Wilayah Pattani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pattani (wilayah))
Lompat ke: pandu arah, cari
Pattani
ڤتتاني

ปัตตานี
Wilayah
Masjid Besar Pattani

Lambang
Peta Thailand tertumpu pada Wilayah Pattani
Negara  Thailand
Ibu kota Pattani
Kerajaan
 • Gabenor Thirathep Siyaphan (sejak 2008)
Keluasan
 • Jumlah 1,940.4 km2 (749.2 sq mi)
Kedudukan keluasan Ke-67
Populasi (2011)
 • Jumlah 663,485
 • Kedudukan Ke-39
 • Kepadatan 340/km2 (890/sq mi)
 • Kedudukan kepadatan Ke-9
Zon waktu Waktu di Thailand (UTC+7)
Kod ISO 3166 TH-94

Pattani (Thai ปัตตานี, Tulisan Jawi: ڤتتاني) merupakan salah satu daripada wilayah-wilayah (changwat) di selatan Thailand yang terbentuk hasil pemecahan Kerajaan Pattani. Wilayah-wilayah yang berdekatan (dari hala selatan tenggara ikut jam) adalah Narathiwat, Yala dan Songkhla.

Masyarakat Melayu tempatan memanggil wilayah mereka, Patani Darussalam atau Patani Raya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pattani terletak di Semenanjung Malaysia dengan pantai Teluk Thailand di sebelah utara. Di bahagian selatan terdapat beberapa gunung-ganang dan tempat tarikan pelancong seperti taman negara Budo-Sungai Padi yang yang berada di persempadan wilayah Yala dan Narathiwat. Di sini, terdapat beberapa tumbuhan yang agak luar biasa seperti palma Bangsoon dan rotan Takathong. Di kawasan persempadan dengan Songkhla dan Yala pula terdapat sebuah taman rimba yang terkenal dengan gunung terjunnya, Namtok Sai Khao.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lihat Kerajaan Patani

Pada asalnya, Pattani merupakan sebuah kerajaan Melayu Islam yang merdeka. Setelah Ayutthaya jatuh pada tahun 1767 di tangan Burma, Dinasti Chakri yang baru ditubuhkan dan berjaya menghalau penjajah Burma dari Siam, menaruh minat untuk meluaskan pengaruhnya ke selatan termasuk Patani. Serangan pada tahun 1785 berjaya menakluki Patani. Untuk mengukuhkan penguasaannya, Siam melantik orang Melayu sendiri sebagai gabenor di Patani dengan Raja Kampung Laut Tuan Besar dari Kelantan sebagai gabenor yang memakai gelaran raja/sultan atau dalam bahasa Siam sebagai Phraya. Phraya Patani ke-V dan terakhir iaitu Sultan Abdul Kadir Kamarudin Syah telah dibuang negeri ke Kelantan kerana terlibat dalam pemberontakan yang mahu membebaskan Patani dari Siam pada tahun 1902 sekaligus menghapuskan sistem beraja Melayu di Patani. Pada 1909, penguasaan Siam terhadap Pattani diperkukuhkan dan diakui oleh British secara rasmi akibat perjanjian yang dimeteraikan dengan Empayar British. Narathiwat dan Yala ditadbirkan secara berasingan. Di Yala terdapat sebuah pergerakan pemisah Patani yang kembali aktif pada 2004 setelah lama berdiam diri. Pergerakan pemisah ini menuntut kemerdekaan Pattani Darussalam atau bergabung dengan Malaysia.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Pattani merupakan salah satu daripada empat wilayah Thai yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam; 85% adalah Muslim. Ia berasal dari perkataan dalam Bahasa Melayu 'Pantai Ini'. Sebagai salah satu wilayah baru yang diwujudkan dari Negara Patani yang asal, demografinya tidak jauh berbeza dengan wilayah-wilayah majoriti Melayu Islam yang lain seperti Narathiwat, Yala, Satun dan Songkhla.

Simbol[sunting | sunting sumber]

Lambang wilayah Pattani memaparkan sebuah meriam yang dipanggil "Sri Pattani", yang dihasilkan di Pattani untuk mempertahankan Pattani dari serangan Siam. Apabila Pattani dikalahkan Siam pada 1785, meriam "Sri Pattani" dibawa ke Bangkok dan sekarang dipamerkan di hadapan bangunan Kementerian Pertahanan di Bangkok dan diberi nama Siam, "Phya Pattani". Pada asalnya terdapat dua meriam dan yang satu lagi ialah "Sri Negaro" tapi telah terjatuh ke dalam Kuala Sungai Pattani semasa hendak diangkut ke Bangkok. Simbol-simbol yang lain termasuk bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan pokok Chengal Kampung (Hopea odorata).

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pattani terbahagi kepada 12 kawasan pentadbiran (Amphoe), dibahagikan lagi kepada 115 daerah swapraja (tambon) dan 629 buah kampung (mubaan).

Peta Nombor Nama Thai Melayu
Amphoe Pattani.svg
1 Mueang Pattani เมืองปัตตานี Patani
2 Khok Pho โคกโพธิ์
3 Nong Chik หนองจิก
4 Panare ปะนาเระ Penarik
5 Mayo มายอ Maja
6 Thung Yang Daeng ทุ่งยางแดง
7 Sai Buri สายบุรี Selindung Bayu, Telube
8 Mai Kaen ไม้แก่น
9 Yaring ยะหริ่ง Jaring, Jamu
10 Yarang ยะรัง Cegar
11 Mae Lan แม่ลาน
12 Kapho กะพ้อ

Kekecohan[sunting | sunting sumber]

Sejak awal tahun 2004, beberapa insiden rusuhan dan kekecohan telah melanda selatan Thailand, terutama di wilayah-wilayah Narathiwat, Yala, dan Pattani. Kawasan-kawasan ini didiami oleh majoriti penduduk Melayu Islam dan aktiviti gerakan pemisah telah aktif sejak tahun 80an. Penduduk-penduduk di sini tidak berasa senang dengan reaksi keras kerajaan pusat terhadap aktiviti gerakan pemisah tersebut. Kebanyakkan mereka juga tidak puas hati dengan beberapa polisi kerajaan pusat yang memperlakukan mereka dengan cara berbeza dari kaum etnik Thai.

Pada 26 Oktober 2004, 78 orang telah meninggal dunia akibat kesesakan nafas setelah kesemuanya dimasukkan di dalam trak polis akibat ditangkap di atas tuduhan rusuhan di daerah tersebut dan sekelilingnya.

Pada 7 November 2004, Menteri Pertahanan Thai telah mengatakan bahawa lebih kurang 700 orang telah tercedera atau terkorban akibat kekacauan yang berlaku di selatan Thailand sejak Januari.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]