Pattani (kawasan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Patani
Thailand Pattani region.png

Patani (juga kadang kala dikenali sebagai Patani Raya) merupakan satu istilah yang digunakan untuk menandakan satu kawasan di selatan Thailand yang mengandungi wilayah Pattani bersama dengan wilayah yang bersebelahan Yala (Jala), Narathiwat (Menara), sebahagian Songkhla (Singgora), dan kebanyakan bahagian utara Malaysia. Dari segi sejarah, ia serupa dengan kerajaan beraja Melayu yang lain seperti Singgora (Songkhla) dan Ligor (Nakhon Si Thammarat) Gerta Lingga (berdekatan dengan Surat Thani), mereka mula-mula diminta membayar ufti dan kemudiannya dikuasai oleh Ayutthaya, seperti juga kerajaan beraja bukan Melayu yang lain seperti Lanna dan Sukhothai. Pattani bagaimanapun bukanlah kerajaan beraja terakhir ditakluki dan diserap. Kini, terdapat satu pergerakan pemisah yang cuba untuk mewujudkan satu negara Melayu dan Islam, Patani Darussalam, yang mengandungi ketiga-tiga wilayah ini. Kempen ini telah bertukar menjadi ganas di dalam tahun kebelakangan ini, mencetuskan keadaan pemberontakan merentasi Thailand Selatan dan pengenaan undang-undang tentera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Patani-Malay teaching initiative brings hope to children of deep South [1]
  • IHH (TR) Foundation's Patani Page [2]

Koordinat: 6°45′U 100°25′T / 6.75°U 100.417°T / 6.75; 100.417