Pattani (wilayah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Patani)
Lompat ke: pandu arah, cari
ปัตตานี
Pattani
Peta Thailand menunjukkan Pattani (wilayah)
Statistik
Keluasan (km²) 1,940.4
Jumlah penduduk 595,985 (tahun 2000)
Kepadatan (orang/km²) 307

Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ڤتتاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah Narathiwat, Yala dan Songkhla.

Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya.

Isi kandungan

[sunting] Geografi

Pattani terletak di Semenanjung Malaysia dengan pantai Teluk Thailand di sebelah utara. Di bahagian selatan terdapat beberapa gunung-ganang dan tempat tarikan pelancong seperti taman negara Budo-Sungai Padi yang yang berada di persempadan wilayah Yala dan Narathiwat. Di sini, terdapat beberapa tumbuhan yang agak luar biasa seperti palma Bangsoon dan rotan Takathong. Di kawasan persempadan dengan Songkhla dan Yala pula terdapat sebuah taman rimba yang terkenal dengan gunung terjunnya, Namtok Sai Khao.

[sunting] Sejarah

Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang berada di bawah pengaruh kerajaan Mogul melalui Ayutthaya. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 Pattani menjadi merdeka tetapi kembali kepada Siam Dinasti Chakri, sewaktu pemerintahan Raja Rama I dengan bantuan British. Pada 1909, Siam menakluki Pattani akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan Malaysia.

[sunting] Demografi

Pattani merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 85% adalah Muslim. Ia berasal dari perkataan dalam Bahasa Melayu 'Pantai Ini'. Sebagai salah satu wilayah baru yang diwujudkan dari Negara Patani yang asal, demografinya tidak jauh berbeza dengan wilayah-wilayah majoriti Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat, Yala, Satun dan Songkhla.

[sunting] Simbol

Lambang wilayah Pattani Lambang wilayah Pattani memaparkan sebuah meriam yang dipanggil "Sri Pattani", yang dihasilkan di Pattani untuk mempertahankan Pattani dari serangan Siam. Apabila Pattani dikalahkan Siam pada 1785, meriam "Sri Pattani" dibawa ke Bangkok dan sekarang dipamerkan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok dan diberi nama Siam, "Phya Pattani". Pada asalnya terdapat dua meriam dan yang satu lagi ialah "Sri Negaro" tapi telah terjatuh ke dalam Kuala Sungai Pattani semasa hendak diangkut ke Bangkok.

Simbol-simbol yang lain termasuk bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan pokok Chengal Kampung (Hopea odorata).

[sunting] Kawasan pentadbiran

Pattani terbahagi kepada 12 kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 115 daerah swapraja (tambon) dan 629 buah kampung (mubaan).

  1. Mueang Pattani
  2. Khok Pho
  3. Nong Chik
  4. Panare
  5. Mayo
  6. Thung Yang Daeng
  1. Sai Buri
  2. Mai Kaen
  3. Yaring
  4. Yarang
  5. Mae Lan
  6. Kapho

[sunting] Kekecohan

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden rusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama di wilayah-wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya.

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari.

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar


Wilayah Thailand Bendera Thailand
Ibu negara: Bangkok
Utara: Chiang Mai | Chiang Rai | Kamphaeng Phet | Lampang | Lamphun | Mae Hong Son | Nakhon Sawan | Nan | Phayao | Phetchabun | Phichit | Phitsanulok | Phrae | Sukhothai | Tak | Uthai Thani | Uttaradit
Timur Laut: Amnat Charoen | Buriram | Chaiyaphum | Kalasin | Khon Kaen | Loei | Maha Sarakham | Mukdahan | Nakhon Phanom | Nakhon Ratchasima | Nongbua Lamphu | Nong Khai | Roi Et | Sakhon Nakhon | Sisaket | Surin | Ubon Ratchathani | Udon Thani | Yasothon
Tengah: Ang Thong | Ayutthaya | Bangkok | Chachoengsao | Chainat | Kanchanaburi | Lopburi | Nakhon Nayok | Nakhon Pathom | Nonthaburi | Pathum Thani | Phetchaburi | Prachuap Khiri Khan | Ratchaburi | Samut Prakan | Samut Sakhon | Samut Songkhram | Saraburi | Sing Buri | Suphanburi
Selatan: Chumphon | Krabi | Nakhon Si Thammarat | Narathiwat | Pattani | Phang Nga | Phattalung | Phuket | Ranong | Satun | Songkhla | Surat Thani | Trang | Yala
Timur: Chanthaburi | Chonburi | Prachinburi | Rayong | Sa Kaeo | Trat
Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain