Pegawai berbendera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pegawai berbendera, (bahasa Inggeris: Flag Officer) ialah istilah yang merujuk pegawai-pegawai tertinggi tentera, lazimnya tentera laut. Pegawai-pegawai ini berhak mengibarkan bendera khusus menggambarkan pemerintahan mereka. Di dalam kaedah Angkatan Tentera Amerika Syarikat istilah ini boleh diperluaskan merangkumi jeneral-jeneral tentera darat, udara dan marin juga. Bagi kebanyakan angkatan tentera Komanwel istilah ini lebih khusus digunakan oleh tentera laut.

Pegawai berbendera tentera laut[sunting | sunting sumber]

Broad pennant Komodor Tentera Laut Diraja British

Pegawai berbendera bermula dari yang berpangkat Rear Admiral (Laksamana Muda), Vice Admiral (Laksamana Madya), Admiral (Laksamana) dan akhir sekali Admiral of the Fleet (British) atau Fleet Admiral (AS) (Laksamana Armada). Pada asalnya pangkat Commodore (Komodor) tidak dianggap sebagai pangkat pegawai berbendera. Ini kerana Komodor bukanlah "Laksamana". Komodor tidak pula mengibarkan bendera, sebaliknya mengibarkan broad pennant yang berbentuk "ekor layang-layang". Hanya pada tahun 2001 baharulah pangkat ini dianggap pangkat pegawai berbendera di dalam Tentera Laut Diraja British.

Kegunaan setara dalam tentera darat dan udara[sunting | sunting sumber]

Pegawai tinggi tentera darat lazimnya dirujuk secara kolektif sebagai Pegawai jeneral atau General officer, manakala pegawai tinggi tentera udara dipanggil Pegawai udara atau Air officer. Seseorang pegawai yang memerintah dipanggil Pegawai memerintah atau Commanding officer, ringkasnya CO. Pegawai jeneral yang mempunyai unit pemerintahan dipanggil General officer commanding atau GOC. Contohnya GOC 2 Divisyen. Bagi pegawai udara yang memerintah, ini dipanggil Air officer commanding atau AOC. Bagi tentera laut pula, pegawai berbendera yang mempunyai pemerintahan dipanggil Flag officer commanding atau FOC, contohnya FOC 3rd Fleet. Penggunaan istilah dalam bahasa Melayu adalah lebih ringkas, dengan menggunakan istilah "Panglima" untuk merujuk kepada ketiga-tiga pegawai tersebut.