Payung terjun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Payung terjun (bahasa Inggeris:Parachute) merupakan satu alat yang digunakan bagi memperlahankan pergerakkan sesuatu objek melalui atmosfera dengan mewujudkan daya seretan. Payung terjun dibuat daripada kain, kebanyakan adalah nilon. Payung terjun sering kali digunakan, sebagai contoh, bagi memperlahankan penurunan sesuatu objek yang jatuh ke bumi atau sesuatu benda angkasa di dalam atmosfera. Payung terjun sauh juga kadang kala digunakan bagi membantu nyah-pecutan mendatar sesebuah kenderaan (sebuah pesawat kepak kaku, atau pelumba seretan), atau memberi kestabilan (jatuh bebas beriringan, atau kapal bolak balik angkasa selepas menyentuh permukaan bumi). Perkataan "parachute" berasal dari bahasa Perancis dengan awalan perkataan Greek Purba: "para", bermaksud "menentang" atau "melawan" di dalam bahasa Greek Purba, dan "chute", merupakan perkataan Perancis bagi "jatuh". Oleh itu "parachute" sebenarnya bermaksud "menentang kejatuhan". Kebanyakan payung terjun moden dikelaskan sebagai sayap separuh kaku, yang mana boleh dikendalikan, dan boleh membantu mengawal kejatuhan. Payung terjun terawal lebih menyerupai kain dan melekat. Setelah bertahun-tahun rekabentuknya telah berubah dari potongan berbentuk kasar kepada payung terjun yang berbentuk aerodinamik.

Dahulunya, payung terjun pernah dibuat daripada sutera tetapi kini ia kebanyakan dibuat daripada tenunan fabrik nilon yang lebih tahan lama, kadang kala disaluti dengan silikon bagi mempertingkat keupayaan dan kekonsistenan terhadap masa.

Apabila payung terjun berbentuk segi empat (juga dikenali sebagai pelantak udara) diperkenalkan, para pengeluar telah bertukar kepada bahan-bahan regangan rendah seperti Dacron atau bahan-bahan tak beregang seperti Spectra, Kevlar, Vectran dan aramid modulus tinggi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]