tarikh Nota
02 26 April 1983
03 31 Mei 1984
04 ITM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail 3 Julai 1985
05 28 Jun 1986
06 UKM Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail Jun 1987 Baginda adalah SPB Yang Dipertuan Agong ke-8
07 USM DYMM Sultan Azlan Shah Jun 1988 Ketika itu Sultan Azlan adalah Timb. SPB Yang Dipertuan Agong
08 UUM 15 Jun 1989
09 UPM 23 Jun 1990
10 30 Jun 1991
11 UM DYMM Sultan Azlan Shah 22 Jun 1992 Ketika itu Sultan Azlan adalah SPB Yang Dipertuan Agong
12 26 Jun 1993
13 UTM 21 Jun 1994
14 17 Jun 1995
15 UUM 15 Jun 1996
16 UPM 17 Mei 1997
17 ITM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 16 Mei 1998 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-10.
ITM kini dikenali sebagai Universiti Teknologi Mara (UiTM)
18 UM 15 Mei 1999
19 UKM 13 Mei 2000 Pentauliahan pertama yang memperkenalkan Pegawai Kadet Terbaik Udara (Sebelum ini hanya Darat dan Laut sahaja yang mempunyai Pegawai Kadet Terbaik)
20 UTM 12 Mei 2001
21 USM Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail 4 Mei 2002 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-12
22 UUM Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail 10 Mei 2003 Selaku SPB Yang Dipertuan Agong ke-12
23 UPM 8 Mei 2004
24 UiTM 14 Mei 2005
25 UM 17 Jun 2006
26 UiTM 18 Jun 2007
27 UKM Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman 21 Jun 2008 Baginda mewakili SPB Yang Dipertuan Agong dan juga selaku Canselor UKM
28 UTM Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar 22 Jun 2009 Mewakili ayahanda beliau[3]
29 USM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Syed Jamalullail 12 Jun 2010 Seramai 1,138 orang pegawai kadet dari 15 buah Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan[4]
30 UTHM DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Sultan Dan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim

9 Julai 2011 Seramai 1,109 pegawai kadet Palapes daripada 15 Institut Pengajian Tinggi Awam ditauliahkan dalam majlis tersebut. [5]

Lihat juga[sunting]

Rujukan[sunting]

  1. Markas Tentera Darat, Bahagian Pasukan Simpanan, Askar Wataniah Warga Pembela Nusa, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, Alor Setar,1998
  2. http://usmpalapes.blogspot.com/ Senarai Pentauliahan Diraja
  3. 1,179 cadets receive their accreditation
  4. http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/6/17/north/6482744&sec=north Smart army officers
  5. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0706&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm#ixzz2HprgZtfB

Pautan luar[sunting]