Pekan Kuala Sanglang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pekan Kuala Sanglang
Transkripsi lain
 • Jawiڤكن كوالا سڠلڠ
 • Cina瓜拉双弄
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Koordinat: 6°15′32″N 100°12′09″E / 6.258978°N 100.202407°E / 6.258978; 100.202407Koordinat: 6°15′32″N 100°12′09″E / 6.258978°N 100.202407°E / 6.258978; 100.202407
NegaraMalaysia
NegeriKedah
DaerahKubang Pasu
MukimSanglang
PenubuhanSejak 1940-an
Perwartaan2004
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Kubang Pasu
 • Penghulu mukimSazali bin Shafie
Keluasan
 • Jumlah2.828 km2 (1.092 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah1,862
 • Kepadatan660/km2 (1,700/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
Poskod
06100 Ayer Hitam

Pekan Kuala Sanglang (Jawi: ڤكن كوالا سڠلڠ; Cina: 瓜拉双弄) ialah sebuah pekan pentadbiran dalam kawasan pentadbiran Mukim Sanglang, iaitu salah satu mukim dalam Daerah Kubang Pasu, di utara negeri Kedah, Malaysia.[2][3] Pekan ini mempunyai penduduk seramai 1,862 orang pada bancian 2020.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama pekan Sanglang diambil sempena nama kampung di dalam pekan ini iaitu Kampung Kuala Sanglang. Perkataan sanglang mungkin berasal daripada nama sebatang sungai yang mengalir disempadan PerlisKedah, iaitu Sungai Sanglang (atau Sungei Sanglang). Menurut Tok Pengulu Said bin Jaafar bin Enjang, asal usul perkataan sanglang ialah berasal daripada perkataan "sarang helang". Sebutan Kuala Sarang Helang yang disebut oleh masyarakat tempatan, lama-kelamaan berubah menjadi Kuala Sanglang.[4] Berdasarkan laman web Perpustakaan Negara Malaysia, terdapat seorang penjual durian berbangsa Cina yang datang dari Daerah Yan, Kedah untuk menjual hasil durian di Kuala Sanglang. Dalam perjalanan, dia melalui kawasan sarang burung helang yang banyak, yang menyebabkan dia mengelarkan pekan ini "sarang helang". Walaupun begitu, disebabkan orang Cina sukar untuk menyebut perkataan "sarang helang", maka perkataan "sanglang" digunakan sehingga sekarang.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persempadaan Pekan Kuala Sanglang telah diwartakan pada tahun 2004.[2] Nama "Sanglang" wujud dalam sebuah gazetir yang bertajuk "Gazetter (No. 11) – Malay States", yang diterbitkan oleh Pejabat Hidrografik Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat, yang telah diterbitkan pada Oktober 1944, yang dimana menunjukkan bahawa Pekan Kuala Sanglang telah wujud sejak 1940-an.[6]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pekan Kuala Sanglang dalam Daerah Kubang Pasu

Pekan Kuala Sanglang terletak di utara Daerah Kubang Pasu, Kedah. Secara pentadbiran, pekan ini dibawah seliaan Mukim Sanglang. Selain itu, pekan ini juga bersempadan dengan negeri Perlis Indera Kayangan di utara, Pekan Sanglang di timur dan Pekan Kerpan di tenggara. Kawasan pekan ini mempunyai keluasan keseluruhan mencapai 2.828 kilometer persegi (282.8 he) dan dibahagikan kepada beberapa buah zon kawasan seperti kampung.[7]

Mengikut topografi kawasan, kawasan Pekan Kuala Sanglang ialah kawasan tanah pamah atau rendah yang sesuai untuk petempatan dan pertanian seperti penanaman sawah padi yang dapat dilihat di sekitar pekan. Sungai Sanglang merupakan satu-satunya saliran sungai semula jadi, yang mengalir di sempadan Perlis dan Kedah dan bermuara di Selat Melaka di Pekan Kuala Sanglang.[8]

Sungai Baharu (atau Sungei Baharu atau Parit Sanglang Lama) merupakan sungai buatan manusia atau terusan juga mengalir di sekitar Pekan Kuala Sanglang untuk mengalirkan air ke kawasan pertanian sawah padi yang dimiliki oleh penduduk setempat, disamping membendung banjir berlaku.[9][10]

Pentabdiran[sunting | sunting sumber]

Pekan Kuala Sanglang terletak di dalam Mukim Sanglang yang dipimpin oleh seorang penghulu mukim; pemegang jawatan semasa ialah Encik Sazali bin Shafie. Pejabat penghulunya terletak di Kampung Sanglang.[11]

Kawasan pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Nama Meliputi kawasan[8][12] Penduduk (2020)[7] Luas (2020)[7] Poskod
Kuala Sanglang 1,862 2.828 km2 01560 Ayer Hitam

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
2010 1,125—    
2020 1,862+65.5%
Sumber: Jabatan Perangkaan

Berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan, Pekan Sanglang mempunyai jumlah penduduk seramai 1,862 orang. Daripada jumlah tersebut, terdapat seramai 933 orang berjantina lelaki dan 929 orang berjantina perempuan tinggal di Pekan Sanglang. Pada tahun 2020, terdapat 500 buah tempat kediaman dan 453 isi rumah, dengan purata isi rumah sebanyak 4.1 telah direkodkan dalam bancian tersebut bagi kawasan Pekan Sanglang.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Dashboard Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia (MyCenDash) – Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia. 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2022. Dicapai pada 25 Februari 2023.
  2. ^ a b "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah, Unique Parcel Identifier (UPI) Kedah" (PDF). Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM). 2011. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Ogos 2022. Dicapai pada 24 Februari 2023.
  3. ^ "Senarai Daerah Pentadbiran, Mukim dan Pihak Berkuasa Tempatan" (PDF). Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (myCensus 2020). 2020. Dicapai pada 24 Februari 2023 – melalui Jabatan Perangkaan Malaysia.
  4. ^ Maruwiah Ahmad (2008). Kenali negeri kita: Perlis Darul Sunnah. Shah Alam: KARISMA Publication.
  5. ^ "Kuala Sanglang". Sejarah Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Perpustakaan Negara Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-29. Dicapai pada 30 Julai 2017.
  6. ^ Jabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
  7. ^ a b c "Citypopulation – Pekan Kuala Sanglang, Kubang Pasu District, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-01-01.
  8. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  9. ^ "Sungai Baharu, Malaysia". Geonames (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 25 Disember 2022.
  10. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  11. ^ Administrator (22 Disember 2022). "Senarai Penghulu Negeri Kedah". Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah Darul Aman. Dicapai pada 24 Februari 2022.
  12. ^ "Aplikasi Carian Kod dan Nama Sempedan Pentadbiran Tanah". mygos.mygeoportal.gov.my. Malaysia Geospatial Online Services (MyGOS). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-05. Dicapai pada April 12, 2021.