Paul di Resta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paul di Resta
Paul di Resta.jpg
di Resta pada tahun 2008
Lahir 16 April 1986 (28 tahun)
Uphall, Lothian Barat, Scotland, UK
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Kewarganegaraan United Kingdom British
Kereta 2013 Force India-Mercedes
Kereta # 14
Perlumbaan 51
Kejuaraan 0
Kemenangan 0
Podium 0
Mata kerjaya 109
Petak pertama 0
Pusingan terpantas 0
Perlumbaan pertama Grand Prix Australia 2011
Perlumbaan terakhir Grand Prix Itali 2013
Kedudukan 2012 Ke-14 (46 mata)

Paul di Resta (lahir 16 April 1986 di Uphall, Livingston, Scotland,[1]) ialah seorang pemandu kereta lumba British, yang kini bersaing dalam Formula Satu bersama Force India. Beliau juga merupakan bekas juara DTM dan Formula 3 Euroseries.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sukan kart[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya dalam sukan kart, dan berlumba dalam pelbagai siri kompetitif dari tahun 1994 hingga 2002. Pada tahun 2001, beliau memenangi kejuaraan British JICA.

Formula Renault[sunting | sunting sumber]

Di Resta bertanding dalam kejuaraan Formula Three Euroseries dengan Manor Motorsport pada tahun 2005, dan menamatan musim di tempat kesepuluh. Pada musim 2006, di Resta menyertai pasukan ASM Formule 3, dengan memenangi kejuaraan tahun tersebut setelah memenangi lima buah perlumbaan, dan mengalahkan rakan sepasukan, Sebastian Vettel.

Formula Satu[sunting | sunting sumber]

Di Resta memandu uji untuk pasukan Formula Satu McLaren, dan merupakan salah seorang pemandu yang berkemungkinan untuk memandu bersama pasukan Force India pada musim 2009, disebabkan McLaren dan Force India berkongsi pembekal enjin yang sama, Mercedes-Benz. Namun begitu, Force India memilih untuk mengekalkan Giancarlo Fisichella dan Adrian Sutil, dengan Vitantonio Liuzzi menjadi pemandu simpanan.[2]

Force India (2010–kini)[sunting | sunting sumber]

2010[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2009, selepas Fisichella menyertai Ferrari dan Liuzzi menjadi pemandu pasukan Force India, di Resta mengambil bahagian dalam sebuah ujian dengan pasukan di Jerez bersama J. R. Hildebrand.[3] Pada acara Antarabangsa Autosport pada Januari 2010, di Resta berkata bahawa beliau hampir menandatangani kontrak bersama mereka sebagai pemandu ujian dan simpanan bagi musim 2010.[4] Perjanjian tersebut dimuktamadkan pada 2 Februari.[5] Beliau membuat kemunculan sulungnya di Grand Prix Australia, di mana beliau mengambil bahagian pada sesi latihan bebas pertama, dengan mengambil tempat Sutil[6] dan akhirnya mendapat tempat kesebelas.[7] Beliau memandu pada kesemua sesi latihan pertama sehingga Grand Prix Monaco, di mana beliau tidak mengambil bahagian. Beliau kembali memandu untuk mereka di Grand Prix Eropah dan British. Beliau tidak beraksi di Grand Prix Jerman, namun kembali di Grand Prix Hungary. Di Resta tidak memandu di Grand Prix Belgium kerana Force India mahukan pemandu tetap mereka, Tonio Liuzzi dan Adrian Sutil, mempelajari litar tersebut dengan sebaik-baiknya. Beliau sekali lagi mengambil bahagian di Grand Prix Itali, namun tidak mengambil bahagian di Grand Prix Singapura atau Jepun. Force India sekali lagi memilih untuk menggunakan Liuzzi dan Sutil untuk memandu di Korea supaya mereka dapat mempelajari litar yang baru itu untuk perlumbaan tersebut.[8]

2011[sunting | sunting sumber]

Di Resta menyertai Adrian Sutil di pasukan Force India untuk musim 2011, dengan menggantikan Vitantonio Liuzzi. Beliau mendapat mata kejuaraan pada perlumbaan sulungnya di Grand Prix Australia, selepas kedua-dua kereta pasukan Sauber disingkirkan daripada perlumbaan.[9] Beliau mendapat tempat kesepuluh di Malaysia, kesebelas di China, dan bersara di Turki, di mana beliau meninggalkan pit dengan roda yang longgar. Beliau melayakkan diri di tempat keenam di Silverstone, tetapi menamatkan perlumbaan di tempat ke-15.

Beliau mendapat mata sekali lagi di Hungary, dengan mendapat tempat ketujuh. Di Grand Prix Itali, beliau mendapat tempat kelapan, dan ini diikuti oleh tempat keenam di Singapura, di hadapan rakan sepasukan, Sutil, yang menduduki tempat kelapan. Beliau mendapat tempat kesepuluh di Korea, kesembilan di Abu Dhabi dan kelapan di Brazil.

2012[sunting | sunting sumber]
Di Resta memandu untuk Force India di Grand Prix Jepun 2012.

