Pejabat Pendidikan Daerah Manjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pejabat Pendidikan Daerah Manjung (PPD Manjung) terletak di bandar Sitiawan, Perak. Ia merupakan sebuah pejabat yang menguruskan urusan pendidikan di daerah Manjung. Ia mempunyai 102 buah sekolah di bawah pentadbirannyadan ini termasuk sebuah Kolej Vokasional.[1] Lokasi PPD Manjung adalah di dalam kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Selamat. Tapak bangunan lama SK Seri Selamat diserahkan kepada PPD pada 1 Mei 1982. Pada tahun 2020 bangunan PKG Sitiawan diserahkan kepada PPD Manjung. Kekuatan organisasi adalah 82 orang termasuk pegawai dan staf selepas penstrukturan semula sektor awam pada tahun 2019. Pegawai Pendidikan Daerah Manjung sekarang ialah En. Mohamad Akhir bin Abdul Latif, PPT. Zon di bawah pentadbiran PPD Manjung terdiri daripada Sitiawan/Lekir, Beruas, Lumut/Pangkor/Segari dan Pantai Remis.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Pejabat Pendidikan Daerah Manjung". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-02-06. Dicapai pada 2017-06-20.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

http://wikimapia.org/10446457/PPD-MANJUNG