Patusan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Patusan ialah sebuah negeri rekaan yang diwujudkan dalam novel Tuan Jim ("Lord Jim"), diterbitkan dalam tahun 1900, karya Joseph Conrad. Patusan kemudian muncul dalm beberapa filem dan pertunjukan televisyen.

Dalam novel Conrad, negeri itu sebuah tempat terpencil yang sudah mati di Laut China Selatan, dilupai oleh dunia dan pada asasnya tiada perhubungan dengan dunia luar. Sebelum kedatangan Jim, tempat itu diperintah beberapa puak kaum pribumi, yang digelar Conrad orang Melayu.

Geografi, Penempatan, & Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Conrad menulis bahawa jalan masuk utama ke negeri itu ialah melalui sebatang sungai yang merentasi hutan ke pesisiran pantai. Novel menyebut dua penempatan utama: yang pertama pada persilangan sungai dengan anak sungai berselut di bahagian pedalaman. Ini berdekatan dua bukit curam yang rapat yang dipisahkan gaung. Penempatan kedua ialah sebuah kampung nelayan di tepi pantai dekat kuala sungai.

Conrad menyatakan dengan tegas bahawa sebelum kemunculan Jim, negeri itu, kendatipun diperintah oleh Rajah Tunku Allang, seorang yang berfikiran sempit dan melodramatik, sebenarnya dikuasai beberapa kumpulan. Kumpulan-kumpulan ini termasuklah kumpulan perompak yang berkampun di sebuah kubu di puncak sebuah bukit, diketuai Sherif Ali , dan sekumpulan orang Bugis, dipimpin ketua berbadan besar, pendiam dan segak, Doramin.


Nota[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]