Pedang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Katana
Rapier

Pedang adalah sejenis senjata tajam yang memiliki bilah panjang. Pedang dapat memiliki dua sisi tajam atau hanya satu sisi tajam saja. Dalam beberapa kebudayaan, jika dibandingkan senjata lainnya, pedang biasanya memiliki prestij yang lebih atau paling tinggi.

Bilah pedang biasanya dibuat daripada logam keras seperti besi atau baja. Meskipun begitu terdapat pedang daripada emas yang digunakan sebagai hiasan sahaja. Untuk latihan biasanya pedang kayu yang digunakan, meskipun pedang daripada kayu keras masih berbahaya. Senjata serupa pedang dan tombak yang menggunakan bilah obsidian digunakan oleh suku-suku asli Amerika Tengah dan Selatan yang pada saat kolonisasi Eropah belum mengenali logam.

Sejarah pedang[sunting | sunting sumber]

Zaman Gangsa[sunting | sunting sumber]

Manusia telah membuat dan menggunakan senjata berpedang dari mulai zaman gangsa. Pedang yang dikembangkan daripada belati ketika pembuatan pedang menjadi mungkin, sekitar 2 milenium sebelum masihi. Pedang berukuran lebih daripada 1.5 meter dan sangat tidak biasa dan tidak digunakan saat masa-masa zaman gangsa kerana panjangnya mengurangi keampuhan dari gangsa. Tidak sampai logam yang lebih kuat seperti baja, menjadikan pedang panjang digunakan dalam pertempuran.

Bahagian gagang pedang pada mulanya memungkinkan cengkaman yang kuat, dan mencegah kemungkinan tangan terpeleset ketika melakukan tusukan ke arah sasaran. Pedang zaman gangsa pertama kali mucul dengan bentuk seperti daun di sekitar laut tengah dan laut hitam, dan di Mesopotamia. Pedang dari zaman gangsa nordic sekitar 1400 SM menunjukkan sifat pola spiral. Penghasilan pedang di China dimulai dari zaman Dinasti Shang.

Zaman Besi[sunting | sunting sumber]

Pedang besi mengalami kenaikan penggunaan pada abad 13 SM. Bangsa Hittie, Myceania, Yunani, dan Proto-Celtic Halstatt memiliki kebudayaan yang memiliki kaitan dengan penggunaan awal pedang besi. Besi memiliki kelebihan dalam penghasilan massal dengan ketersediaan baja baku yang banyak. Pedang besi pada masa awal tidak dapat dibandingkan dengan pedang baja masa sekarang; lebih lembut dan rapuh, ini bahkan lebih jelik daripada pedang perunggu (gangsa) yang bagus kualitinya, tetapi dengan penghasilan yang lebih mudah, ketersediaan bahan baku membuat seluruh pasukan dapat menggunakan senjata logam, walaupun pasukan mesir pada zaman gangsa sudah melengkapi pasukannya dengan senjata gangsa.

Kemudian para penempa mempelajari bahawa menambahkan sejumlah karbon (dimasukkan pada saat peleburan dalam bentuk batuan) ke dalam besi, mereka dapat membuat logam yang lebih baik (sekarang dikenal dengan sebutan "besi baja"). Beberapa cara yang berbeza dalam pembuatan pedang telah ada dalam masa lalu, termasuk, yang paling terkenal, pembentukan pola. Selanjutnya, cara yang berbeza berkembang di seluruh dunia.

Ketika memasuki zaman klasik antik dan bangsa Parthia dan Sassanid di Iran, pedang besi sudah menjadi umum. Xiphos dari Yunani dan Gladius dari Rom adalah contoh sejenis, memiliki panjang 60-70 cm. Kekaisaran Roma akhir memprkenalkan Spatha yang lebih panjang (istilah untuk pemakainya, spatharius, menjadi pangkat kerajaan di Konstantinopel), dan mulai saat itu, istilah "pedang panjang" ditujukan pada pedang yang termasuk panjang dalam tempoh ini.

Pedang baja China muncul pada masa abad ke-3 SM Dinasti Qin. Dao dari china (piyin dāo)adalah pedang bermata satu, kadangkala diterjemahkan sebagai sabre atau broadsword, dan Jian (piyin jiān) bermata dua.

Zaman Pertengahan[sunting | sunting sumber]

Pedang spatha menjadi popular selama zaman penghijrahan dan juga di abad pertengahan. Spatha Zaman Vendel dihiasi dengan hiasan Jerman. Zaman Viking terlihat kembali adanya penghasilan yang lebih standard, tapi hiasan awalnya tetap berdasarkan spatha.

Abad ke-11 dimana pedang Norman mulai dikembangkan Quillons atau Crossguard (pelindung silang). Selama Perang Salib pada abad ke 12 sampai abad ke 13, pedang berbentuk salib ini menjadi lebih stabil, dengan kepelbagaian pada gagangnya saja. Pedang-pedang ini direka sebagai pedang pemotong, walaupun poin-poin efektif menjadi umum untuk mengbalas peningkatan kualiti zirah. Pedang bermata tunggal menjadi popular di dataran Asia. Dikembangkan dari Dao China, hwandudaedo dari Korea telah dikenal pada masa awal Zaman Tiga Negara. Katana Jepun ( 刀; かたな ), telah dihasilkan pada sekitar 900 Masihi, juga dikembangkan dari dao.