Pada 16 Disember 2011, ia telah diumumkan bahawa di Resta akan dikekalkan oleh Force India untuk musim 2012, dengan Nico Hülkenberg mengambil tempat Sutil sebagai rakan sepasukan di Resta.[10] Beliau melayakkan diri di tempat ke-15 pada perlumbaan pembukaan musim di Australia dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh, setelah memintas Jean-Éric Vergne dan Nico Rosberg pada pusingan akhir. Beliau mendapat tempat ke-14 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Malaysia, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Beliau sekali lagi mendapat tempat ke-12 di China. Di Bahrain, beliau berjaya memasuki Q3 dan memulakan perlumbaan di tempat kesepuluh. Beliau mendapat tempat keenam pada perlumbaan tersebut. Beliau mendapat tempat ke-14 di Sepanyol, satu pusingan di belakang pemenang, Pastor Maldonado; ketujuh di Monaco setelah memulakan perlumbaan di tempat ke-15; dan kesebelas di Montreal. Di Grand Prix Eropah, beliau mendapat tempat ketujuh.

Selepas gagal untuk mendapat mata kejuaraan dalam tiga perlumbaan berikutnya, di Resta mendapat tempat kesepuluh di Grand Prix Belgium. Di Grand Prix Itali, di Resta beraksi dengan cemerlang pada pusingan kelayakan dengan menetapkan masa keempat terpantas di Q3, tetapi menerima penalti lima-petak kedudukan kerana menukar kotak gear dan memulakan perlumbaan tersebut di tempat kesembilan. Beliau menamatkan perlumbaan tersebut di tempat kelapan. Bagi enam perlumbaan terakhir musim ini, beliau hanya mampu mendapat dua mata sahaja, selepas mendapat tempat kesembilan di Abu Dhabi.

2013[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Januari 2013, Force India mengesahkan bahawa di Resta akan memulakan musim ketiganya dalam Formula Satu untuk mereka.[11] Selepas gagal memasuki Q3 di Australia, di Resta akhirnya berjuang untuk mendapat mata, dan menamatkan perlumbaan di belakang rakan sepasukan, Adrian Sutil, di tempat kelapan. Bagaimanapun di Malaysia, di Resta terpaksa bersara selepas nat roda keretanya tersekat, dan Sutil juga terpaksa bersara disebabkan masalah ini.

Selepas mendapat tempat kesebelas pada pusingan kelayakan di Grand Prix China, beliau menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dan mendapat empat mata.

Di Resta menyamai keputusan terbaiknya di Bahrain dengan mendapat tempat keempat, selepas dipintas oleh pemandu Lotus, Romain Grosjean, untuk tempat ketiga. Pada perlumbaan berikutnya di Sepanyol, di Resta mendapat tempat ketujuh.

Dalam sesi kelayakan yang dilanda hujan di Monaco, beliau mendapat tempat ke-17. Namun, beliau berjaya mendapat mata dengan mendapat kesembilan selepas perlumbaan dihentikan buat sementara waktu selepas Pastor Maldonado terbabas.

Di Grand Prix Kanada, beliau sekali lagi memulakan perlumbaan di tempat ke-17. Di Resta memulakan perlumbaan dengan menggunakan tayar sebatian keras, dan hanya melakukan satu perhentian pit, pada pusingan ke-56, dan akhirnya menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh.

Rekod perlumbaan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Kemenangan P/Pertama P/Terpantas Podium Mata Kedudukan
2003 Formula Renault UK Eurotek Motorsport 17 1 2 1 2 233 Ke-7
Team JVA
2004 Formula Renault UK Manor Motorsport 20 4 4 2 9 415 Ke-3
Formula Renault 2000 Eurocup 3 0 0 0 1 0 NC†
Bahrain Superprix 1 0 0 0 0 N/A NC
2005 Formula Three Euroseries Manor Motorsport 19 0 3 2 1 32 Ke-10
Masters of Formula 3 1 0 0 0 0 N/A Ke-4
2006 Formula Three Euroseries ASM Formule 3 20 5 5 1 9 86 Pertama
Masters of Formula 3 1 1 0 0 0 N/A Pertama
Macau Grand Prix 1 0 0 0 0 N/A NC
2007 Deutsche Tourenwagen Masters Persson Motorsport 10 0 0 0 4 32 Ke-5
2008 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 11 2 1 4 7 71 Ke-2
2009 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 10 1 1 2 3 45 Ke-3
2010 Deutsche Tourenwagen Masters HWA Team 11 3 3 1 7 71 Pertama
Formula Satu Force India F1 Team Pemandu ujian
2011 Formula Satu Force India F1 Team 19 0 0 0 0 27 Ke-13
2012 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 20 0 0 0 0 46 Ke-14
2013 Formula Satu Sahara Force India F1 Team 12 0 0 0 0 36* Ke-10*

 – Sebagai pemandu jemputan, di Resta tidak boleh mendapat mata.
* Musim sedang dijalankan.

