Pasukan Pembebasan Khalistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pasukan Pembebasan Khalistan (KLF) dilaporkan sebagai pertubuhan kaum Sikh di Punjap, India yang memperjuangkan negara sendiri Khalistan. Perjuangan bersenjata ini ditubuhkan sejak 1980-an hingga 1990-an.[1]

Semasa di puncak kekuasaannya, pergerakan pemisah yang ganas itu merampas pesawat Indian Airlines dari Srinagar-Delhi ke Lahore, Pakistan, dengan 255 penumpang pada 1984.

Kumpulan itu dihancurkan oleh polis Punjab namun saki baki anggota KLF masih beroperasi dari luar India dengan disokong oleh elemen luar bagi menimbulkan huru hara di bumi India. Polis India akan mendapatkan bantuan kerajaan India, Interpol dan kedutaan India bagi menangkap mereka.

Pasukan Pembebasan Khalistan di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Ogos 2010, Ketua Polis Patiala, Punjab memburu empat suspek militan Sikh yang bersembunyi di Malaysia. Mereka dikatakan beroperasi dari negara asing termasuk Malaysia , melancarkan serangan ganas ke atas India, terutama untuk mengganggu Sukan Komanwel 2010 yang akan diadakan pada Oktober 2010 di New Delhi.

Superintendan Kanan Polis Patalia, Ranbir Singh Khatra menyatakan mereka tidak boleh melakukan ”remote control” dari Malaysia. Polis India waspada sepanjang masa dan mengumpul maklumat.

Lari ke Malaysia[sunting | sunting sumber]

Seorang militan, Pargat Singh (22 tahun) ditangkap di sebuah rumah tetamu . Dia ditangkap bersama 15 kilogram RDX dari seorang lagi militan Sikh, dari Khalistan Zindabad Force pada 23 Julai 2010. Dia disyaki meletakkan bom di luar sebuah loji pembotolan LPG di Nabha dan Pangkalan Tentera Udara Halwara di Punjab. Pargat lari ke Malaysia dan berlindung di rumah Harminder Singh Mintu @ Dali (45) yang sudah lama menetap di Seremban, Negeri Sembilan selama setahun. Harminder merupakan anggota militan KLF. Dipercayai KLF telah menubuhkan pangkalan di Malaysia dan mendapatkan bantuan sokongan. Pada Mac 2010, Pargat lari ke Thailand melalui jalan raya dan kemudian terbang ke Pakistan bagi mendapatkan latihan senjata AK47. Dia kembali ke India pada Mei 2010 atas arahan Harminder .[2]

Turut bersembunyi di Malaysia ialah Daljit Singh dan Harpreet Singh (20-an). Malaysia dan Thailand merupakan destinasi perlancongan dan mudah bersembunyi kerana ada pelbagai kaum di sini. Malaysia mempunyai 100,000 keturunan Sikh dan 1.7 juta adalah diaspora India.[3][4]

Pargat Singh anak Bahaal Singh dari Kampung Bhalwan , daerah Sangrur. Dia ditangkap pada Jun 2010 di rumah sewa di Sant Nagar, Patiala menggunakan nama Pushpinder Singh .Dia rapat dengan pelampau KLF , Baba Bakhshish Singh . [5][6] Dia ditahan di bawah FIR No. 07 dated 18.01.2010 u/s 3/4/5 Explosive Act 1908, 13,16,17,18,20 Unlawful Activities Act (Prevention Act 1967) PS Sadar Nabha.

Sementara itu, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia, Harcharan Singh mahu bukti kukuh dari polis Punjab . Masyarakat Sikh Malaysia tidak terlibat dengan jenayah dan pejuang pemisah KLF. [7] Tiada bukti Gurdwara Sahub Seremban terlibat.[8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Keganasan berdarah di Punjab antara 1981-1995 menyebabkan 25,000 orang terbunuh.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Punjab Warns Sikh Militants Not To Use Malaysia To Launch Terror Attacks
  2. ^ "Punjab police arrests KLF terrorist from Patiala". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-27. Dicapai pada 2010-08-01.
  3. ^ Malaysia awaits Indian report on Sikh militants[pautan mati kekal]
  4. ^ 4 militan Sikh bersembunyi di negara ini?
  5. ^ Suspected KLF terrorist arrested in Patiala
  6. ^ KLF terrorist Pargat arrested[pautan mati kekal]
  7. ^ Malaysia works with Interpol, India to check Khalistan activities
  8. ^ Council: No evidence of Sikh separatists here
  9. ^ Suspected extremist arrested in Punjab