Paul Hausser

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paul Hausser
Paul Hausser (sebagai SS-Gruppenfuhrer und Generalleutnant der Waffen-SS)
Nama samaranPapa
Kelahiran(1880-10-07)7 Oktober 1880
Brandenburg an der Havel
Meninggal dunia21 Disember 1972(1972-12-21) (umur 92)
Ludwigsburg
DisemadikanMunich Waldfriedhof
KesetiaanEmpayar Jerman Empayar Jerman (hingga 1918)
Jerman Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi Jerman Nazi
Perkhidmatan Waffen-SS
Tahun perkhidmatan1892 – 1932
1934 – 1945
Pangkat Oberst-Gruppenführer und Generaloberst der Waffen-SS
ArahanDivisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich

Kor II SS Panzer

Tentera Darat Ke-7
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahKnight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang
Hausser pada tahun 1941
SS-Obergruppenfuhrer Hausser ketika di Rusia pada 21 Jun 1942
Heinrich Himmler diiringi Hausser (kanan, bercermin mata) dan Walter Kruger (kiri), semasa di Karkow, Rusia, pada April 1943


Paul "Papa" Hausser (7 Oktober 1880 – 21 Disember 1972) ialah seorang pegawai tinggi dalam Tentera Darat Jerman, mencapai pangkat Leftenan Jeneral dalam Reichswehr. Selepas bersara dari Tentera Darat tetap beliau menjadi "bapa" (mendapat gelaran “Papa”) Waffen-SS dan salah seorang pemimpinnya yang terkenal. Berjuang dikedua-dua barisan Timur dan Barat dalam Perang Dunia II, beliau mengalami kecederaan parah sebanyak dua kali, kehilangan mata kanan dalam kejadian yang pertama. Selepas perang beliau menjadi anggota HIAG yang berusaha untuk memulihkan reputasi dan status undang-undang Waffen-SS.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Hausser telah dilahirkan di Brandenburg an der Havel kepada keluarga tentera Prusia; bapanya Kurt Hausser adalah seorang Mejar dalam Tentera Darat Imperial Jerman. Paul memasuki tentera pada tahun 1892 dan sehingga tahun 1896 belajar di sekolah kadet Köslin, dan dari tahun 1896 beliau menghadiri akademi kadet Berlin-Lichterfelde dimana beliau berjaya menamatkan pengajian pada tahun 1899. Pada 20 Mac 1899 beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan ditugaskan ke Rejimen 155 Infantri yang ditempatkan di Ostrowo dalam Posen; pada 1 Oktober 1903 beliau menjadi adjutan Batalion Ke-2 dan beliau berkhidmat dalam jawatan ini selama lima tahun, sehingga 1 Oktober 1908. Terkenal dengan bakat tenteranya, beliau menghadiri Akademi Tentera Prusia di Berlin dari Oktober 1908 sehingga tamat pengajian pada 21 Julai 1911. Dari tahun 1912, seterusnya, termasuk Perang Dunia Pertama, Hausser berkhidmat dalam beberapa tugasan Staf Am, termasuk dalam tentera darat Jerman (Reichswehr) selepas perang, yang mana pada tahun 1927 beliau menjadi Kolonel.

