Patologi gigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patologi gigi
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-9520-525
P. Data Penyakit29358
MeSHD014071
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Patologi gigi (atau penyakit gigi atau gangguan gigi) ialah sebarang keadaan gigi yang boleh kongenital atau terperoleh. Kadang-kadang penyakit gigi kongenital dipanggil keabnormalan gigi. Ini merupakan antara penyakit paling umum pada manusia[1] Pencegahan, diagnosis, perawatan dan pemulihan penyakit ini ialah dasar kepada profesion pergigian, yang dalamnya ialah doktor pergigian dan pakar kebersihan gigi, dan subbidangnya, seperti perubatan mulut, pembedahan mulut dan maksilofasial, dan endodontik.

Contoh[sunting | sunting sumber]

Kongenital[sunting | sunting sumber]

Terperoleh[sunting | sunting sumber]

Kaviti.
  • Karies gigi -- Karies gigi dikenali sebagai kaviti atau kereputan gigi. Bakteria di dalam mulut menggunakan mulut yang mengandungi gula atau kanji untuk menghasilkan asid yang mengakis struktur gigi menyebabkan pemunsahan kepada enamel gigi. Sementara itu, mineral di dalam liur (kalsium dan fosfat) bersama dengan fluorida membaiki enamel.[2] Karies gigi ialah penyakit kronik yang boleh dicegah dan sangat menonjol pada kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun dan remaja berumur 12 hingga 19. 9 daripada 10 dewasa terjejas dengan sesetengah jenis kereputan gigi. Pencegahan termasuk kebersihan mulut baik yang terdiri daripada gosok gigi dua kali sehari, pemflosan, pemakanan hidangan bernutrisi dan pengehadan makanan ringan, dan melawati doktor pergigian pada dasar nalar. Rawatan fluorida memberikan faedah kepada gigi dengan penguatan sementara bahan pengapan membantu permukaan pengunyahan untuk tidak mereput.[3] Kes teruk boleh membawa kepada penyarian gigi dan dentur.
  • Abses gigi -- Abses gigi ialah tumpukan nanah yang tertumpuk di dalam gigi atau di dalam gusi disebabkan oleh jangkitan bakterium yang membawa kepada kemunculan nyeri berdenyut teruk di tapak abses. Ini disebabkan oleh pemakanan makanan bergula atau berkanji dan kebersihan gigi rendah dan dirawat dengan doktor pergigian menyalirkan nanah dan mungkin membuang gigi terjangkit.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cavities/tooth decay". Mayo Clinic. Dicapai pada 30 Disember 2013.
  2. ^ "The Tooth Decay Process: How to Reverse It and Avoid a Cavity". National Institute of Dental and Craniofacial Research. Dicapai pada 27 Disember 2013.
  3. ^ "Water-related Hygiene". Pusat untuk Kawalan dan Pencegahan Penyakit. Dicapai pada 25 Disember 2013.
  4. ^ "Dental abscess". NHS Choices. Dicapai pada 30 Disember 2013.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Penyakit gigi Templat:Patologi mulut