Kaki Bukit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pekan Kaki Bukit)
Pekan Kaki Bukit
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Perlis
MukimPekan Kaki Bukit
KeluasanN/A

Kaki Bukit merupakan sebuah pekan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia terletak 26 kilometer utara dari Kangar dan beberapa kilometer dari Padang Besar, sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Antara tempat menarik di Kaki Bukit ialah Gua Kelam. Gua Kelam telah diukir dari batu kapur massif dengan aliran bawah tanah sejak lama lagi.Ia juga merupakan laluan untuk mengangkut bijih timah dari Lembah Wan Tangga sejak zaman kolonial British sehingga tahun 1970-an.

Selain itu, Kaki Bukit juga terkenal dengan makanan tempatan seperti Puf Kaya, Pao Kaya dan pelbagai jenis Pau, Lo mai gai dan makanan pencuci mulut tempatan di Chiong Hin Coffee Shop.