1930an[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral pada 1 Februari 1931. Beliau bersara dari Reichswehr pada 31 Januari 1932 dengan pangkat Leftenan Jeneral. Selaku seorang pesara, Hausser menyertai pertubuhan veteran sayap kanan Perang Dunia I iaitu Stahlhelm, menjadi ketua bahagian Brandenburg-Berlin pada tahun 1933. Kelak, Stahlhelm telah digabungkan kedalam SA, dan apabila SA lemah, dimasukkan pula kedalam SS. Pada November 1934 beliau telah ditukarkan ke SS-Verfügungstruppe dan ditugaskan ke SS-Führerschule Braunschweig. Pada tahun 1935 beliau menjadi Inspektor SS-Junkerschule dan telah dinaikkan pangkat ke Brigadeführer pada tahun 1936.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Hausser berkhidmat dalam Kempen Poland tahun 1939 sebagai seorang pemerhati dengan Divisyen Panzer Kempf (campuran Wehrmacht/SS). Pada Oktober 1939 SS-VT telah dibentuk sebagai divisyen infantri motorise dengan Hausser sebagai pemerintahnya. Beliau memimpin divisyen ini, kemudian dinamakan semula Divisyen Ke-2 Panzer SS Das Reich, dalam kempen Perancis tahun 1940 dan dalam peringkat awal Operasi Barbarossa. Untuk perkhidmatan beliau di Rusia, Hausser telah dianugerahi pingat Knight Cross of the Iron Cross pada tahun 1941 dan darjah Daun Oak pada tahun 1943 (beliau juga mendapat darjah Pedang untuk khidmatnya di Normandy) dan telah mengalami kecederaan parah, kehilangan mata kanan. Selepas pulih beliau memerintah Kor Panzer SS yang baru ditubuhkan (dinamakan semula Kor II SS Panzer pada Jun 1943) dan mengingkari arahan Hitler kerana mengundurkan tenteranya dari Kharkov bagi mengelakkan pengepungan, tetapi dapat menawan semula bandar itu pada Mac 1943. Beliau memimpin divisyen-divisyen 1, Ke-2 dan Ke-3 SS semasa Pertempuran Kursk. Selepas Kursk, Kornya telah diperbaharui (menggantikan Divisyen 1, Ke-2 dan Ke-3 SS Panzer dengan divisyen-divisyen Ke-9 dan Ke-10 SS) dan dihantar ke Itali, kemudian ke Perancis dimana beliau memerintahnya dalam peringkat awal Kempen Normandy. Selepas kematian Friedrich Dollmann (Panglima Tentera Darat Ke-7), Hausser telah diberi memerintah Ketumbukan tersebut. Sewaktu pengepungan Falaise, Hausser kekal bersama tenteranya sehingga beliau tercedera (ditembak pada rahang). Paul Hausser telah dinaikkan pangkat ke Oberst-Gruppenführer und Generaloberst der Waffen-SS pada Ogos 1944 dan kemudiannya memerintah Kumpulan Tentera Darat G dari 28 Januari hingga 3 April 1945. Beliau mengakhiri perang sebagai staf Generalfeldmarschall Albert Kesselring. Pada Perbicaraan Nuremberg beliau bersungguh-sungguh mempertahankan peranan tentera Waffen-SS dan menafikan ia terlibat dalam kekejaman jenayah perang.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Hausser mengahwini Elisabeth Gérard (lahir 1891) pada 9 Ogos 1908 dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Frieda (lahir 1909), yang berhijrah ke Australia pada tahun 1954, selepas mengahwini seorang pegawai Waffen-SS Gustav Adolf Wiemann (lahir 1906).

Kubur Paul Hausser.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Pengarangan[sunting | sunting sumber]

Hausser authored several books on the Waffen SS and German military.

  • Waffen-SS im Einsatz (Waffen SS in Action), Plesse Verlag, Göttingen (1953)
  • Soldaten wie andere auch (Soldiers Like Any Other), Munin Verlag, Osnabrück (1966)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Krätschmer, Ernst-Günther (1999). Die Ritterkreuzträger der Waffen-SS. Coburg, Germany: Nation Europa Verlag. ISBN 978-3-920677-43-9. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Thomas, Franz (1997). Die Eichenlaubträger 1939–1945 Band 1: A–K (dalam bahasa German). Osnabrück, Germany: Biblio-Verlag. ISBN 978-3-7648-2299-6. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Yerger, Mark C. Waffen-SS Commanders: The Army, Corps and Divisional Leaders of a Legend: Augsberger to Kreutz - Atglen, PA: Schiffer Publishing (October 1997). ISBN 0-7643-0356-2, ISBN 978-0-7643-0356-2.
  • Williamson, Gordon. The SS: Hitler's Instrument of Terror: The Full Story From Street Fighters to the Waffen-SS (Motorbooks International, (March 1994), ISBN 0-87938-905-2, ISBN 978-0-87938-905-5).
  • Williamson, Gordon. The Waffen-SS (2): 6. to 10. Divisions (Men-at-Arms) (Osprey Publishing (March 25, 2004), ISBN 1-84176-590-2, ISBN 978-1-84176-590-7).
Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima 2 Divisyen SS Das Reich
19 Oktober 1939 - 14 October 1941
Diikuti oleh:
SS-Obergruppenführer Wilhelm Bittrich
Didahului oleh
tiada
Panglima II. SS-Panzer Corps
14 September 1942 - 28 Jun 1944
Diikuti oleh:
SS-Obergruppenführer Wilhelm Bittrich
Didahului oleh
Generaloberst Friedrich Dollmann
Panglima 7. Armee
28 Jun 1944 - 20 Ogos 1944
Diikuti oleh:
General der Panzertruppen Heinrich Eberbach
Didahului oleh
Reichsführer-SS Heinrich Himmler
Panglima Heeresgruppe Oberrhein
23 Januari 1945 - 24 Januari 1945
Diikuti oleh:
tiada
Didahului oleh
Generaloberst Johannes Blaskowitz
Panglima Heeresgruppe G
29 Januari 1945 - 2 April 1945
Diikuti oleh:
General der Infanterie Friedrich Schulz

Pautan luar[sunting | sunting sumber]