Zaman Pertengahan Akhir dan Renaissance[sunting | sunting sumber]

Dari sekitar tahun 1300, dengan semakin tebal dan bagus penghasilan zirah, hiasan pedang terus berevolusi dengan cepat. Transisi utamanya ialah perpanjangan gagang pedang, memungkinkan penggunaan dua tangan, dan mata pedang yang lebih panjang. Pada tahun 1400 pedang seperti ini dinamai dengan Langes Schwert (longsword) atau pedang panjang atau spadone, telah umum, dan beberapa Fechtbucher pada abad 15 dan 16 menawarkan bagaimana menggunakan pedang tersebut. Varian lain adalah pedang penusuk zirah dengan tipe estoc. Pedang panjang terkenal dengan jangkauan lampau dan kemampuan memotong serta menusuknya. Tipe estoc menjadi terkenal kerana kemampuannya untuk menembus jarak antara plat zirah. Pegangannya terkadang dilapisi dengan kabel atau kulit binatang untuk membuat pegangan yang lebih mantap dan membuatnya lebih sulit dijatuhkan dari si pengguna pedang.

Pada abad ke 16, Doppelhander (disebut Zweihander sekarang) membuat tren peningkatan ukuran dari pedang, dan zaman moden kembali kepada rekaan pedang yang ringkas dan ringan dengan penggunaan satu tangan.

Pedang di zaman ini menjadi senjata paling personal, paling berprestij, dan paling mematikan untuk pertempuran jarak dekat, tetapi ditolak dalam penggunaannya oleh tentera kerana penggantian teknologi peperangan. Bagaimanapun, pedang tetap berperanan sebagai kunci dalam beladiri sipil.

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Rapier merupakan evolusi dari espada ropera dari Sepanyol sekitar abad ke-i6. Baik rapier maupun schiavona dari italia mengubah bentuk crossguar menjadi seperti keranjang untuk perlindungan bahagian tangan. Selama abad ke-17 dan ke-18, pedang pendek yang lebih ringkas menjadi bahagian utama dari fesyen di negara-negara Eropah dan dunia baru, dan orang terkaya dan pejabat tentera memilikinya. Baik pedang pendek mahupun Rapier menjadi popular sebagai pedang Eropah untuk bertanding hingga abad ke-18.

Setelah pemakaian pedang ketinggalan zaman, tongkat menjadi sebahagian dari pakaian masyarakat lelaki kaya. Contohnya ialah pedang tongkat yang memasukkan mata pedang ke dalam tongkat untuk menyamarkannya. Beladiri la canne dikembangkan untuk bertarung menggunakan tongkat ini dan sekarang berevolusi menjadi olahraga.

Setelah masa penggunaanya telah usai, pedang telah menjadialat pertahanan diri dibandingkan menjadi perangkat persenjataan di medan perang setelah zaman moden. Bahkan sebilah pedang telah berkurang penggunaanya setelah abad-19, kerana kalah praktis dengan handgun.

Pedang masih digunakan, namun hanya sebatas pada pejabat tentera dan seragam upacara ketenteraan saja, walaupun kebanyakan tentara menggunakan pasukan askar berkuda berat sebelum Perang Dunia ke-2. Seperti pasukan askar berkuda Inggeris yang sudah mereka unit pedang pasukan askar berkuda baru, tetapi diganti menjadi pasukan askar berkuda lapis baja pada akhir 1938. Tetapi peperangan menggunakan pasukan askar berkuda dan pedang masih terjadi di era Perang Dunia Kedua, ketika tentara Jepun bertempur melawan penduduk Pasifik, para penduduk itu masih menggunakan pedang. Tetapi pasukan Jepun dengan senjata moden dengan mudah menundukkan para prajurit berpedang itu.

Bahagian pedang[sunting | sunting sumber]

Bilah[sunting | sunting sumber]

Bilah pedang adalah bahagian penting pedang yang dapat digunakan untuk menyerang. Jenis serangan yang bisa dilakukan dengan bilah itu sendiri, menghentamkannya, menusuk, dan menebas. Disebabkan setiap jenis serangan tersebut mensyaratkan bentuk yang berbeda untuk hasil optimal maka bentuk bilah pedang bergantung pada gaya penggunaannya.

Gagang[sunting | sunting sumber]

Gagang pedang adalah bahagian untuk memegang pedang. Pada beberapa jenis pedang gagangnya memiliki penahan di atas dan di bahagian bawahnya, penahan bahagian atas biasanya untuk menahan tangan ketika melakukan serangan.

Jenis pedang[sunting | sunting sumber]

Pedang bermata ganda[sunting | sunting sumber]

Pedang bermata ganda banyak digunakan di China, Mediterania, dan Skandinavia. Pedang jenis ini memiliki kemampuan sama baiknya untuk menebas dan menusuk. Berikut daftar nama-nama pedang bermata ganda:

Pedang bermata tunggal[sunting | sunting sumber]

Pedang bermata tunggal biasanya adalah pedang yang dimaksimalkan untuk fungsi tebasan. Oleh sebab Xenophon (Prajurit dan sejarawan Yunani kuno) menyarankan pasukan askar berkuda untuk menggunakan peadang jenis ini (Makhaira) dibandingkan Xiphos.

Pedang bermata tunggal biasanya mempunyai lengkungan, biasanya ke belakang(sisi tajam berada di luar lengkungan), walaupun ada yang lurus atau memiliki lengkungan ke depan(sisi tajam berada di dalam lengkungan). Kegunaan lengkungan adalah untuk memperlebar lukaan akibat tebasan. Berikut nama-nama pedang bermata tunggal:

Pedang satu tangan[sunting | sunting sumber]

Pedang dua tangan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]