Paul Allen
| Paul Gardner Allen | |
|---|---|
| Lahir | 21 Januari 1953 (60 tahun) Seattle |
| Kediaman | Mercer Island, Washington |
| Pekerjaan | Pengerusi, Vulcan Inc. |
| Nilai harta kekayaan | ▲ US$13 bilion (2011)[1] |
Paul Gardner Allen (lahir pada 21 Januari, 1953) ialah seorang pelabur dan dermawan Amerika Syarikat yang bersama-sama Bill Gates mengasaskan Microsoft dan merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia dengan kekayaan peribadi sebanyak US$13.5 bilion pada tahun 2010. Beliau ialah pengasas dan pengerusi Vulcan Inc., yang menguruskan perniagaan dan usaha dermanya. Paul Allen juga mempunyai portfolio pelaburan multi-bilion dollar termasuklah syarikat teknologi seperti Evri dan Gist, pemegang hartanah, dan kepentingan dalam teknologi lain, media, dan syarikat-syarikat content. Paul Allen juga memiliki dua pasukan sukan profesional,Seattle Seahawks dalam National Football League (NFL),[2] dan Portland Trail Blazers dalam National Basketball Association (NBA)[3]. Beliau juga merupakan pemilik sebahagian Seattle Sounders FC, yang menyertai Major League Soccer (MLS) pada 2009.[4] Memoir Allen "Idea Man: A Memoir by the Cofounder of Microsoft" akan diterbitkan pada 19 April, 2011 dan petikan terperinci telah diterbitkan pada isu Mei 2011 Vanity Fair.[5]
Nota [sunting]
- ↑ "Paul Allen". Forbes. November 18, 2009. http://www.forbes.com/profile/Paul-Allen. Capaian April 1, 2010.
- ↑ Attner, Paul. "Behring straits — Seattle Seahawks owner Ken Behring", Sporting News, March 35, 1996. Dicapai pada March 31, 2008.
- ↑ "Learn More About Larry Weinberg". NBA.com. National Basketball Association. http://www.nba.com/blazers/features/Learn_More_About_Larry_Weinber-44362-41.html. Capaian March 31, 2008.
- ↑ "Seattle to Get Expansion MLS Franchise for 2009". ESPN. November 9, 2007. http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=480678&cc=5901. Capaian November 10, 2007.
- ↑ "Microsoft’s Odd Couple". Vanity Fair. May, 2011. http://www.vanityfair.com/business/features/2011/05/paul-allen-201105?currentPage=all. Capaian March 31, 2011.
Pautan luar [sunting]
- Paul Allen official home page
- Paul Allen entry from The Oregon Encyclopedia
- Paul Allen at THOCP.net
- Forbes topic page on Paul Allen