Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai
| Rencana atau bahagian ini perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Harap anda perbaiki rencana ini dengan pautan yang sesuai. |
Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai adalah merupakan salah satu daripada pejabat tanah dan jajahan di Negeri Kelantan. Jajahan ini merupakan antara jajahan yang tertua di Kelantan dan yang kedua terbesar di Negeri Kelantan.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang[1]. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.
Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.
Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.
[sunting] Kedudukan Geografi
Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.
Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-
| Keluasan | |
|---|---|
| Kelantan | 1,492,200Hek/14,922km2 |
| Kuala Krai | 222,500Hek/2,329km2 |
Sumber: UPEN
Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.
Ketinggian mengikut keluasan adalah seperti jadual di bawah:
| Ketinggian | Keluasan(Hek) |
|---|---|
| Kurang 150 | 192,189 |
| 151 - 130 | 14,250 |
| 306 - 915 | 23,250 |
| Lebih 916 | 6,000 |
Sumber: Laporan Pelan Struktur.
[sunting] Daerah Penggawa
Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Ringkasan maklumat seperti jadual di bawah:
| Bilangan | Daerah | Luas(KM2) | % Keluasan | Bilangan Mukim | Bilangan Kampung |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Dabong | 844.5 | 36.3 | 5 | 27 |
| 2 | Olak Jeraam | 757.6 | 32.5 | 10 | 67 |
| 3 | Batu Mengkebang | 726.9 | 31.2 | 20 | 122 |
| JUMLAH | 2329.0 | 100.0 | 35 | 216 |
Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Kuala Krai Selatan merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.
Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti berikut :-
| DAERAH BATU MENGKEBANG | OLAK JERAM | OLAK JERAM |
|---|---|---|
|
|
|