Pavilion Kuala Lumpur
| Lokasi | Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia |
|---|---|
| Tarikh pembukaan | Oktober 2007 |
| Keluasan lantai peruncitan | 1,400,000 kaki persegi (130,000 m²) |
Pavilion Kuala Lumpur ialah sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur, Malaysia yang dibuka pada Oktober 2007. Pavilion terdiri daripada empat komponen utama; sebuah pusat peruncitan, sebuah bangunan pejabat, dua buah bangunan kediaman dan sebuah hotel yang dicadangkan.
Isi kandungan |
Komponen [sunting]
Pavilion Kuala Lumpur mempunyai tujuh aras kompleks peruncitan. Ruangan peruncitan seluas 1.4 juta kaki persegi ini boleh menempatkan sebanyak 450 kedai di enam bahagian -
- Bintang Circle
- Gourmet Emporium (restoran dan kedai makanan, tertumpu di tingkat 1)
- Couture (fesyen)
- Connection (kelengkapan teknologi tinggi)
- Home (kelengkapan rumah)
- Seventh Heaven (kemudahan istirahat, tertumpu di tingkat 7)
Sejarah [sunting]
Tapak yang kini diduduki Pavilion KL ini pernah menempatkan sebuah kampus Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Bukit Bintang, sekolah tertua di Kuala Lumpur. Kampus Bukit Bintang ini dikosongkan pada tahun 2000 apabila sekolah tersebut pindah ke Cheras lalu dinamakan semula sebagai Sekolah Sri Bintang Utara.
Hubungan [sunting]
Pusat beli-belah ini tercapai oleh beberapa laluan rel sekitar ibu kota. Yang terdekat ialah Kuala Lumpur Monorail iaitu di stesen Bukit Bintang dan Raja Chulan.