Pejabat Daerah dan Tanah Batang Padang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pejabat Daerah Dan Tanah Batang Padang (PDTBP) terletak di Pekan Tapah, Batang Padang, Negeri Perak.

PDTBP telah ditubuhkan pada tahun 1920 dan telah diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak. Di PDTBP terdapat seorang Pegawai Daerah yang akan mengurus dan mentadbir pegurusan PDTBP. Pegawai Daerah yang pertama berkhidmat di PDTBP ialah Mr. M. M. Melinton. Pada hari pembukaan rasmi PDTBP, ia telah disempurnakan oleh DYMM Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah DK., S.P.C.M., S.P.T.S pada hari Selasa 27 Jun 1989 bersamaan dengan 23 Zulkaedah 1409.

PDTBP telah dipertanggungjawabkan kerajaan negeri untuk mengawal enam mukim yang terdiri dari mukim Batang Padang, mukim Chenderiang, mukim Bidor, mukim Sungkai, mukim Slim dan mukim Ulu Bernam. Setiap mukim yang dinyatakan mempunyai seorang penghulu yang akan membantu menjaga keamanan dan kemakmuran mukim tersebut. Di daerah Batang Padang, terdapat 16 buah kampung iaitu 15 buah kampung tradisional dan sebuah kampung baru.

Logo rasmi PDTBP adalah lambang negeri Perak yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Perak dan penduduk daerah Batang Padang.

PDTBP adalah merupakan organisasi yang mengutamakan mutu perkhidmatan. Ini dapat dibuktikan apabila PDTBP pernah dianugerahkan dengan MS ISO 9002 pada tahun 1994 bagi perkhidmatan pendaftaran urusniaga. Walaupun perlaksanaan ini hanya di bahagian perkhidmatan pendaftaran urusniaga sahaja tetapi ia membuktikan bahawa organisasi ini mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti baik dan memenuhi kepada cita rasa pelanggan.

Seperti organisasi lain juga, PDTBP pernah memperolahi anugerah bagi pejabat terbaik di peringkat negeri Perak bagi tahun 1986, 1995, 1997 dan 1999 yang dianugerahkan oleh Tan Sri Dato’ Seri Ramli Ngah Talib yang merupakan Menteri Besar Perak pada waktu itu. Selain itu, PDTBP juga adalah merupakan organisasi yang aktif dalam bidang sukan kerana organisasi ini sentiasa menghantar wakil untuk pelbagai kejohahanan yang dianjurkan antara jabatan-jabatan seperti sukan setiap tahun.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]