Keputusan lengkap DTM[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

 Year  Pasukan Kereta 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Ked Mata
2007 Persson Motorsport AMG-Mercedes C-Klasse 2005 HOC1
5
OSC
2
LAU
2
BRH
Ret
NOR
15
MUG
3
ZAN
14
NÜR
6
CAT
3
HOC2
8
Ke-5 32
2008 HWA Team AMG-Mercedes C-Klasse 2008 HOC1
13
OSC
4
MUG
2
LAU
1
NOR
5
ZAN
7
NÜR
2
BRH
2
CAT
1
BUG
2
HOC2
2
Ke-2 71
2009 HWA Team AMG-Mercedes C-Klasse 2009 HOC1
5
LAU
4
NOR
7
ZAN
6
OSC
4
NÜR
Ret
BRH
1
CAT
7
DIJ
2
HOC2
3
Ke-3 45
2010 HWA Team AMG-Mercedes C-Klasse 2009 HOC1
4
VAL
5
LAU
2
NOR
10
NÜR
2
ZAN
2
BRH
1
OSC
1
HOC2
1
ADR
9
SHA
2
Pertama 71

Keputusan lengkap Formula Satu[sunting | sunting sumber]

(kunci)
Tebal - Petak pertama
Condong - P.Terpantas

Tahun Kemasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 WDC Mata
2010 Force India F1 Team Force India VJM03 Mercedes FO 108X 2.4 V8 BHR
AUS
TD
MAL
TD
CHN
TD
ESP
TD
MON
TUR
CAN
EUR
TD
GBR
TD
GER
HUN
TD
BEL
ITA
TD
SIN
JPN
KOR
BRA
ABU
 –  –
2011 Force India F1 Team Force India VJM04 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
10
MAL
10
CHN
11
TUR
Ret
ESP
12
MON
12
CAN
18
EUR
14
GBR
15
GER
13
HUN
7
BEL
11
ITA
8
SIN
6
JPN
12
KOR
10
IND
13
ABU
9
BRA
8
Ke-13 27
2012 Sahara Force India F1 Team Force India VJM05 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
10
MAL
7
CHN
12
BHR
6
ESP
14
MON
7
CAN
11
EUR
7
GBR
Ret
GER
11
HUN
12
BEL
10
ITA
8
SIN
4
JPN
12
KOR
12
IND
12
ABU
9
USA
15
BRA
19
Ke-14 46
2013 Sahara Force India F1 Team Force India VJM06 Mercedes FO 108Z 2.4 V8 AUS
8
MAL
Ret
CHN
8
BHR
4
ESP
7
MON
9
CAN
7
GBR
9
GER
11
HUN
18
BEL
Ret
ITA
Ret
SIN
JPN
KOR
IND
ABU
USA
BRA
Ke-10* 36*

Tidak menamatkan perlumbaan, namun diklasifikasikan kerana melengkapkan lebih daripada 90% jarak perlumbaan.
* Musim sedang dijalankan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Profil Paul di Resta", BBC, 4 Julai 2011. Dicapai pada 3 Ogos 2011. 
  2. English, Steven. "Force India keep Fisichella and Sutil", autosport.com, Haymarket Publications, 14 Disember 2008. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  3. Strang, Simon. "Force India to test di Resta, Hildebrand", autosport.com, Haymarket Publications, 24 November 2009. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  4. Noble, Jonathan. "Di Resta close to Force India role", autosport.com, Haymarket Publications, 16 Januari 2010. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  5. Elizalde, Pablo. "Force India signs di Resta as reserve", autosport.com, Haymarket Publications, 2 Februari 2010. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  6. Noble, Jonathan. "Di Resta ready for Formula 1 chance", autosport.com, Haymarket Publications, 24 Mac 2010. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  7. "Australian Grand Prix – Practice Results", BBC Sport, BBC, 26 Mac 2010. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  8. Elizalde, Pablo. "Di Resta will not drive in Korea either", autosport.com, Haymarket Publications, 18 Oktober 2010. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  9. Elizalde, Pablo. "Di Resta confirmed at Force India", autosport.com, Haymarket Publications, 26 Januari 2011. Dicapai pada 24 Mac 2013. 
  10. "Hulkenberg joins Di Resta in Force India's 2012 line-up", Formula1.com, Kumpulan Formula Satu, 16 Disember 2011. Dicapai pada 25 Mac 2013. 
  11. "Januari 2013 Paul di Resta", Force India. Dicapai pada 25 Mac 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Lewis Hamilton
Juara Pemandu Formula Three Euroseries
2006
Diikuti oleh:
Romain Grosjean
Didahului oleh
Lewis Hamilton
Juara Formula Three Masters
2006
Diikuti oleh:
Nico Hülkenberg
Didahului oleh
Timo Scheider
Juara DTM
2010
Diikuti oleh:
Martin Tomczyk
Anugerah
Didahului oleh
Alex Lloyd
McLaren Autosport BRDC Award
2004
Diikuti oleh:
Oliver Jarvis
Didahului oleh
Kamui Kobayashi
Autosport Awards
Rookie of the Year

2011
Diikuti oleh:
Mathéo Tuscher